Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, December 19, 2008

I have a dream... Mamma Mia!

"I have a dream... and its a dream become reality tonite. Thanks so much. Such a great honoured 4 being ur company to Mamma Mia! Regards my greatest thanks to Jaime on her efforts n kindness" - got this sms from Ayie after sending him back to Shah Alam late that night.. arrived at home around 1.30am after a short supper @ Pak Li, S.A. hehe.. Yeah.. as true as Ayie mentions, Zam also really greatfull to joined Jaime aka Rambomadonna, Syu & there partner... really enjoy that night.. what a night...
Tonight was a corporate night to SP Setia partners, associate and clients… VVIP guest of honours on that night is YDP Agong & Permaisuri, Datuk-Datin, even my Boss also there… huhuuDuring performance, all video & photo shoot is prohibited.. Only after show ends, there are extended songs & performance, same like in the movies… during this time, almost everybody take out their camera and shoot..
Zam also do the same, shoot some videos too. Hahaha… even thou we are at upper circle level…
They sing almost all time favourite songs like Mamma Mia, Dancing Queens and mores. Tonight is soo memorable...
After the show.. Agong straight to go hoe.. but we are quite late to go down.. never know that all lead performer Q besides red carpet to be introduce to Agong & give some respect .. when Zam see this, I just rush in front of them to shoot some photo.. wanna meet face2face but its too late when all of them go to backstage…

Sunday, December 14, 2008

Gulai 'Bukek' dan Kulit Lembu

Salams... seperti dijanji.. atas permintaan Cik Min yang jauh di sana.. zam pun mintak laah resepi gulai bukek tuh dengan mak zam... resepi turun temurun. ahaks... jangan korang jadikan komersil dah laa.. royalti mahu ingat... huhu... Bak kata mak zam.. resepi nya tak susah pun.. pada yang pernah masak gulai daging, macam tu jugak lah cara masak gulai bukek ni.. cuma beza sikit aje... rempah-ratusnya sama saje.. cuma dilebihkan serai (sekali ganda lebihnya), kalu untuk 1kg daging, serai dalam 4 batang, lebihkan daun limau purut (5 daun), santan cuma guna sedikit sahaja ( 1/2 - 1 biji sahaja) dan tambahkan tepung beras yang telah digaul dengan air.. kepekatan mengikut citarasa.
Daging pula dimasah bersama dengan rempah ratus sehingga empuk.. kemudian baru lah dimasukkan santan dan tepung beras... dan gulai bukek ni amat sesuai kalu dimasak dengan isi dalam lembu seperti usus, perut, daging2 berlemak.. hehee... mana yang tak pernah dan tak lalu nak makan isi/organ dalaman lembu.. tak perlu lah nak cuba-cuba ek. hehee
Dan salah satu lagi kegilaan jiran-jiran indo keliling rumah ni adalah kulit lembu... selalu nya kalu korban ker.. diaorang ini akan ambil kulit2 tuh.. tak ramai yang tahu kan... dan juga tak ramai yang boleh lalu nak tengok foto2 proses kulit ni... kulit yang telah dibersihkan dipotong kecil bagi memudah proses pembakaran....
Tujuan utama kulit dibakar adalah untuk membuang bulu roma yang keras tuh... kulit dibakar sehingga hitam macam arang... setelah dipastikan semua bulu terbakar.. pembakaran juga bertujuan untuk membuang air/penyejatan supaya kulit menjadi tahan lebih lama...
Begini laah bentuk kulit yang telah dibakar... keras dan melengkung macam ubi kayu aje sekali tengok tuh... heheee
Kulit yang hangus dikikis bagi membuang arang dan juga bulu2 sehingga ianya menjadi bersih semula.. kikis pun ala kadar je laa... selepas itu, kulit akan dipotong lebih kecil dan dijemur dipanas terik matahari bagi memastikan ianya benar2 kering.. tahan lebih lama sehingga 2 tahun katanya... (terlupa nak snap proses jemuran.. hehee)
Kulit yang dijemur akan menjadi keras.. justeru, apabila hendak dimasak, ianya perlu direndam terlebih dahulu di dalam air bagi melembutkannya semula... biasanya ianya akan dimasak taucu ataupun digulai jua... sedap wooo... rasa kulit kenyal2 jer... leh nampak dan agak ke yang mana satu kulit dalam foto di atas? heheeh....

