PENCALONAN KEAJAIBAN DUNIA
New 7 Wonders Foundation kini melancarkan kempen global bagi memilih tujuh keajaiban dunia. Pertubuhan yang diasaskan oleh Bernard Weber, seorang lelaki Swiss pada 2001 itu telah memulakan pencarian lokasi keajaiban dunia sejak 2000 lagi. Weber telah menjelajah ke seluruh dunia, termasuk Malaysia untuk kempen globalnya. Binaan yang tersenarai memperlihatkan keunikan dan tarikan tersendiri. Sebahagian daripada monumen itu begitu hebat sehingga tidak mampu ditandingi buatannya oleh ketamadunan hari ini.
Berikut adalah 21 senarai pencalonan akhir yang dipilih daripada 77 pencalonan. Jawatankuasa pakar pemilihan diketuai bekas Ketua Pengarah UNESCO dari Sepanyol, Prof. Federico Mayor Zaragoza. Ia turut dianggotai arkitek Amerika Syarikat kelahiran Itali, Cesar Pelli; Harry Seidler dari Australia; Zaha Hadir (wanita pertama menerima anugerah arkitek Pritzker Architecture Prize) dari Britain; Tadao Ando dari Jepun (penerima Pritzker Architecture Prize 1995) dan Yung Ho Chang dari China.
01 - Acropolis, Athens, Greece | 02 - Alhambra, Granada, Spain |
03 - Angkor, Cambodia | 04 - Chichen Itza, Yucatan, Mexico |
05 - Christ Redeemer, Rio de Janeiro, Brazil | 06 - Colosseum, Rome, Italy |
07- Easter Island Statues, Chile | 08 - Eiffel Tower, Paris, France |
09 - Great Wall, China | 10 - Hagia Sophia, Istanbul, Turkey |
11 - Kyomizu Temple, Kyoto, Japan | 12 - Kremlin/St.Basil, Moscow, Russia |
13 - Machu Picchu, Peru | 14 - Neuschwanstein Castle, Germany |
15 - Petra, Jordan | 16 - Pyramids of Giza, Egypt |
17 - Statue of Liberty, New York, USA | 18 - Stonehenge, Amesbury, UK |
19 - Sydney Opera House, Australia | 20 - Taj Mahal, Agra, India |
21 - Timbuktu, Mali |
Pengundian memilih 7 keajaiban dunia kini sedang berjalan. Lebih 19 juta orang telah mengundi sehingga kini. Sila layari http://www.n7w.com/index.php?id=9 untuk melihat pic dan mengundi. - TQ Asta
No comments:
Post a Comment