Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Thursday, January 05, 2006

TRIVIA DUNIA AUTOMOBIL

Yang Pertama

  • Karl Benz dari Jerman adalah pencipta kereta pertama yang sempurna dan menjadi asas kepada kereta masa kini. Kereta ciptaan beliau siap pada tahun 1886. Nama Benz diabadikan pada jenama kereta mewah tersohor, Mercedes-Benz.
  • Pada 1916, 55% daripada kereta yang terdapat di dunia ialah model T-Fords, satu rekod yang tidak pernah dipecahkan oleh mana-mana model kereta sehingga kini.
  • Kereta yang pertama tidak menggunakan stereng tetapi menggunakan penyungkit.
  • Kereta Ford yang pertama menggunakan enjin Dodge.

Tahukah Anda?

  • Produk automobil pertama yang dibangunkan oleh Motorola ialah pemain radio dalam kereta yang dikenali sebagai “Victrola” yang kemudiannya disebut Motorola dan terus diambil menjadi nama syarikat teknologi itu.
  • Kereta Camaro telah diperkenalkan pada 1964 sebagai menyahut cabaran pasaran kereta oleh kereta Mustang dari Ford. Camaro bermaksud kawan karib dalam bahasa Peranchis lama.
  • Di Amerika Syarikat, sebanyak 135 juta kereta berada di jalan raya setiap hari.
  • Bandar raya yang mempunyai kereta Rolls Royce paling banyak ialah Hong Kong.
  • Pada 2002, 30% daripada jualan kereta ialah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV). Ia merupakan kereta pacuan empat roda yang kebanyakannya dipandu di jalan raya biasa.
  • Kereta merupakan produk pengguna yang paling banyak dikitar semula di seluruh dunia masa kini.

Kereta Dan Kelajuan

  • Andy Green dari Britain mencatat rekod memandu kenderaan di darat paling laju dengan kelajuan 1,227.98 km/j melalui kereta supersonik Thrust pada 15 Oktober 1997.
  • Anggota Jabatan Polis Bandar Raya New York menggunakan basikal bagi mengejar kenderaan yang dipandu laju pada 1898. Saman memandu laju yang pertama dikeluarkan pada 1902.
  • Trek perlumbaan pertama yang dibina di Amerika Syarikat ialah Indianapolis Motor Speedway yang dibina menggunakan tiga juta batu bundar (cobble stones).
  • Orang pertama yang memenangi perlumbaan Indianapolis 500 pada kelajuan melebihi 160.93 km/j ialah Billy Arnold yang memenangi pertandingan pada 1930 dengan kelajuan purata 161.65 km/j.

Sumber: Estidotmy, (Sisipan Sains, Teknologi Dan Inovasi), Utusan Malaysia, 28 Disember 2005. TQ Asta.