Wednesday, December 10, 2008

Kenduri Tahlil & Takbir Aidiladha

Malam aidiladha tuh, kami adakan kenduri tahlil & bacaan yassin asalnya... tetapi diubah oleh pembawa acara kepada takbir dan tahlil sahaja... Tak ramai pun yang diundang, cuma kariah masjid dan famili sahaja.Tahlil ni sudah tentunya dibuat untuk keluarga yang telah kembali ke rahmatullah... teringin nak buat susur galur atau salah silah keluarga.. tapi cuma tahu sampai ke moyang aje..Jamuan malam tuh tentunya dengan lauk korban... rendang daging, sup tulang, gulai bukek... dengan iringan lauk-laik lain, keli bercili, udang tempoyak. hehehe
Puas makan menu daging korban.. tapi tak leh nak makan banyak sangat sup tuh.. x larat. hehee...

Monday, December 08, 2008

Sambutan AidilAdha - Ep. 1

Sepanjang hari ini.. hujan rahmat turun membasahi bumi.. rasanya sejak malam tuh lagi... jam 1 lebih terdengar salakan anjing d luar rumah... pastinya anjing liar yang menyerang arnab dulu kot fikir zam.. terus je keluar menjenguk.. x nampak.. risau gak kot2 diserangnya lembu korban yang diikat di belakang rumah.. x nampak sangat aa dalam gelap tuh.. sayup2 jer dengar nya... Sesudah sembahyang raya... acara korban terpaksa ditangguhkan dulu sebab hujan masih lebat.. lagi pun masih tak ramai yang sampai untuk membantu.. dalam jam 10 baru mula.. semua ke belakang rumah untuk acara korban... zam diamanahkan untuk menulis nama2 mereka yang berkorban ikut lembu yang ada... secara kebetulan, no lembu yang zam pilih semalam, sama dengan turutan sembelihan lembu yang pak cik zam buat. hehee...
Zam jugak lah diamanah untuk menyebut nama2 yang berkorban di hadapan lembu masing2 sebelum sembelihan... hehee...
Lembu 3 ni agak garang sikit... lasak... daun pisang tu diguna untuk menghalang darah yang memancut keluar supaya tak kena ke badan... tapi pasti nya akan kena juga bila lembu tu menendang2...
Dah siap sembelihan, lembu dibawa ke atas lori dan di bawa ke halaman rumah untuk dilapah... isi perut seperti hati, limpa, jantung dll diasingkan terlebih dahulu untuk dimasak rendang.. manakala usus2, lemak2 dll diasingkan untuk dimasak gulai bukek... (akan dicerita lanjut kelak)
Kesemua daging dilapah untuk ditimbang dan diagih-agihkan. Berat ketiga-tiga lembu mencecah 180kg. Hanya 177kg sahaja yang diagihkan kerana daging lebihan tuh telah diguna untuk dimasak rendang...
Lain tempat, lain cara agihannya... tahun lepas lain, tahun ni pun lain.. zam cuma ikut formula kiraan pakcik zam jer.. Pertama : semua yang berkorban boleh meminta berapa bungkus yang diperlukan.. ada yang minta lebih sebab nak diagihkan sendiri kepada yang diperlukan.. bergantung kepada mereka.. kebanyakan ambil antara 2 - 5 bungkus aje. Zam pun cuma amik 2 aje.. nak bagi pada kakak ipar dan keluarga anak sedara di Puchong tuh. Kedua : semua lelaki yang datang membantu akan diagihkan sebungkus seorang. Bila dikira2 adalah dalam 90 bungkus.. dilebihkan 10 bungkus kot2 ada yang datang membantu kemudian.. so, genaplah 100 bungkus.. di mana sebungkus seberat 1.75 - 1.77 kg.
Acara yang ringan2 seperti menimbang ni je lah yang zam buat.. hehe... nak memotong tuh dah ramai sangat yang bantu.. nak melapah tulang, tak pandai sangat. Biar yang pakar je buat. hehee...dah siap bungkus, agihan pun dibuat seperti yang tercatat.. Alhamdulillah, dalam jam 1 semuanya dah selesai... Tapi rendang belum siap masak lagi... hehe.. Tengah hari tuh cuma makan nasi dengan sup tulang aje & beberapa lauk sampingan... Rendang & gulai bukek akan dihidang untuk kenduri tahlil di malam hari pula... (bersambung.....)

