Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Saturday, January 07, 2006

7 SEBAB DIET GAGAL

Mengurangkan waktu makan
Para pengamal diet sering melangkaui waktu makan, seperti waktu sarapan atau makan malam. Padahal sarapan umpamanya sangat penting untuk memulakan hari dan menghindari penggunaan gula dan lemak dengan berlebihan pada waktu lapar. Makan secara teratur (3 kali sehari) akan meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu mengurangkan berat badan kerana proses pembakaran kalori menjadi lebih mudah. Sebaliknya, metabolisme akan turun secara semulajadi apabila lapar.

Hanya mengambil makanan tertentu
Diet yang menyarankan tidak makan karbohidrat atau lemak sama sekali, dan hanya mengambil buahan atau sayuran tidak baik kerana keperluan tubuh terhadap vitamin dan mineral tidak dapat ditampung. Pilih makanan rendah lemak daripada tidak makan lemak langsung.

Pengambilan kalori terlalu rendah
Perempuan memerlukan kira-kira 2,000 kalori sehari sedangkan lelaki memerlukan kira-kira 2,500 kalori. Pengambilan kalori yang dihadkan kepada 1,000 atau kurang akan menyebabkan metabolisme tubuh yang rendah dan terdedah kepada anemia.

Tidak Bersenam
Olahraga dapat meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, sekaligus berat badan akan turun lebih cepat. Diet tanpa senaman tidak memberi kesan yang diharapkan.

Pengambilan Salad Bersama Mayones
Pengambilan salad memang baik tetapi elakkan makan mayones bersama kerana ia mengandungi lemak yang tinggi.

Tidak Minum Susu
Diet yang mengabaikan pengambilan susu adalah tidak baik. Susu rendah lemak dan berkalsium tinggi penting untuk diet yang sihat. Ia akan menguatkan tulang dan melengkapi nutrisi tubuh.

Berat badan Turun Secara drastik
Sebaik-baiknya berat badan yang turun tidak lebih dari 1 sehingga 2 kilogram seminggu kerana berbahaya jika berat turun lebih banyak dalam tempoh itu. Ini kerana ia memberi komplikasi kesihatan, terhadap hati dan ginjal umpamanya, yang dipaksa bekerja lebih keras bagi menggantikan glukosa dalam darah.

Dipetik dan diubahsuai dari “Sebab diet gagal”, Kosmo, Khamis 5 Januari 2006. TQ Asta

1 comment:

Anonymous said...

Excellent, love it! » » »