Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, December 30, 2007

Selamat Pengantin Baru - 22-23 Dis. 2007

Dalam musim cuti sekolah ni, 2 org adik sepupu zam yg melangsung pernikahan... Pd 22 Dis lalu, sepupu zam tu, Hafetz selamat bernikah dgn pasangannya Su, yang merupakan anak kepada guru fizik zam, Pn Nurhana.. dah 18 tahun lamanya zam meninggalkan alam persekolahan tuh... so, zam agak teruja juga lah untuk bersua kembali dgn cikgu ni... Majlis pernikahan diadakan di Masjid TTDI pd pagi tu, tapi zam tak dpt hadir sbb menghantar sedara balik Indo melalui Pelabuhan Klang... Majlis persandingan pula dibuat di dewan belakang masjid tuh.. Zam cuma mampu melihat dari jauh shj sbb nampak sibuak sgt mak pengantin tuh... semasa tgh makan tuh, terserempak pula dgn Pn Rafeekah, cikgu Kimia zam.. sempat lah berborak2 kejap, amik foto bersama... masih maintain lawa lagi cikgu ni.. puteh! Semasa nak balik tuh, cuma bersalam jer dgn cikgu Nurhana, dia pun siap komen.. ni semua anak2 murid dia laa.. yer lah sbb dia masih mengajar kat sekolah yg sama.. Cuma Cikgu Rafeekah jer yg dah berhenti pd tahun 1984. Balik ajer dari majlis tuh, masing2 sibuk dgn tugas memasak & mengemas di rumah lelaki pula.. Ni pula adalah kenduri pertama bagi makcik zam tu.. dia mmg mengharapkan mak zam aje selaku kakak sulungnya... semua makcik2 zam turun padang laah membantu kenduri ni... ptg tu zam & abg ipar cuma buat keje cuci pinggan mangkuk ajer...
Seperti biasa, malam tu tugas zam cuma buat hiasan bunga meja makan.. cuma letak bunga dalam pasu kecil aje.. smpai pecah 1 pasu & terpaksa selotep semula. hehehe.. sib baik lah peralatan khemak & pinggan mangkuk tu disewa dr pakcik zam yg lain.. so, dia tak lah heran sgt, pasu kaca nipis jer. hehe... tp x cukup pasu lak, 3 meja lain terpaksalah digubah.Dalam jam 1 lebih selepas azan Zohor, baru lah rombongan pengantin datang.. oleh kerana jalan ke rumah tu menuruni bukit, mcm cantik jer bila lalu bwh dahan2 pokok tuh... Kehadiran pengantin diserikan dgn selawat dan doa.
Paluan kompang juga tidak ketinggalan dengan paluan & nyanyian lagu2 pengantin biasa tuh.. mmg keinginan mak pengantin utk mengekalkan ciri2 tradisional tuh.. sbb tu, hidangan di masak secara gotong, cuma hidangan lauk secara buffet...
Bila dah selesai santapan beradat tuh, sesi berfoto pula lah kan.. masing2 menunggu giliran utk berfoto.. biasanya fot terpenting adalah bersama keluarga.. tetapi tu yg susah nak diurus sbb masing2 mak ayah pengantin sibuk menyambut & melayan tetamu...
Ada gak sesi berfoto dgn sepupu2 lelaki, itu pun setelah sepupu zam tu bagi isyarat supaya zam turut serta.. Musim cuti sekolah ni mmg sibuk gak jadual hujung minggu bersama keluarga... mmg best suasana mcm ni bila dpt berkumpul semuanya sesekala...

No comments: