Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Wednesday, November 08, 2006

Trip ke Penang : 4 - 5 Nov 2006

Salams buat semua kengkawan di sini... harap semuanya sihat dan dlm keadaan selamat sejahtera. Lanjutan dri kisah pernikahan Dracula sebelum ni, zam lanjutkan kisah sepjg trip zam dan R di sana. TQ atas kad undangan Drac yg sampai jugak pd jumaat tu. Janji tetap janji. so pun telah berjanji dgn Ayie utk berkunjung dan menumpang berteduh di astana beliau di atas singgahsana di paras 16. hehehee. Kami bertolak dr KL dlm jam 12pm. Singgah sebentar di RnR Tapah utk lunch. Cuma zam je yg makan, R cuma minum je sbb dia dah kenyang makan nasi masakan mak nya yg baru smpai di KL dr kg. Then kami bertukar posisi, R pulak yg drive. Sepjg perjalanan asyiklah dok berbalas sms dgn ayie.
Kami tidak terus ke P.P tetapi bercdg utk singgah sebentar si Sg Dua utk menziarahi permakaman arwah abah R. Tapi malang sikit bg kami, kerana hujan agak lebat semasa sampai di sana dan tpaksa tunda utk kunjung semula seblum pulang ke KL esoknya.

Ayie dah pesan thru sms kalu dah smpai di jambatan P.P bgtahu dia, so zam pun sms laah apabila dah di jambatan yg tersergam yg menjadi kebanggaan rakyat P.P. BTW, zam prnh tgk rancangan di Discovery Channel yg berkisah pembinaan jambatan. Baru lah tahu bbrp jenis dan teknologi dlm pembangunan jambatan ni kan.

Bila dah sampai di halaman astana Ayie, zam pun call dan dijemput utk menjejaki ke astana beliau. Waaah.. sungguh tidak terduga, kami disambut dgn hidangan yg telah tersusun kemas di meja santapan. Siap dgn kek lagi, katanya sempena sambutan besday zam yg lalu.. waah... best nya. kiranya tahun ni zam dpt 3 kek. sedap2 lak tu. TQ Ayie. Terharu sekejap dgn sambutan yg diberikan tu. Tapi kami cuma sempat berborak sekejap je sebab Ayie kena hadir jemputan jamuan raya kwn dia. So, zam & R cuma lepak2 tgk TV laah dan berjanji utk ke Bt. Feringhi mlm tu utk jalan2 dan shopping skit. Sorry laah. x de pics yg diambil kat sana. Zam cuma beli DVD dan table runner utk di rumah je.

Pagi tu, awal2 lagi kami dah bersiap utk bersarapan di lokasi wajib. hehee.. x de apa laah.. cuma sarapan di Pasar dan Balai Rakyat Gelugor je. Cdgnya nak makan Nasi Lemuni tapi x kesampaian sebab dah habis. Sebelum ni sempat makan semasa berjumpa dgn Drac tempoh hari. Terpaksa aa makan nasi lemak je. Pada yg tatau Nasi Lemuni tu apa, zam pun x leh nak citer sgt laa.. sbb tatau apa ramuan dalamnya. maybe Ayie tahu kot. Kemudiannya nak gak singgah makan Mi Sup di satu kedai yg terkenal di situ tapi hampa juga sbb kedai tu tutup lak. mgkin masih cuti raya kot.

Pagi tu mmg dah dlm rancangan utk pergi ke 'Rope Walk' di Lorong Kulit berhampiran Stadium Bandaraya P.Pinang. Di sini laah terletaknya bazar jualan yg murah2 dgn pelbagai jenis jualan. Zam tahu lokasi ni pun dr abg ipar zam. Diaorg dah pergi sebelum ni dan beli 3 ekor hamster. Zam pergi sana utk beli hamster lagi bg menggantikan hamster kami yg dah mati. Kat rumah cuma tinggal sekor je, tp dah besar skit laaah.

