Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Thursday, September 06, 2007

Tayangan Perdana 1957 Hati Malaya

Semalam zam & LB berpeluang pergi Tayangan Perdana 1957 Hati Malaya.. filem arahan dan terbitan Shuhaimi Baba.. asalnya nak pi tgk ngan R tp R pulak last minute ada urgent meeting ... sib baik aa ada LB yg sudi menemani... ingatkan pas percuma yg ditukar kat Cathay tu cuma tayangan filem biasa aje.. rerupanya Tayangan Perdana.. siap dgn jamuan makan, kehadiran para pelakon & majlis pelancaran ... malu sgt sebab zam pi sana sempoi jer.. t-shirt & sandal jer...
Dalam pas tu dikatakan bermula jam 8.. kami punya laah risau sbb lambat smpai... bila sampai2 depan Cathay tu nmpak org ramai lagi, so confirm laah lum mula.. bila masuk tuh siap ada red carpet lagik... segan nyaa jalan ngan sandal tuh... ada laak buffet kat tepi tu.. belasah jer laaa.. chee cheong fun & otak2 tuh.. air botol pepsi lagi... x lama lepas tuh, tdgr sorakan dr props yg lengkap bercostume zaman lama... staf2 Cathay pun segak & cantik berpakaian tradisional...
Ramai gak artis2 lain tmsuk Cat Farish yg turut hadir.. (pujaan sapa tatau. hehehee)Kemudian tuh baru lah kami naik ke hall atas sbb tgk kat bwh dah lengang jer.. ingat kan dah nak mula.. rerupanya kat tingkat atas lg meriah sbb gerai Cathay tu diubahrupa menjadi Kedai Kopi Cathay ala2 zaman dulu gak.. props basikal tua, gebuk lama pun ada.. kat atas tu lagi laah mewah makanan.. siap ada roti jala, kuih2, buah2 & air botol Pepsi cara lama... Dah x larat nak makan, cuma jamah Pulut Panggang jer... Staf2 Cathay asyiklah mundar-mandir bagi kacang2...Tak lama tuh baru laah sampai VIP & para pelakon utama spt Maya Karin, Rusdi Ramli, Ida Nerina, Dato' Jins dll... Shuhaimi Baba dan pegawai Digi selaku penaja promosi pun turut hadir utk majlis pelancaran melalui acara potong kek 1957 yg besar tuh... habis jer potong kek tuh, baru laah semua tetamu dijemput masuk ke panggung... Fon2 semua kena kunci dlm beg kecil yg diikat.. takut ada yg buat cetak rompak.. ya laa.. tayangan wajib hanya bermula lagi 2 bulan... bertuah lah kami menjadi antara terawal...Filem ni dipersembahkan seolah2 dlm bentuk dokumentari saje... jln citer yg ringkas.. iaitu sekumpulan anak muda yg ingin menerbitkan buku mengenai zaman memperjuangkan kemerdekaan.. dan scene bertukar2 antara zaman dahulu & sekarang.. para pelakon utama memainkan 2 watak di dalam kedua2 zaman.
Watak2 sampingan spt Sultan2 didokong oleh pelakon jemputan & undangan khas... Ada satu scene di mana Onn Jaafar kecewa apabila dituduh pengkhianat Melayu oleh penyokong2nya yg tersilap faham.. mengakibatkan beliau sebak & menangis sambil menyatakan hasrat meletakkan jawatan sbg Pengerusi UMNO... dan Naib Pengerusi Perempuan (didokong oleh ) menjadi org pertama yg memujuk Onn utk kekal sbg Pengerusi.... terus jer zam teringat sewaktu Dr.M menyatakan begitu dlm perhimpunan UMNO yg lalu.. (amik idea dr scene tu kot? hehehee).
[added later... lupa letak pic pek ni... hehehe]
Dah habis show tu.. kami keluar lambat sbb nak tahu sapa yg nyanyi lagu tema nya.. mcm suara Dato' Siti jer... bila keluar kredit tuh, confim mmg CT.. best lagu dia... dah ada di internet tak? nak download laah.. R mesti suka sgt.. hehe... kat luar panggung tuh, diaorg dok edar gift pack.. org lain semua dah balik gak.. bila tgk ada lebihan tu, kami mintak laah lebih.. dpt aa 2 buah sorg.. LB amik utk Ayie (jgn lupa tuntut kat aku tau), zam lak amik utk R (tq 4 d ticket.. tp baju utk R tu tinggal size S jer la.. ) Zam & LB amik XL tp bila bukak kat umah, besaq giler.. mcm XXXL pulak... Ok laa... Nantikan tayangannya pada hari raya nanti lah kot naa...

No comments: