Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Thursday, September 22, 2005

Kangkung Punya Citer...

Al kisah berlakunya cerita di sebuah kampung nun di utara kedah. Di situ tinggallah dua keluarga yang satu tu janda beranak satu. Anaknya pompuan bernama Milah dan yang satu lagi tu duda beranak satu jugak. Tapi anak dia ni lelaki yang diberi nama Dollah. Setelah dari kecik hingga ke besar dorang berdua tu berkawan, maka mak dengan bapak kedua-dua belah pihak telah setuju untuk mengahwinkan dorang ni. Maka berpesanlah mak si milah kepada anaknya... "Milah....bila hang kahwin nanti...bila time malam pertama tu hang hati-hati sikit sebab mak dengaq maknya si Dollah tu dulu mati sebab bapak dia punya sebesaq kepala lutut . So..mak takut gak kot-kot la si Dollah tu nurun ikut pak dia" Maka si milah pun ngangguk laaa. Dalam pada tu jugak..bapaknya si Dollah tu pun tak lupa bagi peringatan pada anak dia..Dia pun pesan la kat Dollah....
"Dollah......bila hang kawin ngan Milah nanti...time malam pertama tuh hang kena jaga-jaga sikit...bukan pasai apa...pak dengaq pak nya si Milah tu dulu mati sebab mak dia punya bergigi. Takut-takut lak si Milah tu nurun mak dia. Terkejut beruk si Dollah..Anyway...Dollah pun ahah je la...
Diringkaskan cerita ......kawin la Milah ngan Dolah. Time malam nak tidur pun tiba... Duk.. dak.. duk...dak...kedua pengantin tu bila lampu dah padam...ye la... teringatkan pesanan mak ngan bapak dorang. Tapi diaorang buat-buat cool je......macam tak de apa-apa. Masa tidur tu Milah pakai baju tidur yg paling seksi sekali pernah dibelinya. Jarang habih.....Dolah pun apa lagi..terliuq la...tapi bila cuba nak bukak step je..dia teringat pesanan bapak dia. Dolah pun dapat idea nak hulur lutut dia...kot-kot la betul bergigi si milah punya...selamat sikit...Si Milah pun dapat idea jugak nak sua mulut dia...ye la..kot-kot betul besaq kepala lutut...selamat sikit sebab dia boleh gigit. Bila bertemu je gigi si Milah ngan lutut si Dollah...apalagi...dua-dua terkejut beruk lagi..Dollah terus lari balik rumah dia bagi tau bapak dia..."pakkk....betulla si Milah punya bergigi pakkk". Si Milah pun cam tu gak...balik habaq kat mak dia. Tapi pak si Dollah tak puas hati . Diaorang pun pi rumah Milah nak buat spot check.
Masa tu Milah tengah mandi. Dollah ngan bapaknya pun terus je tolak pintu bilik air si Milah. Apalagi...terkejut la si Milah yg tengah mandi telanjang tu...dengan tak berlengah lagi dia terus je capai pokok
kangkong yg hidup subuq kat longkang bilik air dia tuh untuk tutup anu dia.....Bapak Dollah pun....bila nampak je...apalagi.....terus jerit.......
"HAH!! TU DIA.....MAKAN KANGKONG PULAK DAH!!!!!

Friday, September 02, 2005

Salam Matyuse - Riyadth

Matyuse kendo ker?Salam buat semua kengkawan.. ok lah.. as promise.. ni hah kwn aku si Matyuse, yg la ni keje kat Riyadth.. dia beriya suruh aku letak pic dia ni hah... so, sesapa yg nak kenalan ngan dia, leh aa email kat myusia@yahoo.com. nak YM pun boleh.. dia selalu dok online.. YM : myusia .
p/s : Ok tak yuse, aku dah promote kan ko ni hah.... hehehe. Balik KL nanti jgn lupa ole2 utk aku yaaaa

Thursday, August 25, 2005

Aaahh.... Leganya...

Lega rasa nya.. azab betui bila x dak kereta tu. susahnya nak gi memana.. nak out station pun susah sgt... terpaksa aa dok share famili car sebijik yg ada tuh...
Tghari td.. keter tu dah siap repair.. harap2 x de lah side effect, cacat cela kat tempat lain.. lain lak rasanya sbb dah lama x bawak.. hmm...
depan pun dah lawa.. yg belakang, kesan xcden lama pun, bengkel dah tolong repair.. hehe.. puas hati gak laa.. walaupun ada kesan cat lama yg dah terkopek.. menci aa... ada gak hati ura2 nak tukar keter.. tp x mampu lah pulak.. hmm... any idea frens???
ptg nanti aa aku letak pic keter lepas repair ya.. hehe... chow

Sunday, August 14, 2005

Lembu dan Ayam...