Sunday, December 07, 2008

Salam Aidil Adha

Pengorbanan Ibrahim patut dicontohi,
Ketaatan Ismail wajar diikuti;
Kesetiaan Hajar lambang kasih sejati,
Erti pengorbanan sebenar bersama dihayati.
- from sms
Syukur alhamdulillah... tahun ini.. sempena aidil adha ini.. dengan rezeki yang diberikan oleh Allah yang Maha Esa.. zam berpeluang sekali lagi menunaikan ibadah korban.. bersama-sama dengan keluarga yang lain, dapat lah kami korbankan 3 ekor lembu ni.. zam punya cuma 1 bahagian aje.. hehe.. ikut yang termampu lah kan... zam nak pilih yang lembu di pic atas tuh..
Bebudak... suka sangat tengok lembu tuh.. memang pun laa.. dulu kat kampung ni, ada yg gembala lembu tapi sekarang ni dah tak ade... teringat2 zaman bebudak dulu... zam pernah kena terjah dengan seekor lembu kat depan rumah ni... kat depan rumah dulu kawasan lapang.. memang banyak aa lembu org kg ni yg dilepaskan kat situ... siyot jer.. tetiba je dia kejar.. terus jer zam lari masuk sungai depan rumah tuh... kuyup laa.. dah laah sungai tu bukan bersih sgt pun.. nasib baik aa cetek jer.. huhuu...
Kat sungai depan rumah ni jugak laah, pernah sepupu zam yang nakal, tetiba jer dia lari-lari dan terus terjun sungai.. dalam gak dari tebing ke dasar sungai, cuma sungai cetek laa... gelak jer kitaorg.. mmg dia tuh nakal masa kecil.. sib baik aa dah besar ni baik skit. hehee... dan.. kat sungai depan tu jugak laah, pernah dedua arwah abg zam.. yang tua ngajar yang muda bawa kereta abah zam.. kereta Datsun 120Y warna putih... baru nak belajar.. terus dia tekan minyak dan terjun ke sungai... menjerit mak zam bila tengok kereta tu meluru jer... bila dikenang2, buat gelak aje kaan... hmm.. tapi tu laah.. semua nya tinggal kenangan ajer... kenangan yang mendewasakan kita...
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.. dan selamat menunaikan ibadah korban. - ikhlas dari Zam.

