Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, June 18, 2006

Bangsawan Naga Chini : 12 Jun 2006

Isnin lalu Zam & R sempat pi menonton Bangsawan Naga Chini... pada asalnya kami nak tonton pd Jumaat, 9 Jun tapi R tersilap beli tiket hari Khamis.. pada hal Zam masa tu masih berkursus di Bangi dari 6 - 9 Jun. Nasib baik lah ada staf ofis yg nak pergi dan sanggup beli tiket kami tuh.. tp kami buat sistem Barter je.. dia ganti dgn Baucer Bukit Merah Lake Town Resort utk 1 night. Cuma hari Isnin je yg ada tiket RM40.. Bila sampai ke IB, x laku pun bangsawan ni.. tak penuh pun seat. Grand Circle & Upper Circle tak digunakan pun... semua harga tiket diberi diskaun dan dipindahkan ke Stall (Level 1). Ramai gak yg Zam dok perhati masuk tanpa tiket, may be guna pass je kot? Hmm... ntah laaa... Props bangsawan mmg cantik... suasana hutan diterapkan dari lobi IB ke dalam pentas.. dgn kesan bunyi khas suasana hutan (cengkerik, katak) sentiasa kedengaran...
Penyampaian bangsawan ini dilakukan mengikut bangsawan sebenar pd masa lalu... dengan kehadiran Pak Aziz Satar selaku Ketua Panggung yang keluar di awal persembahan menceritakan sinopsis dan kisah silam.. namun bagi zam, cerita yang terlalu lama tu sungguh membosankan... Sewaktu penukaran props, diadakan selingan tarian, nyanyian dan lawak .. adalah jugak tarian oleh Akak2... boring aaa.. tapi apakan daya, dah itu caranya bangsawan dipentaskan cara dulu...

Friday, June 16, 2006

Pantun Jumaat

Mana untung berjual papan,
Orang tetap menukang bemban,
Martabatkan masjid dalam kehidupan,
Gemilang ummah menjana peradaban.

- Asta, Laman Masjid Al-Khalid USM, Penang. TQ.

Thursday, June 15, 2006

Kenapa main bola 45 minit..?

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...Terdapat 2 pasukan di dalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan di dalam perlawanan. Oleh itu,jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

MORAL OF THE STORY: Jgn lupa tengok world cup... Anda dah demam???

p/s : ehh... futsal pulak berapa lama yaa?? hehehhee

Akta 15 Perlembagaan Pekerja Sosial

Akta 15 untuk couple.....

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. "Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial". Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari Akta 15.. lalu dia membaca kandungannya... "Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

Menyesal dia... hmmmm

Saturday, June 10, 2006

WILLKOMMEN PIALA DUNIA FIFA 2006

WILLKOMMEN PIALA DUNIA FIFA 2006! (10 Jun ~10 Julai 2006)

NEGARA YANG LAYAK KE PUSINGAN AKHIR:


AFRIKA

  • Ivory Coast
  • Angola
  • Togo
  • Ghana
  • Tunisia

CONCACAF (Amerika)

  • Amerika Syarikat
  • Mexico
  • Costa Rica
  • Trinidad & Tobago

OCEANIA

  • Australia

AMERIKA SELATAN

  • Brazil
  • Argentina
  • Paraguay
  • Ecuador
ASIA
  • Iran
  • Jepun
  • Korea Selatan
  • Arab Saudi

EROPAH

  • Jerman
  • Poland
  • England
  • Sweden
  • Serbia & Montenegro
  • Belanda
  • Portugal
  • Itali
  • Republik Czech
  • Croatia
  • Peranchis
  • Switzerland
  • Sepanyol
  • Ukraine