Dialog ni aku dpt thru email... saje nak kongsi... hehehe

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macam mana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Sunday, August 07, 2005

Bodohnya Vending Machine Ticket Putra LRT

Baru ku sedar.. betapa bodohnya sistem tiket kat vending machine tuh.... bangang bebenar... aku ni mmmg aa jarang sgt naik LRT Putra tuh.. Ahad lepas aku ada janji ngan kwn, AZ, nak gi tgk wyg kat KLCC.. cite Stealth. so aku malas a nak drive ke sana.. naik aa Putra dari Kelana Jaya. Park kereta kat situ... KJ - KLCC, tiket RM2.40. Bila dok jolok wang kertas RM1.. Ok je. dia telan.. then bila nak jolok wang kertas ke dua.. x leh lah pulak.... aku x tahu aa sbb apa mulanya.. dah tak leh.. aku cuba a kat mesin lain.. kesemua 4 mesin x leh... then aku cuba aa jolok RM5.. baru lah aku faham.... betapa bodohnya sistem mesin tu.. ada ke wang kertas hanya boleh terima sekali jer... nasib baik aa kat stesen KJ tu org tak ramai....
Yang paling teruk.. bila nak balik di stesen KLCC... punya lah ramai umat... semua dok beratur2 panjang Q. Lambat bukan apa.. sebab mesin bodooh tu laa... org yg dok nak bayar tiket tu.. asyik dok jolok2 wang kerats yg x leh masuk... then aku perasan dia tekan Cancel & cuba lagi.. sampai berjanggut lah mmg tak boleh. Aku pun terus je lah sound kat org depan tu... "wang kertas hanya boleh sekali je masuk"... Mesti korg yang pernah naik Putra perasan kebodohan 'canggih' mesin tiket tuh kan....

Friday, August 05, 2005

Arrgghh... tension nya... menci aa





Arrrgghhhh... tension nya... very bad day 4 me... ntah mcm mana, leh xsiden lak... Odw nak amik AP utk tgk wyg kat MidValley mlm tuh... tak pasal2 xciden lah pulak... ngan sorg awek bw kelisa. Terus je aku ajak dia ke tepi sbb x nak jln jamm. Nasib baik masa xsiden tu jln lengang skit. Kelisa tu smpt brek sbb ada lak kancil yg brek depan dia.. aku yg kat blkg neh yg x smpt nak brek.. terus je hentam bumper kelisa tuh. Terus call AP dan kata aku xsiden & tpaksa cancel nak tgk wyg, cian dia, dah tunggu kat bwh umah.. sorry lah ya AP.
Lepas bincang skit ngan dia, setuju je nak repot polis.. ye laa.. keter aku teruk gak rosak.. x larat aa nak bayar sendiri. Nasib baik aku member AAM, terus call dan dia pun nak hantar panel dia utk check. Keter aku mmg x leh nak jalan lagi sbb radiator bocor kot. Dah jadi panas.. kena tow lah ke balai polis PJ. Lambat ke sana sbb awek tu dok tunggu kwn dia.. sbb dia pun x sure nak buat apa. Sampai kat balai dlm jam 10pm. Ramai gak org yg dtg buat repot. Hmmmm... Lepas buat repot, pi jumpa IO.. kena saman lah lagi.. hampeh. choi jer... Dah ada 2 saman neh yg x bayar lagi.. nasib baik yg hari tu terlepas.
Kat balai, aku sms kat LB lak.. kot2 dia leh dtg amik dan send aku balik umah... nasib baik lah dia free gak.. dlm jam 12am gak lah baru aku sampai umah...
Petikan Laporan Polis : "Pada 4 Ogos 2005 lebih kurang jam 8.15pm, saya sedang memandu kereta Proton WJL*** dari rumah ke Pantai Dalam. Semasa di Jalan Damansara, sebuah kereta Perodua Kelisa NBM**** membrek secara tetiba. Saya cuba membrek tetapi perlangaran tetap berlaku. Saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Kerosakan pada kereta saya adalah lampu besar, signal, radiator, bumper dan kerosakan lain yang saya belum pasti."

Monday, August 01, 2005

Turkey...





Oh ye.. kat umah aku ada sepasang ayam belanda ni.. lagi sekor x nmpak aa sbb dok nyorok bwh pokok tuh.. nanti aa , kalu ada masa, aku pi amik pic dia lagi... Ayam ni pak cik aku yg bagi.. dah bertelur byk kali pun..

Thursday, July 14, 2005

Lawak Kejap... Part 3

Buta Huruf
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
Klinik
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
Cucu
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Senyum
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Mr Muscle Classic 2005 - 26 Mei 2005, PWTC




Champion - Mr Azlisyam




Lawak Kejap... Part 2

Tok Batin
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawanya
merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin:????????

Posmen
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
Posmen : " Assalamualaikum "
Sameon : " Walaikumsalam "
Posmen : " Ni rumah Encik Sameon ye?
Sameon : " Ya saya"
Posmen : " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
Sameon : " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

Orang Asli Dan Polis
Orang asli: selamat pagi tuan
Polis: selamat pagi
Polis: apa hal
Orang asli: saya nak buat repot tuan
Polis: fasal apa tu
Orang asli: kawan saya di baham harimau
Polis: pukul berapa
Orang asli: dia tak pukul, terkam
Polis: habis?
Orang asli: tak habis, tinggal kepala