METROSEKSUAL VS UBERSEKSUAL
Selamat tinggal kepada metroseksual! Kini giliran uberseksual pula ya!
Uber merupakan perkataan Jerman yang bermaksud “terhebat”. Terma ini dicipta oleh agensi periklanan Amerika, JWT, untuk buku The Future of Men, tulisan Marian Salzman bersama Ira Matathia dan Ann O’ Reilly. Salzman, seorang wanita, adalah Naib Presiden Eksekutif JWT yang mempunyai perspektif menarik tentang gaya lelaki masa kini. Dia percaya lelaki masakini mahukan sifat maskuliniti semula dan bosan untuk bersaing dengan teman wanita mereka.
“Uberseksual adalah golongan lelaki yang sangat menarik, bukan hanya pada fizikal, tetapi berfikiran dinamik, bergaya dan kelelakiannya meyakinkan. Mereka enggan berkompromi dalam soal kehidupan normal seorang lelaki. Mereka tidak perlu risau jika orang menyangka mereka gay, kerana mereka tidak,” tegas Salzman.
Walaupun terma ini masih baru, namun fenomenanya sudah lama berlaku. JWT adalah sebuah agensi periklanan antarabangsa yang mungkin mempunyai strategi tersendiri dalam mempopularkan terma dan gaya hidup berkenaan.
Mari kita lihat apa bezanya metroseksual dan uberseksual:-
>> Keghairahan
- Uberseksual ghairah tentang bisnes, politik dan hal ehwal sedunia.
- Metroseksual hanya obsess pada diri sendiri – apa yang mereka pakai, apa yang mereka mahu.
>> Sumber inspirasi
- Uberseksual belajar dari pengalaman dan rasional akal.
- Metroseksual belajar dari Carson Kressley, salah seorang hos Queer Eye for The Straight Guy!
>> Keutamaan
- Uberseksual mengambil berat soal dunia dan isu yang berlaku di sekeliling mereka.
- Metroseksual hanya risau soal kalori yang mereka ambil.
>> Tahap emosi
- Uberseksual mempunyai naluri kelelakian yang kuat.
- Metroseksual beremosi membabi buta
>> Wang
- Uberseksual melaburkan wang dalam strategi perniagaan.
- Metroseksual melaburkan wang untuk menjaga kulit muka.
>> Penampilan
- Uberseksual bercukur setiap hari, jika diperlukan.
- Metroseksual boleh beritahu anda pukul nberapa dia mesti bercukur.
Berikut adalah beberapa personaliti Barat yang dikatakan memenuhi ciri-ciri uberseksual:
- P. Diddy
- Brad Pitt
- Jay-Z
- Simon Cowell
- Michael Jordan
Dipetik dan disesuaikan oleh Asta dari rencana “Apa? Uberseksual?” oleh Syazwan Zakariah dalam Kosmo, 23 Januari 2006, hlm 34-35.
1 comment:
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it ghost in the shell ringtone Answering services new market maryland Lesbo lessons Inattentive type wellbutrin India ringtones Q mark electric heater aesthetic mesotherapy forum Forex investments Duramax water heaters Eczema small pox ford dealership in fayetteville georgia america bank mortgage rate Sexy bikini portforio Mattress massage
Post a Comment