Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, September 30, 2007

Semoga Berjaya... Angkasawan Negara

Program Angkasawan ialah program kebangsaan Malaysia untuk menghantar seorang rakyat Malaysia ke angkasa lepas. Beliau akan menyertai dua angkasawan lain menaiki kapal angkasa Soyuz milik Rusia yang akan berlabuh di Stesyen Angkasa Antarabangsa, yang sedang di dalam orbit mengelilingi Bumi pada ketinggian 360 km. Angkasawan negara akan menjalankan beberapa kajian saintifik di atas stesyen angkasa tersebut.

Program ini ialah sebahagian dari perjanjian imbang balik antara Malaysia dan Rusia berkaitan pembelian jet-jet pejuang Sukhoi-30MKM buatan Rusia oleh Malaysia . Melalui pakej ini, kerajaan Rusia bersetuju melatih dua rakyat Malaysia , dan salah seorang daripadanya akan terbang ke angkasa lepas manakala seorang lagi bertindak sebagai bantuan. Kerajaan Rusia akan menanggung segala kos.

Secara rasminya beliau akan digelar Angkasawan, iaitu perkataan Bahasa Malaysia bagi terma astronaut atau kosmonaut. Dua calon Angkasawan yang ketika ini sedang menjalani latihan dipilih daripada 11,000 pemohon melalui satu proses pemilihan terbuka yang bermula dalam bulan Oktober 2003 dan berakhir September 2006.

Program Angkasawanialah satu langkah raksaksa bagi Malaysia dalam membangunkan keupayaan saintifik dan teknologinya di samping membina imej yang mantap di peringkat antarabangsa. Program ini diharap melonjak rakyat Malaysia membina minat dalam pengajian angkasa khususnya dan sains dan teknologi amnya. Ia juga diharap menggalakkan industri saintifik dan angkasa tempatan. Ia juga direka untuk menanam semangat yakin boleh di kalangan golongan muda negara.

Program Angkasawan hanyalah satu langkah dalam penglibatan Malaysia di angkasa. Program Angkasawan, asasnya, menandakan permulaan satu bab yang baru dan menarik dalam sejarah Malaysia.

Jangan ketinggalan menyaksikan siaran langsung pelepasan Angkasawan Pertama Negara pada 10 Oktober 2007 kelak di Astrp Ch588

[sumber : Laman web Program Angkasawan Negara]

Friday, September 28, 2007

Pantun Jumaat

Merah kesumba delima merkah,
Sarat muatnya raga buah,
Putik gugur melantai tanah,
Bolehlah sira buat juadah;
Ramadan itu sarat barakah,
Sumur pahala melimpah ruah,
Nikmat ibadah ganda hasanah,
Tinggal kenangan terlalu indah.