Tapi bila sampai di sana, zam dok geram bila tgk arnab yg comel2 tuh.. geram sgt. comel ooo... rasa nak beli jer.. harga jauh lebih murah dr di Taman Tun. Harga arnab tu cuma RM20 - 35 sekor je. zam prnh tanya kat KL ni, mahal.. dlm RM200 tp dah besar laa.. korg tgk jelah bulu arnab tu, tebal kan.. comel lak tu. Zam mmg dah lama teringin nak ada arnab belaan ni tapi pd hari tu zam x jadi beli dulu.. mgkin kalu zam dtg penang lagi, zam akan beli arnab tu sepsg.

So.. hari tu, zam cuma beli 2 pasang hamster/arkus comel (RM7/sekor) dan sepasang tikus belanda kecil (RM5/sekor), sangkar kecil, makanannya, bekas minum dan roda pusingan tu (tatau aa apa nama dia, hehehe). Oh yaa.. zam siap bw sangkar hamster dr rumah lg yg dah lama kosong tu.. hehe. suka sgt R dok main2 ngan hamster tu yaa.. ekekee

Kat sini ada bermacam jualan.. antaranya barangan antik, tembaga lama, brg 2nd hand pun ada gak.. brg2 lain mcm pasar malam biasa yg lain. tp kalu nak carik brg 2nd hand murah spt speaker dan radio kereta ada je kat sini... brg hiasan lama pun ada.. kekdg tu, bila kita tgk mcm brg buruk jer.. tu pun ada gak diaorg jual...
Kami tak lama sgt kat sana sbb tpaksa bergegas ke Bazaar Chow Rasta utk beli jeruk salak pesanan bonda. Dlm jam 12tghari tu kot, kami berpusing2 sekitar sana.. ye laah kan.. zam bukan tahu sgt jalan di Penang tu.. main jalan dan ikut sign board je.. kalu silap skit.. berpusing2 laaah. heheee...

Balik dari sana, kami singgah sebentar di USM utk melihat dan ambil bbrp gambar di situ.. Trip seblum ni prnh ambil tp malangnya Kamera Digital zam hilang. Lihatlaah.. Masjid Al-Malik Khalid yg menjadi sumber ilham utk Ayie berkarya bermadah menghasilkan Pantun Jumaat nya.. yg menjadi entry tetap blog ni setiap jumaat. Balik dr USM, kami bergegas mandi dan pergi ke kenduri Drac.
Balik dr kenduri tu, kami lak bergegas mengemas utk balik ke KL. Sayu hati meninggalkan astana Ayie. TQ bebyk pd Ayie atas segala pertolongan dan keramahan menerima kunjungan kami... moga kita akan bertemu lagi.. C U 18 Nov yaaa...
Oh yaa.. dlm perjalanan balik tu, kami singgah semula ke permakaman arwah abah R.. kami smpai sana dlm hujan renyai jugak.. tp tak per laah.. dlm meredah renyai, Al-Fatihah & doa dihadiahkan. Sesungguhnya, doa menjadi penghubung antara yg hidup dan yg telah meninggalkan kita.
Hiway jamm teruk dari Juru ke Batu Kawan.. gara2 Karnival Jom Heboh. masalahnya.. exit ke Bt Kawan tu dah ditutup oleh PLUS dan Polis.. tu yg jamm teruk hiway tu... sesapa yg nak pergi gak karnival tu, terpaksa aa exit di tol Jawi, 15km selepas tu. tak ke naya?. Sepjg perjalanan asyiklah hujan dan jamm... satu ketika tu, zam terpaksa brek mengejut menyebabkan sangkar tikus kecil tu tercampak dr kerusi belakang ke bawah. Zam cuma meraba ke blkg dan menegakkan posisinya semula... tapi... malangnya.. zam terkejut gak.. bila sampai di rumah, anak sedara zam bgtahu yg tikus sekor tu dah mati.. bila diperhati, kulit kepalanya telah dimakan sehingga menampak tengkoraknya... ngeri ooi... sedih. penjual tu mmg ada bgtahu yg tikut tu jenis menggigit.. kanibal jugak kah? -n-

1 comment:

Anonymous said...

editing lagik: 'road walk' tu sebenarnya 'rope walk' - atau dlm BM 'jalan pintal tali' ...hehhehe!