Trivia Piala Dunia

  • Lagu tema Piala Dunia kali ini ialah Time of Our Lives nyanyian kumpulan Il Divo dan Toni Braxton.
  • Maskot Piala Dunia 2006 ialah Goleo VI dan Pille. Goleo ialah seekor singa manakala Pille adalah sebiji bola yang boleh bercakap.
  • Bola rasmi Piala Dunia 2006 dicipta oleh Adidas yang menamakannya “Teamgeist” atau “Semangat Pasukan.”
  • Jerman menyediakan 12 stadium di 12 bandarayanya untuk edisi ke-18 Piala Dunia kali ini dengan pelbagai kapasiti. Antaranya Stadium Olympiastadion (76,176 orang) di Berlin; Stadium Allianz Arena (66,000 orang) dan paling kecil ialah Fritz-Walter-Stadion di Kaiserslautern (41,170 orang).
  • Jerman membelanjakan sejumlah RM6.6 bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan stadium-stadiumnya.
  • 60 ribu peluang pekerjaan wujud hasil penganjuran Piala Dunia 2006 di Jerman.
  • Piala Dunia 2006 akan disaksikan oleh 50 bilion penonton terkumpul dari seluruh dunia.
  • Lapan pasukan membuat penampilan sulung dalam kejohanan pada kali ini. Pasukan-pasukan itu ialah Republik Czech, Serbia & Montenegro, Ukraine, Angola, Ivory Coast, Ghana, Togo, dan Trinidad & Tobago.
  • Jepun penganjur bersama Piala Dunia 2002 bersama Korea Selatan mengaut pulangan pendapatan berjumlah 1.86 trilion yen.
  • Togo, negara yang layak ke Piala Dunia 2006 adalah antara negara termiskin di dunia. Pendapatan perkapita rakyatnya hanya RM1,261 berbanding Malaysia sebanyak RM14 ribu. Kadar literasinya hanya 51.7% berbanding Malaysia 83.5%
  • Pakar ekonomi menjangkakan setiap peminat bola yang berkunjung ke Jerman akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM675 untuk perbelanjaan runcit (tidak termasuk tiket perlawanan). Kos perbelanjaan runcit ini mampu memberi pulangan RM2.2 bilion kepada negara tuan rumah.
  • Mana-mana negara yang menjadi johan mengalami peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 4%. Kajian membuktikan peningkatan positif itu di Brazil dan Peranchis.
  • Mana-mana negara yang kalah pada perlawanan akhir akan mengalami penguncupan KDNK sehingga 0.3% seperti dialami Jerman pada 2002.
  • Kejohanan Piala Dunia menjadi tapak untuk kelab-kelab bola sepak ternama dunia seperti Real Madrid (Sepanyol), Manchester United (England), Juventus (Itali), dan Bayern Munich (Jerman) untuk mencari pemain baru bagi kelab mereka.
  • Bola sepak adalah kegiatan perniagaan bernilai berbilion dolar. Liga Eropah menjana RM20 bilion setahun.
  • Kegagalan dalam pusingan kelayakan adalah trauma kepada sesebuah pasukan mahupun para peminat. Pemain pertahanan Colombia, Andreas Escobar ditembak mati oleh peminat fanatik negaranya apabila menjaringkan gol sendiri yang menyebabkan Colombia tersingkir untuk ke pusingan kedua Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

Disesuaikan oleh Asta@Penang. TQ. Foto2 dari web rasmi Fifa.com

Friday, June 09, 2006

Pantun Jumaat

Orang buta membuat raga,
Raga dijual aneka harga,
Anak soleh mustika keluarga,
Makbul doanya menggapai syurga.

- Asta, anjung Jade View, Penang. TQ.

Dari Bangi ke Damansara,
Habis berkursus pulang ke rumah,
Hidup ini cuma sementara,
Akhirat jua destinasi ummah.

- Zam, Kerinchi - Penchala Link. hehe

Dari TTDI ku utuskan salam,
Salam ukhuwah menjalin kemesraan,
Pegangan Rasullah dijadikan ilthizam,
Untuk kita jadikan tauladan.

- R, Balai Islam Al-Ghufran, Pinggir TTDI

Sunday, June 04, 2006

Hepi Besday to R - 4 Jun

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U,
Hepi Besday to R,
Hepi Besday to U.....
Semoga panjang usia dan murah rezeki...

