Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Thursday, January 05, 2006

TRIVIA DUNIA AUTOMOBIL

Yang Pertama

  • Karl Benz dari Jerman adalah pencipta kereta pertama yang sempurna dan menjadi asas kepada kereta masa kini. Kereta ciptaan beliau siap pada tahun 1886. Nama Benz diabadikan pada jenama kereta mewah tersohor, Mercedes-Benz.
  • Pada 1916, 55% daripada kereta yang terdapat di dunia ialah model T-Fords, satu rekod yang tidak pernah dipecahkan oleh mana-mana model kereta sehingga kini.
  • Kereta yang pertama tidak menggunakan stereng tetapi menggunakan penyungkit.
  • Kereta Ford yang pertama menggunakan enjin Dodge.

Tahukah Anda?

  • Produk automobil pertama yang dibangunkan oleh Motorola ialah pemain radio dalam kereta yang dikenali sebagai “Victrola” yang kemudiannya disebut Motorola dan terus diambil menjadi nama syarikat teknologi itu.
  • Kereta Camaro telah diperkenalkan pada 1964 sebagai menyahut cabaran pasaran kereta oleh kereta Mustang dari Ford. Camaro bermaksud kawan karib dalam bahasa Peranchis lama.
  • Di Amerika Syarikat, sebanyak 135 juta kereta berada di jalan raya setiap hari.
  • Bandar raya yang mempunyai kereta Rolls Royce paling banyak ialah Hong Kong.
  • Pada 2002, 30% daripada jualan kereta ialah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV). Ia merupakan kereta pacuan empat roda yang kebanyakannya dipandu di jalan raya biasa.
  • Kereta merupakan produk pengguna yang paling banyak dikitar semula di seluruh dunia masa kini.

Kereta Dan Kelajuan

  • Andy Green dari Britain mencatat rekod memandu kenderaan di darat paling laju dengan kelajuan 1,227.98 km/j melalui kereta supersonik Thrust pada 15 Oktober 1997.
  • Anggota Jabatan Polis Bandar Raya New York menggunakan basikal bagi mengejar kenderaan yang dipandu laju pada 1898. Saman memandu laju yang pertama dikeluarkan pada 1902.
  • Trek perlumbaan pertama yang dibina di Amerika Syarikat ialah Indianapolis Motor Speedway yang dibina menggunakan tiga juta batu bundar (cobble stones).
  • Orang pertama yang memenangi perlumbaan Indianapolis 500 pada kelajuan melebihi 160.93 km/j ialah Billy Arnold yang memenangi pertandingan pada 1930 dengan kelajuan purata 161.65 km/j.

Sumber: Estidotmy, (Sisipan Sains, Teknologi Dan Inovasi), Utusan Malaysia, 28 Disember 2005. TQ Asta.

Wednesday, January 04, 2006

Kain Pelikat la la la

Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya, "Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".
Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar: " Ok esok abang beli kain untuk buat seluar panjang." Sesudah membeli kain, pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan seluarnya. Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil seluar yang sudah siap. Kata tukang jahit; "encik..., seluarnya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bolehlah bawak balik"
Pemuda itu seronok, jadi juga seluarnya, fikirnya. Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan seluar barunya. Dia memakai seluar itu. Tapi kerana kebiasaan, dia tetap juga memakai kain sarungnya. Maknanya seluar di dalam dan di luar ialan kain pelikat. Ditengah perjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan,akhirnya dia ke tandas awam. Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain pelikatnya , dan lupa memakai seluar panjang barunya.
Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa masih pakai kain pelikat, kata nak pakai seluar panjang....tapi masih pakai kain jugak" Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata; "Nih.. tengoklaaa, kan abang pakai seluar baru abang".
Seketika itu si gadis menjerit ; "Ihhhhhhhhh...bangg, panjang nyerrr..."
Dengan tersenyum bangga si pemuda menjawab; "Memanglah ...panjang. Dirumah masih ada 1/2 meter lagi"...