Saturday, December 06, 2008

Geram dengan Le Paris Costa Rica Hotel, Port Dickson

3 - 5 Dis 2008 lepas, kami ada wat bengkel ISP di sana.. dulu pernah buat brainstorming gak kat sini.. time tuh zam lah yang buat urusan hotel.. semua ok jer.. hotel pun mcm best je layanan.. makan pun sedap sebab tak makan di cafe.. semua kami minta asing di bilik lain.. sebelah bilik seminar sbb buat masa week end.. so ada staf yang bawa famili.. leh masuk ramai2.. x perlu guna kupon makan...
Kali ini, layanan hotel macam tak best jer.. bilik pun macam dah usang jer.. dapat lak bilik 2 katil single.. padahal dok sorang.. yg ni memang salah penganjur laa. semua dia amik bilik twin-sharing.. bengap tul.. zam laser jer kat dia.. bos pun diaorang tak upgrade bilik.. bagi bilik standard jer... apa daaa... x ikut kelayakan, jimat punya pasal kot.. huhuuu...
1 malam tuh, zam turun dinner lambat coz tertidur.. dalam jam 8.40pm jer.. bila sampai cafe, semua food baru je di kemas dah masuk troli... awalnya kemas.. huhu... terpaksa aa pi makan Ikan Bakar kat luar .. huhu.. sib baik aa Siakap bakar tu sedap. haha.. tapi tomyam hampeh.. huhu
Then nak jadi citer lagi... pagi nak c/out tuh dah siap kemas baju laa.. semua dah lipat masuk beg.. jaket dan baju batik yang tak jadi pakai, kemas dalam casing dan sangkut semula dalam almari sebab nak pi bengkel/rumusan dulu pagi tuh... Lepas habis tuh, terus je laaah masuk bilik, capai beg dan terus turun ke bawah untuk c/out.. then lunch dulu seblum balik.. memang tak ingat langsung jaket dalam almari... dah sampai KL, nak sampai umah baru teringat... terus call ke 103, hampeh jer.. line busy.. asyik lah hold > 3 min... 2 kali lak tuh, x dapat gak..
Bila sampai umah dalam jam 6 lebih tuh, call lagi 103, x dapat gak.. giler TM.. terus je online, cari no fon hotel.. call hotel, front desk pun angkat.. jawab kol macam layan x layan jer... dia boleh jawab.. "tak per encik, nanti kami check dengan housekeeping dan call encik semula yaa... " boleh? padahal dia tak tanya pun nama sapa, no fon apa.. zam lak yang bagitahu no fon.. (ayie, pernah kena kes macam ni kan dulu? huhuuuu) ... sakit hati jer cara jwb dia tuh... then jam 8, zam call lagi dari Cathay.. pun sama gak jawapan. hampeh... housekeeping tak der report pun ada baju tertinggal... suh call semula pagi esok jam 9 lebih.. pagi tadi, zam call lagi jam 11.. front dexk layan x layan jer.. zam mintak aa nak cakap dengan manager on duty, dia pun sama gak.. suh hold nak semak.. tahu2 terus je putus lepas tuh... gerams tul.. zam biar je laah dulu kot dia nak carik info ker,. siasat ker... x de pun nak call...
Then zam kol lagi jam 5pm lg... 2 kali call, tak berjawab.. dalam jam 7 kot baru ada jawab.. yang ni layan ok skit la.. katanya cuti 3 hari, nai baru masuk.. dia akan semak dulu.. mintak a no fon zam.. bila c/in, bila c/out.. dari mana... tapi tak tanya bilik mana. ceh... zam kata aa bilik 819 tuh... katanya akan call semula.. kalu tak de call, mahu jer pi PD semula.. nak pi maki kat lobby hotel tuh... tengok laah camner esok pagi... (LB, x jadi balik raub ka? jom teman pi PD eosk pagi? hehe... )
Lepas ni.. memang aa black list hotel ni... oh yer... sebelum c/out tuh, zam ada bagi bad review kat comment form dia. huhuuu... memang hampeh...

Thursday, December 04, 2008

Salam Ulangtahun Otai : 04 Dis

Salam ulangtahun buat Otai ... moga sentiasa sihat walafiat, bahagia dengan keluarga dan teman-teman... Bila agaknya boleh pi makan-makan? Hmmm... Busy aje laah kan.

Saturday, November 29, 2008

Konvokesyen Hidayah : 29 Nov 2008, UiTM

Setinggi tahniah buat anak sedara kesayangan Zam, Nur Hidayah... di atas konvokesyennya, Diploma Aktuari, UiTM Shah Alam... Hajat hati memang lah nak hadir sama ke majlis konvo tuh.. tapi tak kesampaian... huhuu... Gambar yang diambil di majlis konvo terlalu terang menggunakan kamera baru.. tersliap setting agaknya... cuma foto di rumah ni jer yg agak jelas.. tak apa la... anggap macam pi amik kat studio lepas konvo. hehee...
Hanya kek tahniah ni sajer yang dapat mamak berikan buat anak sulung kesayangan.. hhehee.. moga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada adik-adik yang lain... Moga Hidayah lebih berjaya dalam peringkat Ijazah hendaknya... amiin....

Sunday, November 23, 2008

Nexus Resort Karambunai, Sabah : 21 - 23 Nov 2008

Ini lah kali pertama menjejak kaki di resort mewah ini... TQ to GITN Sdn Bhd yang menganjurkan mesyuarat perancangan EG*Net di sini... setiap agensi dijemput seramai 2 orang tapi TKP hanya lepaskan seorang jer.. so, zam lah yang pergi.. hehe.
Penerbangan dari KLIA ke KK dengan MH80, jam 9.00pg, flight yang terus ke Narita. So dapatlah kapal yang besar.. syok naik kapal besar.. luas sikit, fasiliti pun lebih lagi aa berbanding 737-400 tuh... Kapal delay disebabkan ada 3 orang yang tak jadi terbang di saat akhir, so luggage diaorg pun kena kuarkan lah dari perut kapal.. sure lah kena cari satu persatu kan tgk no tag tuh.. delay 30min gak laa... Jarang terjadi kes batal disaat akhir, yg selalu nya delay sebab ada yang naik kapal lambat, sibuk shop or borak2 di terminal.. Oh yaa.. sebelum tuh nak cerita sikit aaa pasal keselamatan masa nak boarding tuh... biasalah kalu gi outstation ni, toilettere mesti tak tinggal, dalam tuh ada nail clip, syampu, shower gel dll aa.. so, security tuh tahan laa sebab MH80 tuh international flight.. dia tanya dulu nak pi mana, jawab je lah ke KK. dia kata ni tak leh bawak sebab cecair, gunting kecil pun tak boleh.. zam tak puas hati laaa.. botol gel tuh tinggal sikit jer tak sampai pun 100ml.. dia kata ikut saiz botol bukan banyaknya.. zam tekak lagi aa.. saya nak pi KK jer, local flight bukan International pun.. baru aa dia tengok borading pass then tanya kak akak belakang tuh.. baru aa dia bagi lepas.. apa daa... tak kan laah x de SOP... tahu aaa kalu international x leh bawak cecair naik atas flight, semua kena check-in.. huhu..
Ramai gak lah muka2 yang familiar terjumpa atas kapal tuh yang pergi bersama ke sesi tuh... Brunch (makan lewat pagi) dihidangkan dalam bekas yang baru, lebih besar dan kemas.. menu pun OK la.. nasi lemak tuh pun sedap gak, leh aa makan...
Sesampai di KK jam 12 lebih, nasib baik aa ada pengajur yang kenal muka ni, so naik aa sama kenderaan yang disediakan terus ke resort. Jauh gak Nexus ni, 40min dr KKIA... Tengok jer lah design bangunan lobby tuh. Sampai terus buffet lunch.. memang mewah hotel ni.. buffet lunch pun dlm RM68++ kot... kalu dinner RM98++ .. mahal giler.. tapi setaraf 5 bintang nya laa.. menu memang sedap laa.. presentation lauk pun cantik.. tak der lah diletak selonggok jer atas pinggan... decoration di 1 sudut berubah mengikut tema.
Lepas lunch terus amik kunci & masuk bilik.. jauh dari lobby, mahu 5 minit kalu jalan kaki.. so, naik buggy laah... nasib baik laah dalam bilik ada free Internet.. terus je cucuk ke notebook & layan chat.. tak lah boring sementara nak tunggu ke malam utk dinner dan sesi mesyuarat pertama. Hajat hati nak ke pantai tak kesampaian sebab petang tu hujan lebat sampai ke malam. Nak pergi dinner pun kena panggil van to pick up laa...
Memang lebat giler malam tuh.. meeting yang mula jam 8.30pm, habis jam 12 lebih.. giler.. penat betul.. ngantuk dah... zam post jer laah beberapa photo sekitar Nexus... malas nak citer lanjut. hehee
Geram jer tengok kolam besar ni.. tak sempat pun nak terjun... cuma mampu tengok dari jauh jer... huhu.. mana tak nya, jadual pack sangat dari pagi ke petang ke malam.. tapi ada gak lah sesi yang saje masuk lambat, hehe...
Suka tengok lampu dinding yang dipasang di koridor, lawa motif ukiran kayunya... resort kat sini 2 tingkat aje, bawah dan atas.. zam dapat bilik di atas.. so bumbung nya bukan siling tetapi terbuka terus ke atap. lawa dengan bentuk anyaman kayu..

Sejak hari pertama sampai lagi nak snap pic senja dan pantai depan tuh.. tapi x kesampaian sebab hujan lebat sejak petang.. hari kedua nya terus keluar dan snap2.. sempat jejak kaki di laut jer.. x berani nak mandi sebab dah senja dan sorang2 jer.. huhuu...

Banyak gak snap pics sekitar Nexus ni.. saje jer buat kenangan.. ye lah 1st time sampai kaan... bukan selalu orang buat meeting kat tempat2 mahal macam ni... dulu pernah aa ada, tapi zam tak pi lah. huhuu... sapa laah kita neh.. budak kecik d ofis je.. tak macam cik min & cik meli yg vouge gituh.. masing2 kesayangan SU & KSU. huhuu...


Pantai situ sepanjang 6km katanya.. tapi tak berapa putih dah... hehe... tapi landai laa.. nak mandi2 memang syok kot.. saje pi pantai nak lepas hajat jejak pantai & rasa air laut nexus. hehe.. ntah bila aa leh jejak kaki lagi ke sini.. rate bilik kat sini kalu mai sorang mahu RM900++, tapi bila dijadikan pakej termasuk makan minum, akan jadi RM980 seorang bagi 3 hari 3 malam + 6 kali makan. Berbaloi kah?

Sunday, November 16, 2008

Salam Ulangtahun Hidayah : 16 Nov 2008

Salam Ulangtahun buat anak sedara sulong zam... dah dewasa pun... la ni masih study di UiTM.. sib baik x sama fakulti ngan Ayie... ahaks... kalu tak, harus aaa selalu dpt A je kalu Ayie yg ngajar .. :)) hahahahaaa
Kek pilihan Hidayah sendiri.. bergegas beli di La Manila TTDI.. dah jemu kat SR sbb dah rasa semua.. hajat hati nak beli perisa Blueberry, tp cuma ada cheese cake jer.. & ramai yg x makan cheese.. terpaksa aa pilih kek yg ada.. x byk pilihan sbb x byk stok.. La Manila ni kegemaran ayie kot.. dia yg beriya propose dulu.. mmg sedap aa kek ni.. yum yum...

Saturday, November 15, 2008

Ayat-Ayat Cinta


Desir pasir dipadang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...

