Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, December 16, 2007

Bengkel ISO : 11 - 14 Dis 2007

Sepatutnya zam kena ikut bengkel ni bermula 11 hb tuh.. tapi disebabkan asyik lah ada meeting terkejut lah.. taklimat laaa, terpaksa lah asyik tertangguh ajer... hari khamis tghari tu baru boleh keluar dr ofis.. tak kira, walau cuma tinggal 1 hari ajer, tetap pergi gak.. bukan apa saje je nak lepak2 kat sana. hehehee.. dah lama gak tak pi Batu Pahat, sejak kwn zam Nas tu kawin.. dah 2 tahun lebih gak kot...Dalam jam 4 gak lah baru sampai Hotel Katerina, BP tuh.. terus check-in.. bilik lak penuh, x siap kemas lagi.. zam letak ajer bag & terus ke bilik bengkel tuh.. diaorg tgh dok diskusi apa ntah... ada lah geng yg dok perli.. org dah habis bengkel, baru nak sampai.. zam diam ajer laa... yg penting, taklimat & pembentangan zam pagi tuh ke KSU & Pengurusan atasan sblum ke BP, berjaya... KSU puas hati dgn portal & sistem yg zam buat tuh... Oleh krn pembentangan hari tu bermula dgn zam & berjaya, pengarah lain pun lega gak laaa sbb mood KSU masih okey lagi... KSU ni bukan leh memain, kalu dia dah bad mood, lepas2 tu akan berterusan lah moody dia tuh.. habis lah org seterusnya kena petir ajer... Portal tu dia dah arahkan utk lauch pd 15 Jan 2008... tgh busy buat persiapan lah skrg ni....Ptg tu ada agenda ke ladang organik & Air Itam.. zam pun ikut ajer lah.. sbb excited nak pi ladang buah naga tuh.. suka sgt buah tuh.. dah berhajat nak beli buah tuh... jauh gak ladang Zenxin tu dari Batu Pahat.. kat sana kami diberi penerangan lah apa yg ada kat ladang tuh.. semuanya berasaskan organik.. iaitu tidak menggunakan sebarang bahan kimia dari segi baja & racun serangga... mmg besar ladang tu.. keliling tu nampak pokok naga ajer... ladang sayur ada jugak lah tapi semuanya tertutup supaya mengelak dari serangga perosak. Tepi2 tu ditanam pokok Misai Kucing.. cantik jugak bila berbunga...Buah naga terdapat dalam 3 warna iaitu kuning, putih dan merah dimana yg berwarna merah yang menghasilkan buah terbaik dan paling manis. Pokok naga perlu ditanam dgn ditumpang pada kayu atau tiang yg kukuh bagi menampung berat batangnya... biasanya utk setiap tiang akan ditanam 4 btg pokok dikelilingnya... Nilah rupa bunga buah Naga tu.. sering di gelar Queen of the Night kerana bunganya cuma kembang pada waktu malam dan biasanya mekar cuma semalam.. pendebungaan bunga perlu dilakukan secara manual bagi menghasilkan buah.. Pokok naga mencapai matang selepas berumur 8 bulan dan memerlukan baja yg byk bagi menghasilkan pokok yg kukuh dan buah yg banyak. Baja perlu diletak 2kg, 3 kali dlm tempoh 2 bulan bagi setiap tiang... setiap duri di batang pokok berpotensi untuk menghasilkan bunga... buah naga yg baik boleh mencapai harga RM9 setiap kg.. yg cuma dlm lingkungan 2 - 3 biji sahaja.
Malam tu selaps dinner Beriyani Gam Batu Pahat yg ditaja oleh MP Batu Pahat (MPBP), sempat gak lah keluar minum2 ngan kwn lama, si Hadi, QA Manager Hwa Tai.. dah tukar keter BMW dia neh.. bagus laah.. suka tgk kwn2 berjaya.. bini dia yg guru tu pulak outstation.. sib baik laah Batu Pahat belum banjir lagi... risau gak neh, takut tersadai pulak di BP. hehee...
Pagi jumaat tu cuma sekadar perbincangan dan lawatan dgn MPBP ajer... makan tghari tu juga ditaja oleh MPBP dgn menu asam pedas ikan keli & ikan merah... kaw2 pedas... [entry 19 Dis 2007]

No comments: