Love Is Cinta

Pungguk berlagu penuh kerinduan,
Habis berdendang pantas melayah;
Solat Jumaat simbol perpaduan,
Itulah teras daulah Islamiyah.
- Ayie @ laman Masjid Al Rahman, Lembah Pantai, KL. TQ
Bayu sepoi menyapa dahan,
Gemersik daun laga perlahan;
Datanglah Rejab bulan latihan,
Gandakan ibadah menggapai Ramadhan.
- Ayie @ anjung Masjid Kolej Islam Malaya, Seksyen 16, PJ. TQ
p/s : Maaf Ayie... terlupa & lambat entry...
Nukilan
Zam/Haqeem
jam
11:18 pm
0
komen
Label >> Famili, Outstation
Pahlawan Melayu gagah perkasa,
Siap siaga rakyat dijaga;
Jagalah lidahmu sepanjang masa,
Berkat lunaknya bawa ke syurga.
- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ
Nukilan
Zam/Haqeem
jam
12:16 am
0
komen
Label >> Outstation, Rasmi
Batang nyiur buatkan titi,
Timba upih gantikan kendi;
Kembara diri menjejak realiti,
Pahit manisnya buah peribadi.
- Ayie @ km323.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara. TQ