Tuesday, January 03, 2006

10 FILEM MALAYSIA PALING LARIS 2005

  1. Gangster (RM2.9 juta)
  2. Pontianak Harum Sundal Malam 2 (RM2.6 juta)
  3. KL Menjerit 1 (RM2.5 juta)
  4. Senario XX (RM2.3 juta)
  5. Anak Mami Kembali (RM2 juta)
  6. Lady Boss (RM1.8 juta)
  7. Gerak Khas The Movie 3 (RM1.4 juta)
  8. Sembilu 2005 (RM1.4 juta)
  9. Pontianak Menjerit (RM1.2 juta)
  10. Gila-gila Pengantin Popular (RM1.2 juta)

Sumber: A.Wahab Hamzah, “Filem Malaysia 2005 masih penuh dengan kelemahan”, Utusan Malaysia, 3 Januari 2005. TQ Asta

10 FILEM HOLLYWOOD TERBAIK 2005

  1. Brokeback Mountain (arahan Ang Lee)
  2. The Squid & The Whale (arahan Noah Baumbach)
  3. Murderball
  4. Pride & Prejudice (arahan Joe Wright)
  5. Layer Cake (arahan Matthew Vaughn)
  6. Nine Lives
  7. The New World
  8. 2046 (arahan Wong Kar-Wai)
  9. Police Beat
  10. Good Night & Good Luck (arahan George Clooney)

Sumber: Kosmo, 2 Januari 2005. TQ Asta

10 FILEM HOLLYWOOD TERBURUK 2005

  • In The Mix
  • Elektra
  • Undiscovered (arahan Meiert Avis)
  • Waiting
  • Stealth
  • Crash (arahan Paul Haggis)
  • The Man
  • The Honeymooners
  • The Bridge of San Luis Rey
  • Herbie: Fully Loaded

Sumber: Kosmo, 2 Januari 2005. TQ Asta

Sunday, January 01, 2006

Patut Tahu ?

5HB OKTOBER MERUPAKAN TARIKH LAHIR PALING POPULAR DI AMERIKA SYARIKAT
- sumber Maskulin. Jan'06. hehehe :-D

Salam Tahun Baru 2006

hepi new year 2006The loveliest day comes when u wake up each day and find out that love still colours your world thru people who care and never fail to remember. Have a GREAT year 2006. - asta

As we say good bye to 2005 and usher in 2006, we look fondly to the wonderful memories of 2005. May 2006 bring us health happiness & wealth. 'HAPPY NEW YEAR". - lan

Friday, December 30, 2005

Pantun Jumaat

Jauh berlayar saudagar Goa,
Bawa dagangan penuh bahtera,
Salam beriring titipan doa,
Tahun nan baru bawa sejahtera.

Asta, laman Masjid Ar-Rahman Lembah Pantai, KL. TQ

Hartanah Mega 2005 : Yang Tertinggi, Terbesar, Termahal (sambungan)

Bilik Hotel Paling Mahal di Dunia – Imperial Suite, Switzerland
~ Kadar sewa ialah US$33,000 semalam. Suit itu seluas satu tingkat bangunan yang hanya boleh dinaiki melalui lif peribadi. Ia mempunyai empat bilik tidur yang mengadap Tasik Geneva. Ruang makan malam boleh memuatkan 26 orang pada satu-satu masa. Ruang tamu mempunyai meja billiard, lounge koktel dan perpustakaan. Semua tingkap dan pintu adalah kalis peluru.