- Ayie @ Koridor Pusat Islam, USM Penang. TQ

Thursday, September 27, 2007

Oustation ke Alor Setar : 24 - 25 Sept. 2007

24 Sept : Salam ramadhan... rasanya sebelum ni x prnh pun buat outstation sepanjang bulan Ramadhan.. tp disebabkan tugas yg perlu disiapkan segera, tahun ni terpaksa gak ke Alor Setar utk buat tugasan pemeriksaan pelupusan aset di Menara Zakat tuh... Oleh krn flight ke A/Setar cuma ada pd jam 1.30 dan 7.30pm.. so, kami 3 org decide amik flight jam 1.30.. tempahan hotel pun u/setia dah buat kat Grand Continental jer.. walaupun sebelum tu zam dah book kat Holiday Villa.. bila fikir2 zam sorg jer kat sana, pun pindah gak lah ke hotel tuh... lg sorg tu, kwn cina amik flight jam 7.30.. dia x per laah.. x susah nak cari menu buka puasa... sesampai sana terus je c/in... jam 5.30 tu baru aa kami kuar ronda2 sekitar bandar jer... cuma ronda sekitar Pekan Rabu tuh ajer...Leceh gak nak cari tempat berbuka kat area ni... sudah2nya berbuka kat gerai di Pekan Rabu tu aje laa... mlm tu cuma lepak dlm bilik jer.. sambil2 buat programming.. rasa malas lak nak online kat situh.. ayie ada gak kol, mintak maaf sbb x dpt nak mai pekan jumpa zam.. x per laa.. zam ok jer sbb bukan sorg sgt di situ...
25 Sept : Seawal jam 4.30 dah bangkit utk bersahur kat hotel.. hmm.. menu x de lah meriah sgt pun.. cuma 3 - 4 lauk jer + buah + air teh & kopi.. makan ala kadar jer... dekat jam 5.30 tu terus je naik bilik dan sambung tidoq... Jam 9 pagi dah bersiap kat lobi utk dijemput pemandu utk ke pejabat situ... tak byk brg pun, cuma ada 12 item jer... tapi dah prosedur kata kena periksa gak, sebab tu lah kami sampai sini... tetapi ada lak satu mesin fotostat lama yg berada kat pejabat di Kangar lah pulak.. diaorg tak bawa ke A/Setar sbb berat.. so, terpaksa laah ke Kangar pulak...
Bergegaslah ke sana yg ambil masa x sampai 1 jam kot... sepanjang perjalanan tuh melintas lah Souq Albukhary ni.. nampak cantik rekebentuknya.. Masjid di sebelahnya pun menarik tp x sempat nak snap sbb zam tertinggal kamera kat bilik hotel... ni pun snap guna fon jer sbb tu x brp clear sgt kan...
Bandar Kangar ni tak lah besar mana sgt pun kan.. semua tahu Perlis ni negeri terkecil.. so bandar pun kecil jer... Tapi sayang laah sebab musim mangga harum manis dah habis laa... hari tu sempat gak lah beli masa ada taklimat ke Perlis.. itu pun dah hujung musim.. mahal gak RM7 sekilo.. tp yg nyesalnya, mangga tu dok peram tp terlupa nak makan.. bila teringat & tgk dah busyuk.. uwaaa... tension nya... kempunan....
Ni antara panorama Kangar yg zam snap dr tingkat 2 pejabat tuh pd jam 11 pg... tenang jer trafiknya kan.. x jamm giler mcm d KL... aman damai je sapa yg dok sini.. tp yg jenis suka melepak tuh, maybe akan cepat bohsan kat sini... mcm cikgu Putra & 2250 yg kat belantara Titom tu.. aman damai jer kan.. Lepas dah tgk mesin tu, kami pakat terus ke Padang Besar.. hehe.. disebabkan flight balik kami jam 3.30pm.. so, rasa mcm sempat gak laah nak singgah sana... sememangnya Padang Besar pd hari biasa ni sunyi sepi jer... cuma meriah ngan pelanggan di hujung minggu. zam prnh pergi dulu kala.. mmg ramai org waktu tuh... zam cuma beli brg makanan jer skit buat ole2... x leh nak beli byk, nanti x muat beg. heheee
OTW balik ke A/Setar tu, pemandu tuh ikut jalan lain lak.. kami melintas satu tanah lapang.. dari jauh nampak mcm lalang tebal jer... tp rerupanya ladang tebu la... cuma tebu utk gula ni x sama dgn tebu yg dibuat air tu.. btg tebu ni lebih kecil & keras.. mmg keras aa kalu korg nak gigit mcm kunyah btg tebu air tuh.... luas betul.. di hujung gambar tu merupakan kilang tebu.. sayup jer kan.... Sepanjang jalan tuh mmg x ada pun rumah.. Pemandu tu siap kata, kalau org buang mangsa pun dlm ladang tuh, x de sapa yg akan perasan pun.. mungkin gak lah kan sbb ladang tebu tu rapat2.. dan x de sapa yg nak masuk mencelah2 daun tebu yg miang tuh...
Ni lah dia barangan oleg2 yg zam beli kat Pdg Besaq tuh... sempat gak laah susun2 & snap kat atas katil hotel sebelum pack ke dlm bag... zam cuma beli sambal tomyam siam, lengkap dgn sos sotong & air perahan limau tu (tu pun sbb ayie bgtahu suh beli), mak zam dah masak pun semalam tomyam tu... sedap gak.. cuma mak zam lupa nak letak sos sotong tuh... jgn risau, brgan siam tu ada tanda Halal okey... Delima besaq 3 biji RM10.. mmg minat delima ni, dah lama x makan... kacang gajus tu RM10 (teringat kat arwah nenek yg suka sgt gajus ni, siap dia sorok gajus dia bwh bantal..takut cucu dok perabihkan... kelakar pulak bila teringat.. setiap kali ke Langkawi dulu, mesti beli sepeket khas utk arwah.. ) asam2 tu lak 3 bungkus RM10 gak.. saje beli utk anak sedara kat umah...

Tuesday, September 25, 2007

Bazaar Ramadhan...

Sebenarnya dah lama nak buat entry ni.. itu pun bila Ayie dok suruh buat.. tapi x sempat2 gak.. bukan apa, zam jrg sgt pi bazaar kat kampung ni.. then pi jugak laa... tp punya laah segan nak amik2 pic ni.. ni amik pun curi2.. hahahaaa... Bazaar kat kampung zam ni mcm bazaar kat tempat lain gak laa... tak lah besar sgt.. kecik jer.. x byk sgt jualan... mak & kakak ipar serta kakak zam pun turut sama buat jualan kueh2 berbuka puasa... so zam mmg x kurang makan bila berbuka kat umah.. biasanya mmg byk tinggalan hujung2 kueh potongan dr loyangan tuh.. kami pun bukan makan sgt kueh2 tuh.. maybe sbb dah selalu sgt kot... kekdg tuh mak zam tinggalkan bubur & popia gak la... tp x byk laa.. sbb yg berbuka kat umah cuma zam, mak zam, 2 anak sedara & maid jer... Sepupu zam pun jualan gak.. tahun lepas dia buat ayam percik... tapi tahun ni dia buat ayam goreng berempah pulak.. katanya lagi senang goreng ni.. x de susah2 nak panggang2... sedap gak ayam dia.. lagi satu yg special adalah ikan patin Pahang dia la... Pengunjung yg dtg membeli bukan setakat dr warga kampung jer tapi termasuk jugak dari jiran tetangga spt Bukit Lanjan dan TTDI tuh.. sebab bazar ni mmg sebelah hiway Penchala Link.... dan setiap ptg tuh mmg jamm skit lah jalan masuk ke kg sbb sesak dgn deretan kereta di kiri kanan jalan...
Tapi dlm byk2 tuh.. cuma ada satu gerai jer yg menjual Sate Minang ni... sebenarnya gerai ni mmg ada setiap kali pasar malam hari Rabu kat kampung zam ni... kalu sebelum Ramadhan dia jual RM2.50 sebungkus jer tp untuk 4 cucuk sate + nasi impit.. Ramadhan kali ni naik ke RM3 tapi dgn 5 cucuk sate + nasi impit laa... kuah sate minang ni berbeza sbb dibuat dr tepung (tepung jagung kot) & bukan kacang.. rasanya pun berbeza skit sbb berempah dan pedas skit... kat gerai ni mmg selalu beli sate minang dan bakso mi hun dia... tapi bakso dia kekdg tu rasa x sedap sbb terlebih cuka.. tu pun sebab pembantu dia yg campur2kan... sebelum2 ni sedap jer...

Sunday, September 23, 2007

Berakhir sudah...

Hmm... dah byk kali plasma TV I tuh rosak sejak dpt... 1st time masih dlm warranty, x per laah.. then genap setahun, x lama lepas tu rosak lagi benda yg sama.. geram betul.. tp ganti gak laah kena RM300 gak tuh... then bila dpt lak LCD TV, plasma TV ni diletak kat ruang tamu... satu hari tuh tetiba je panel kaca dia pecah.. merekah dari atas ke bawah... terus kong.. hantar gak kat kedai repair.. tp dia nak caj sampai RM1,500 .. tu dia... terus dah malas nak repair lagi sbb kos mahal sgt... tersadai je laah kat kedai tu lama...Then tetiba je lah technician I yg repair dulu tu call kata nak beli spare part plasma TV tuh... dari tersadai x guna jd besi buruk, baik jual jer kan... byk kali janji nak mai tp asyik tertangguh je,.. td baru jd dtg.. dia buka2 laah semua plama tuh sbb nak amik part dia.. ada 3 board utama dlm tuh.. 2 board kiri & kanan dah terbakar... tp masih ada chipset yg boleh guna lagi...Dah penat bukak tuh baru dia tanya, nak buat apa casing tuh? zam jwb je laah tolak besi buruk jer laa.. nak buat apa lagi kan... then dia kata nak ambik semua je laaah senang... zam pun ok jer.. yg tinggal kat umah cuma tapak plasma jer.... speaker dia pun ntah di mana... masih ada kat kedai repair tu lagi kot... nanti aaa pi tgk & tanya semula...