Meraikan LB

14 Nov, Mlm td kami keluar bersama meraikan ulangtahun LB, Zam, Ayie & Otai. Semua berkumpul di umah LB dan Zam pi pick up di sana... sib baik aa Otai smpai awal... kalu tak sure aa kebasahan atas motor...
Acara bermula dengan dinner di Homst@TTDI tuh.. Sorry lah LB, x dpt nak bw ke Japanese Food idaman hang tuh... x sempat kalu mlm td.. coz ada acara lain kan.. ko kalu di Japanese Food, sure aa leh stay 2 - 3 jam kan.. ahakss.... Menu2 ni semuanya di pilih oleh LB.. ye laa.. hari tuh zam pi x pandai pilih.. dpt menu yg x sedap sgt.. hahahaa....
Yum yum makan semua menu2 tuh.. lg pun perut mmg dah lapar.. dgn hujan lebat nya malam tuh.. siap tambah2 nasi lagi. hehee.. LB & Otai jer yg diet konon.. ahaks...
Pic ni kali pertama cuba guna efect blur2 dlm Photoshop.. haha.. seblum ni malas nak explore function yg ada... belasah jer laa... edit2 main klik jer.. hikss... Kari ni mmg sedap, semua puji laa.. next time kalu dtg, leh aa order lagi.. hehe, butter prawn pun sedap, menu pilihan Otai.. zam & ayie just makan jer apa yg ada. hehee...
Pose2 selepas kenyang.. hahaa.... Lepas dinner kat TTDI tuh, terus gegas ke Cathay Cineleisure Dsara, pawagam pujaan LB.. hehe.. tapi tak leh lawan aa pawagam pujaan Otai di Pavalion tuh... pi amik tiket yg di booking, Madagascar 2, show 11.45pm.. tempah 2 waktu utk 11pm jugak tp dah x sempat, so amik yg 11.45 la. hehe..
Sementara nak tunggu show tuh, lepak2 kejap di Starbuck, Curve.. memasing order Ice Blended & kek for dessert... tersilap order minuman utk Ayie, sib baik aa sedap gak.. kalu tak.. harus aa kena petir hujan lagik.. hehehee
Yeaaah.. I like to Move It, Move It.. hehehee... Really enjoying this film.. LB komen "better Part 1". Otai lak lebih suka Part 2.. hehe.. tak kisah laa.. zam lak enjoy dedua2.. syok.. animasi mcm ni mmg suka sgt... next show, nak tgk Bolt pula... nantikaan....
Habis show.. dah ada yg mula nguap.. hehe.. Ayie sejak di Starbuck lg dah mula ngantuk.. tahan je laa.. almost jam 2 gak laa smpai d umah LB.. then terus bagi hadiah yg mmg dah tersimpan dlm boot.. Tu pun bergegas beli semalam dgn Ayie kat Bukit Raja...
Acara membuka hadiah di atas... LB dok pose dgn semua gift yg dpt.. Jgn tak tahu, parcel kuning tuh diterbangkan khas dari jauh.. nun dari benua Amerika Selatan... Yg merah tuh dr Otai...
Sebelum Otai & Zam balik, jenuh tul nak setting timer di kamera utk ambil gambar berempat ni... hehee... asyik laah x brp nak menjadi.. hehe...
Apa2 pun.. hope LB happy selalu...

Friday, November 14, 2008

Salam Ulangtahun LB aka Bayen aka Brian

Selamat Ulangtahun buat LB yg ke ... ? Boeh ke bagitahu? ahakss.... Moga panjang usia, murah rezeki (boleh laa belanja kami lagik.. hahaha), dapat jodoh (heheheeee)...
anyway muda lagi laa... malam ni kita pi makan2 ek... then layan Madagascar2 di Cathay yang ko suka sangat tuh....
btw.. jangan suka tayang kaki... ekekeke

Thursday, November 13, 2008

Hadiah dari Ayie

Tanpa disangka, Ayie memberikan hadiah ni sempena ulangtahun lalu... walau lambat, ianya tetap diingati. Terima kasih sahabat.

Sunday, November 09, 2008

Khadijah Ibrahim Concert : 17 - 18 Nov 2008

Dah lama gak Ayie dok bercerita tentang konsert ni.. dia mmg laah fans Kathy.. zam mmg suka laah lagu2 beliau tp x de lah fans sgt.. hehe... bila ayie ajak pergi, zam pun ok jer la.. sbb x pernah tgk show beliau... show diadakan sempena ulangtahun ke 30 beliau dlm seni suara.. diadakan di Dewan Philharmonik Petronas...
Cuma 2 hari jer show tuh... bila call, tiket termurah iaitu RM50, dah dekat nak penuh pun.. yg ada cuma seat row A & B jer.. iaitu 2 baris dr depan stage... terbalik susunan dgn Istana Budaya, tiket murah berada dekat dgn stage, yg mahal berada jauh... kami cuma pergi 4 org jer... x kisah laa.. dekat lagi best, lg puas nonton.. hehee... pastinya akan full charge camera sebelum pergi.. hope boleh snap kelak... ada kengkawan yang nak join sama? kami pergi show pd 18 Nov tuh.. tp pepandai a carik tiket sendiri ya...
Box Office : 03-2051 7007
Web : Malaysian Philharmonic