Saturday, June 03, 2006

DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku...
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong
3 Jun 2006

Friday, June 02, 2006

14 Destinasi Paling Bahaya Di Dunia

14 Destinasi Paling Bahaya Di Dunia

  • Afghanistan
    Ancaman pengeboman, penculikan dan pembunuhan oleh bekas pejuang Taliban dan para anggota rangkaian Al-Qaeda. Aktiviti disasarkan kepada lokasi operasi kerajaan antarabangsa di sana seperti Kedutaan Amerika Syarikat.
  • Burundi
    Perang saudara dan tindakan kumpulan penentang kerajaan melalui ancaman persenjataan sejak 1993.
  • Cote d’ Ivoire
    Negara ini juga dikenal sebagai Ivory Coast menghadapi rasuah yang sangat berleluasa di samping ancaman kumpulan penentang kerajaan. Pertempuran pada 2004 turut menyebabkan ramai askar Peranchis dan Amerika Syarikat terbunuh.
  • Republik Demokratik Congo
    Bahagian timur lautnya penuh bergolak dengan ancaman kumpulan-kumpulan bersenjata. Pilihanraya bakal diadakan namun situasi tidak berubah. Kegiatan rogol, penculikan dan rompakan berleluasa biarpun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut memantau.
  • Georgia
    Perang saudara pada tahun 1980-an sehingga 1990-an menyebabkan negara itu terus terbahagi di mana sesetengah bahagian negara itu tidak diketahui siapa yang mentadbirnya.
  • Haiti
    Tahap keselamatannya amat rendah dengan amaran bahawa anggota polisnya sangat tidak efisien. Demonstrasi dan keganasan adalah perkara biasa di Haiti. Para peniaga persendirian sering diganggu dah diperas ugut oleh penjenayah dan pengganas. Kebanyakan bandar dikuasai dan dikawal penjenayah.
  • Iraq
    Pilihan raya yang diadakan tidak mampu membendung kebencian penduduk terhadap sikap buruk tentera penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat. Kegiatan pengeboman berani mati, mengebom kereta dan lain-lain bentuk ekspresi jenayah menyebabkan Forbes.com melaporkan bahawa tiada satu tempat pun yang selamat dikunjungi di Iraq.
  • Liberia
    Negara itu bukan sahaja tidak aman tetapi mempunyai kadar statistik kes rogol yang tinggi. Liberia sengsara mengharungi perang saudara selama 14 tahun sehingga 2003. Kegiatan jenayah berleluasa dengan kes kecurian, pembunuhan dan rogol dianggap sudah biasa. Sebanyak 15 ribu anggota keselamatan PBB dan kira-kira 1,100 polis penasihat masih memantau suasana yang bercelaru.
  • Pakistan
    Konflik dengan India sejak berpisah dari benua kecil itu pada 1947 masih menjadikan tahap keselamatan begitu meruncing dengan kepimpinan negara itu yang giat untuk memperkukuhkan sektor pertahanan. Lokasi bersempadan Aghanistan juga menjadikan Pakistan sebagai “sarang” kepada kumpulan pejuang Islam seperti Taleban dan Al-Qaeda.
  • Papua New Guinea
    Port Moresby yang menjadi ibu negaranya mempunyai kadar jenayah bunuh tertinggi di dunia. Pengangkutan awam tidak selamat untuk digunakan dan para penyeluk saku berkeliaran di kawasan luar bandarnya.
  • Rusia (Chechnya)
    Ketidakstabilan politik telah mengundang banyak masalah di situ. Pelancong dinasihatkan tidak berkunjung ke North Ossetia, Ingushetia, Dagestan, Stavropol, Karachayevo-Cherkessiya dan Kabardino-Balkariya.
  • Somalia, Sudan dan Zimbabwe
    Ketiga-tiga negara itu bergolak dengan konflik dalaman yang mengancam para pelancong yang ingin ke sana.

Disesuaikan oleh Asta@Penang dari “14 destinasi paling bahaya di dunia” oleh Siti Mariam Zain, Mingguan Malaysia, 16 April 2006

Pantun Jumaat

Warkah istana kemas berdakwat,
Tanda Sultan beri kurnia,

Didiklah hati cinta akhirat,
Nescaya sirna pesona dunia.

- Asta, Menara Dua, Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ.

Tersergam indah Masjid Putra,
Mengimarahkannya kewajiban ummat,
Di Pertuan Agong kedaulatan negara,
Menjadi kebanggaan seluruh rakyat.

- Zam @ Dataran Putra, Masjid Putra, Putrajaya.

Dari Penang ku intai Penchala,
Salam kejauhan utusan dibuat,
Perpaduan umat tersedia ada,
Menambah kemesraan terjalin muafakat.

- R @ Masjid Sg Dua, Penang. TQ.