Saturday, September 22, 2007

Bon Voyage...

Salam Ramadhan buat semua.... zam cuma nak kongsi kegembiraan bila dapat tahu bwh salah sorg kwn masa study dulu (Pyan) berjaya mendapat tempat utk melanjut pelajaran peringkat PhD selama 3 tahun di sebuah Universiti di UK (jgn tanya U mana coz zam pun x ingat laa yg mana 1 dia dpt... nanti aa tanya dia semula.. hehe. Ayie ingat tak? hehe) .. Beliau akan berangkat ke sana jam 11.40pm ni... cuma sempat call dan ucap selamat je kat dia tadi... Beliau akan ke sana berseorangan terlebih dahulu dan keluarganya (isteri & 2 anak) akan menyusul kemudian... pd hujung tahun ni....
Pyan... jaga2 diri kat sana tuh.. jgn hang teriak sorg2 di pagi lebaran nanti naa... senang2 leh aaa kita chat2 di YM & Skype pulak.... Zam pun tgh plan2 kumpul duit neh nak pi lawat dia tahun depan kot... itu pun kalu ada rezeki.... amiiinnn....

Friday, September 21, 2007

Pantun Jumaat

Manikam lama berikat suasa,
Cairkan timah buat pateri;
Gandakan amal di bulan puasa,
Hitungan pahala tiada terperi.


- Ayie @ Feri Pulau Talang-Talang, Weld Quay - Pangkalan Sultan Abd. Halim, Penang. TQ

p/s: Selamat balik kampung

Thursday, September 20, 2007

Salam Lebaran dari Cikgu Putra

Salam lebaran dari Cikgu Putra. Walaupun puasa baru minggu kedua, x sabar2 cikgu kita ni nak beraya agaknya.. hehehe. Apa2 pun, TQ ya cikgu...

Friday, September 14, 2007

Pantun Jumaat

Riuh bunyi kawanan bebiri,
Melihat musang di dalam sangkar;
Puasa itu mendidik diri,
Tegakkan makruf hindari mungkar.


- Ayie @ Laman Masjid al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

p/s: motif bebiri vs musang :P

Thursday, September 13, 2007

Mandi2 di Sg Tua, Ulu Yam

09 Sept : Dah lama gak x pi mandi2 mcm ni.. tapi yg ni pun sbb anak sedara yg beriya mengajak.. pakcik nya neh pun bwk ajer laa... yg paling senang pi bawak ke Sg Tua, Ulu Yam tu ajer laa... 11 org anak sedara yg diangkut.. nak bwk reramai mana lah muat Unser tuh... yg kecik2 tu sumbat jer.. dah semua x nak tinggal kan..
Sampai2 jer sana semua dok x sabar2 nak terjun... oh yer.. la ni nak masuk dah kena bayar pulak.. kuat kuasa 1 Julai 2007 lalu... Dewasa RM1, Kanak2 RM0.50 ...
Diaorg tuh kalu dah dpt mandi sungai, mmg x nak naik2.. kalu x di paksa mmg x berhenti makan la.. terpaksa aa bwk roti tu kat diaorg suh makan... Lagi2 si Haqeem tuh.. mmg x nak di ajak balik... tapi terpaksa aaa.. x leh lama2 sbb ptg tu nak pi Tesco & hantar anak sedara 3 org tu balik Puchong pulak....

Wednesday, September 12, 2007

Saturday, September 08, 2007

Kemunculan Sofia Batrisyah...

