Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, March 26, 2006

Pantun Jumaat

Jiran menjual apam balik,
Habis jualan diborong nyonya,
Solat menghubung hamba dan Khalik,
Taat perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya
.
- Asta, Sanggar Za'ba, UM, KL. TQ

Tersergam indah Gunung Kinabalu,
Berdiri teguh di tanah Kundasang,
Lindungi aurat dan bersifat malu,
Tuntutan agama tunaikan sembahyang
.
- Zam, Ranau - Kundasang, Sabah

Gunung Kinabalu tersergam indah,
Cantik menawan di pandangan mata,
Turuti perintah-Nya jangan disanggah,
Agar hidup sentiasa diberkati-Nya
.
- R, KK, Sabah. TQ

(zam baru sampai dr KK dan trus entry pantun ni. cerita2 KK nanti zam update ya)