Hotel Paling Mahal Dibina – The Emirates Palace, Abu Dhabi
~ Ia menelan kos RM13.27 bilion! Hotel mega itu dimiliki kerajaan Abu Dhabi. Lobinya mempunyai kubah yang lebih luas dari St Paul’s Cathedral di London. Kemuncaknya adalah ukiran emas tulen seberat 20 kg, manakala daunan awan larat emas tulen sepanjang 6,040 meter persegi menghiasinya. Hotel itu mempunyai enam buah suit yang dikhususkan untuk penginapan keluarga diraja Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

Ruang Pejabat Termahal – Mayfair, London
~ Kadar sewa di Mayfair adalah dua kali lebih mahal dari sewa ruang pejabat di New York dan Tokyo. Kadar sewaan di City’s West Endnya mencecah US$199 bagi setiap kaki persegi berbanding US$120 sekaki persegi di Paris.

Resort Pulau Termahal – Rania, Maldives
~ Resort itu mengenakan caj US$10, 000 semalam semasa musim puncak. Kadar merangkumi penggunaan kapal layar, penggunaan spa tanpa had, makan dan minum. Dengan bayaran US$750 berikutnya, anda boleh membawa seorang teman. Kadar di luar musim puncak ialah US$8,000 semalam.

Taman Tema Terbesar Dunia – Disney World, Florida
~ Taman tema seluas 30 ribu ekar itu mula dibuka pada 1971 dengan kos US$400 juta. Ia merangkumi empat taman tema, tiga taman air, sebuah kompleks sukan, dan beberapa lapangan golf. Pelawat boleh bergembira dengan berbagai aktiviti meriangkan seperti berenang, menaiki bot, mendaki, berbasikal; di samping membeli-belah, menjamu selera dan pastinya berhibur dengan dunia fantasi Disney! Kompleks taman tema itu juga mempunyai 18 buah hotel.

Istana Kediaman Terbesar di Dunia – Istana Nurul Iman, Brunei
~ Istana kediaman Sultan Brunei itu mempunyai keluasan 2.15 juta kaki persegi. Ia lengkap dengan 1, 788 bilik dan 257 bilik mandi! Terletak di muara Sungai Brunei, ia menjadi bukti kekayaan Sultan Brunei.

Gedung Beli-Belah Terbesar Dunia – Macy’s New York
~ Macy’s merangkumi 11 tingkat bangunan dan menelan keseluruhan blok Herald Square, New York City. Macy’s seluas 2.15 juta kaki persegi.

Terminal Lapangan Terbang Terbesar Dunia – Hong Kong International Airport
~ Terminal itu seluas 136 ekar dan sepanjang 1.3 km. Ia mula dibuka pada 1998, mempunyai 48 ruang letak kapal terbang, 2.72 km siar pejalan kaki automatik, 5,500 buah pintu, 80 ribu buah lampu dan 28.9 ekar lantainya berpermaidani.

Bangunan Tertinggi Dunia - Taipei 101, Taiwan
~ Bangunan berbentuk buluh itu mengatasi rekod yang dipegang Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (452 meter). Taipei 101 mempunyai ketinggian 509 meter; 101 tingkat dan mampu menahan gegaran gempa bumi pada skala 7 Richter ke atas. Ia mempunyai lif terpantas di dunia dengan mencatat masa 39 saat sahaja untuk naik ke tingkat 90! Rekod Taipei 101 akan diatasi sedikit masa lagi bila menara pencakar langit di Shanghai dijangka siap pada 2007.

Hotel Tertinggi Di Dunia – Burj Al Arab, Dubai
~ Hotel setinggi 321 meter itu lebih tinggi dari Menara Eiffel di Perancis dan rendah sedikit dari Empire State Building, New York. Ia mempunyai dua suit diraja pada tingkat 25. Kadar sewaan ialah US$6,800 semalam. Ia direka seakan layar kapal dan dibina di atas pulau buatan manusia. Burj Al Arab mempunyai 202 suit dan seluas 1.2 juta kaki persegi.

Sumber: The Edge (Business & Investment Weekly) , 26 Disember 2005 – 8 Januari 2006. TQ Asta

Thursday, December 29, 2005

What Animal Were You In a Past Life?

I Was a Cougar

* a great leader who has dominance without ego.
* wickedly cunning and off the scale confident.