Ini lah dia anak Abg Nas, kawan Zam masa U dulu... dah 5 bulan lebih pun anak dia.. ni baru bersua muka... selalu sgt x kena masa bila nak pi lawat umah dia kat Kajang tuh.. Selalu gak nak singgah bila ke Putrajaya, tapi dia asyik lah x balik kerja lagi.. x kan laah nak pi masa dia x ade kan.. Motif Ayie tatau/x ingat abg nas dah ada baby.. kan dah entry kat sini dulu.... btw, abg nas dtg ni sempena mak zam buat majlis baca yassin.. & juga sempena menjelang Ramadhan minggu depan.... Moga Ramadhan membawa kerberkatan buat kita semua.. amiiinnn.

Terrarium Hamster

Ta daaaa... ni laaah dia terrarium yg zam & famili dok buat.. hehehe.. actually bukanlah terrarium dlm erti kata sebenar... nak buat terrarium x pandai.. ada sekali tu kwn dok bagi manual cara2 buat terrarium plants tp x jadi.. terus mati pokok tu.. ekekeke.... akuarium tu asalnya bela ikan.. tp pam air dia mcm rosak.. short circuit kot.. habis mati ikan.. tinggal sekor jer yg bertahan... terus je mak zam pi campur kat akuarium kecil... akuarium besaq ni terbiar kosong dia dok hias2 jer..
So .. apa lagi.. zam mmg dah lama nak letak hamster kat dlm tuh. terus je bagi cadangan masa balik tghari jumaat smlm... balik2 dari keje dah siap pun diaorg pindahkan hamster2 tuh... zam cuma tambah aksesori sedia ada spt paras atas dan trail tuh... suka aa tgk hamster ni.. tenang jiwa kejap...

Friday, September 07, 2007

Pantun Jumaat

Sepoi bayu menyapa perlahan,
Tanah seberang ronanya indah;
Selang seminggu menjelang Ramadhan,
Sematkan azam tambah ibadah.


- Ayie @ Laman Masjid al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Thursday, September 06, 2007

Tayangan Perdana 1957 Hati Malaya

Semalam zam & LB berpeluang pergi Tayangan Perdana 1957 Hati Malaya.. filem arahan dan terbitan Shuhaimi Baba.. asalnya nak pi tgk ngan R tp R pulak last minute ada urgent meeting ... sib baik aa ada LB yg sudi menemani... ingatkan pas percuma yg ditukar kat Cathay tu cuma tayangan filem biasa aje.. rerupanya Tayangan Perdana.. siap dgn jamuan makan, kehadiran para pelakon & majlis pelancaran ... malu sgt sebab zam pi sana sempoi jer.. t-shirt & sandal jer...
Dalam pas tu dikatakan bermula jam 8.. kami punya laah risau sbb lambat smpai... bila sampai2 depan Cathay tu nmpak org ramai lagi, so confirm laah lum mula.. bila masuk tuh siap ada red carpet lagik... segan nyaa jalan ngan sandal tuh... ada laak buffet kat tepi tu.. belasah jer laaa.. chee cheong fun & otak2 tuh.. air botol pepsi lagi... x lama lepas tuh, tdgr sorakan dr props yg lengkap bercostume zaman lama... staf2 Cathay pun segak & cantik berpakaian tradisional...
Ramai gak artis2 lain tmsuk Cat Farish yg turut hadir.. (pujaan sapa tatau. hehehee)Kemudian tuh baru lah kami naik ke hall atas sbb tgk kat bwh dah lengang jer.. ingat kan dah nak mula.. rerupanya kat tingkat atas lg meriah sbb gerai Cathay tu diubahrupa menjadi Kedai Kopi Cathay ala2 zaman dulu gak.. props basikal tua, gebuk lama pun ada.. kat atas tu lagi laah mewah makanan.. siap ada roti jala, kuih2, buah2 & air botol Pepsi cara lama... Dah x larat nak makan, cuma jamah Pulut Panggang jer... Staf2 Cathay asyiklah mundar-mandir bagi kacang2...Tak lama tuh baru laah sampai VIP & para pelakon utama spt Maya Karin, Rusdi Ramli, Ida Nerina, Dato' Jins dll... Shuhaimi Baba dan pegawai Digi selaku penaja promosi pun turut hadir utk majlis pelancaran melalui acara potong kek 1957 yg besar tuh... habis jer potong kek tuh, baru laah semua tetamu dijemput masuk ke panggung... Fon2 semua kena kunci dlm beg kecil yg diikat.. takut ada yg buat cetak rompak.. ya laa.. tayangan wajib hanya bermula lagi 2 bulan... bertuah lah kami menjadi antara terawal...Filem ni dipersembahkan seolah2 dlm bentuk dokumentari saje... jln citer yg ringkas.. iaitu sekumpulan anak muda yg ingin menerbitkan buku mengenai zaman memperjuangkan kemerdekaan.. dan scene bertukar2 antara zaman dahulu & sekarang.. para pelakon utama memainkan 2 watak di dalam kedua2 zaman.
Watak2 sampingan spt Sultan2 didokong oleh pelakon jemputan & undangan khas... Ada satu scene di mana Onn Jaafar kecewa apabila dituduh pengkhianat Melayu oleh penyokong2nya yg tersilap faham.. mengakibatkan beliau sebak & menangis sambil menyatakan hasrat meletakkan jawatan sbg Pengerusi UMNO... dan Naib Pengerusi Perempuan (didokong oleh ) menjadi org pertama yg memujuk Onn utk kekal sbg Pengerusi.... terus jer zam teringat sewaktu Dr.M menyatakan begitu dlm perhimpunan UMNO yg lalu.. (amik idea dr scene tu kot? hehehee).
[added later... lupa letak pic pek ni... hehehe]
Dah habis show tu.. kami keluar lambat sbb nak tahu sapa yg nyanyi lagu tema nya.. mcm suara Dato' Siti jer... bila keluar kredit tuh, confim mmg CT.. best lagu dia... dah ada di internet tak? nak download laah.. R mesti suka sgt.. hehe... kat luar panggung tuh, diaorg dok edar gift pack.. org lain semua dah balik gak.. bila tgk ada lebihan tu, kami mintak laah lebih.. dpt aa 2 buah sorg.. LB amik utk Ayie (jgn lupa tuntut kat aku tau), zam lak amik utk R (tq 4 d ticket.. tp baju utk R tu tinggal size S jer la.. ) Zam & LB amik XL tp bila bukak kat umah, besaq giler.. mcm XXXL pulak... Ok laa... Nantikan tayangannya pada hari raya nanti lah kot naa...

Tuesday, September 04, 2007

Pantun

Simpankan saya segemal padi,
Dalam gubuk jadi rahsia;
Budimu teman kenangan abadi,
Akrab bersama sehayat usia.


- Ayie @ KL - Penang. TQ

Cafe Big Apple Donuts & Coffee, The Curve

Sebelum Ayie balik ke Penang td, kami (zam, LB & Ayie) sempat aa pi ronda2 The Curve tuh.. kononnya nak makan2 ringan tp mostly kedai dah siap2 kemas nak tutup.. yer lah kan.. dah jam 9.50pm pun... so, kami singgah cuba rasa kat kedai donut ni... Diberitakan akan buka bbrp cawangan lagi kat 1 Utama, Mid Valley dll... kedai ni mmg jual donut jer & minuman berasas coffee, tea & choc ... Zam order Ice Choc jer... LB lak Green Tea, Ayie suka sgt Espresso... Tp air tu lmbat siap.. so kami duduk makan aa donut dulu.. dah habis makan donut tuh, air x gak siap2.. lambat sungguh.. kalu tgk kat situ, staf ramai tp yg buat air mcm sorg jer.. cashier pun sorg gak... yg amik order je yg ramai...
Punyalah terkejut kitaorg bila tgk Espresso ayie tuh... kecik nyaa cawan dia.. hehee... saje jer amik pic sebelah2 ngan cawan utk green tea.. mmg kecik jer.. ice choc zam lak.. punya lah tawar.. x rasa choc pun.. rasa2 krim jer.. hampeh betul laaah... donut mmg aa sedap, lembut dr Dunkin Donut.. tp maaf laa.. terlupa nak snap.. dah habis kami makan dulu. hahaha... tp kalu air, hampeh betul.... Luke, ayie suh tanya.. espresso mmg di hidang dlm cwn kecik tu ker kat US???

Monday, September 03, 2007

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2007

Hajat hati nak upload video clips bunga api tuh.. tp khuatir akan jd slow sgt sbb saiz besaq sehingga 52MB. so, zam letak pics ajer laah yaa...Seawal jam 7 lagi kami dah sampai kat Putrajaya tuh.. tapi hujan lah pulak.. so, kami lepak jer dlm kereta sbb terlupa bawa payung.. lagi pun mmg saje x nak park dekat2 coz ramai yg dah pesan jalan jamm giler bila balik nanti...
Pertunjukan hanya bermua pd jam 10mlm... Lama betul dok tunggu tepi kereta.. jenuh. Pertunjukan hanya selama 30min jer... Kami yg cuma sekadar memerhati dari sebelah bangunan Kem. Pertanian & Industri Asas Tani pun jenuh gak nak keluar dr situ bila dah habis jam 10.30tuh.. minyak kereta lak dah nak habis.. tak perasan tadi. Jenuh cari jln keluar, kejap pusing sana.. kejap pusing sini.. semua sangkut.. akhirnya dpt gak gerak ke Presint 8 utk isi minyak.. then jamm gak kat tol LDP di Seri Kembangan tuh... dlm jam 1 gak laah baru smpai umah... ngantuk sgt... terus jer landed kepala & terlena... cuma terjaga skjp bila ayie smpai dihantar LB... chat kejap2 & terus jer zam lena...

Saturday, September 01, 2007

Husna Maisara - baby Drac

Ini lah wajah warga Malaysia yg baru tuh - Husna Maisara ... dah sebulan pun umurnya.. baru kini zam dpt pic dr ayahandanya Drac. TQ ...

Village View, Bandar Baru Bangi

Semalam sempat aa jejalan ngan ayie & LB ke Alamanda, Putrajaya.. LB yg beriya sgt ajak pi sana.. so zam ikut aje laah.. dr bohsan2 dok umah sorg2 tuh... pi amik LB kat umah dia.. then terus amik ayie lak kat umah akak dia... dlm jam 8.30pm gak baru smpai Alamanda tuh.. LB aa jd navigator... zam ni blur2 skit jalan.. hehehe... Kitaorg just ronda2 jer.. smpat gak laah shop2 skit kat Parkson tuh.. ronda2 dlm Carrefour ...
Dah jam 10 lebih baru aa keluar dan menuju utk makan malam pulak.. LB cdg pi Village View kat BBB... lokasi kat blkg Petronas station jln BBB tu ajer... leh nmpk sign board tuh dari tepi jalan besaq. zam pun x prnh pi sebelum ni... Sesampai kat depan tuh, punya laah ramai org.. dr dlm keter leh nmpak penuh restoren tuh.. parking keter pun penuh.. tpaksa aa tunggu sat bg org kuar dulu.. then kami masuk & terus ke blkg .. sib baik ada park betul2 blkg tuh... suka laah ayie bila sesampai disambut dgn sesorg tu kan.. ekekeee.. Meja pun penuh jer.. pusing2 dpt aa meja kosong .. tu pun ala2 kena berebut jer.. kerusi lak x der.. kena amik dr meja2 lain pulak... Sib baik aa waiter tuh bg nasihat amik menu western jer sbb kalu masak2 tomyam tu lambat giler.. so, kami oder western jer + sate ayam.. coz daging dah habis...
Sedap sate dia.. berbeza ngan sate hj. sahmuri... this 1 is better... kuah pun pekat gak.. sate besaq tp 60sen sbtg laa... x per laah janji sedapkan. hehee.... next time leh aa pi pergi lagi.. suasana ok lah jugak.. nice food... cuma kuah black pepper tu kurang pedas .. Stizzer Uptown better... hehehe. Dlm jam 12 gak laah baru kami balik.. hantar ayie ke cheras.. then LB ke Kelana Jaya... dlm jam 1 baru smpai umah.. penat gak laa.. ngantuk & terus je tido..