Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Wednesday, October 29, 2008

Delay Birthday Celebration @ Silver Pot : 26 Okt. 2008

Akhirnyaa... tercapai juga hajat LB utk celebrate besday zam & ayie yg jatuh dlm bulan yang sama... Oktober, same sign Libra. Kami cuba di restoren baru ni Silver Pot @ TTDI.. sajian Steamboat Chinese Muslim...Menunya tak banyak bentuk set utk ramai.. mostly utk set sorg jer.. yg ada utk 2 org hanya Lover's Set.. terpaksa aa amik 2 set gak sbb kami berempat.. tak sesuai betul nama set tuh. huhuu... kalu letak Couple's Set more better kan. huhuuu... meja dia mmg moden laa.. setiap sorg akan ada periuk & dapur masing2..
Oleh kerana kedudukan kami duduk, so zam share set dgn Otai yg duk di depan.. Ayie lak ngan LB... spt steamboat lain, ada 2 perisa kuah iaitu sup atau tomyam.. pasti lah zam pilih tomyam.. Ayie jugak.. LB & Otai pilih sup jer... rasa steamboat sini sama jer.. x de apa yg special sgt pun.. harga pun boleh tahan gak laa...
Otai dok pose2 memasak. hehee... Otai ni kwn rapat LB... so jd kwn2 kitaorg gak laa.. susah nya nak set date ngan dia.. bz sokmo.. huhuuu .. jamuan raya tempoh hari pun tak dtg.. sedihh...
Ini lah dia gift dari LB & Otai.. beriya dok memilih T-Shirt utk zam.. siap kol tanya saiz apa... XL laa.. x kan laah tak tahu... hehee.. saje je bgtahu kat sini.. kot ada yg lain nak bagi baju ker? zam terima aje.. x menolak. hahahaa... Baju x smpat nak snap sbb dah pakai & cuci esoknya. hehe..
Ni lah catatan wish dr LB & Otai.. habis je dinner tuh, kami terus ke Cineleisure utk tgk midnite... sib baik ada tiket utk show Tropic Thunder. jam 12.10am.. so gi lah minum2 dulu di Starbuck@Curve... TQ to LB yg byk belanja utk kami malam tuh.. next month on us pulak yaa...

Tuesday, October 28, 2008

Sunday, October 19, 2008

Jamuan Aidilfitri : 19 Oktober

Syukur alhamdulillah.... jamuan yang dirancang berjalan seperti biasa.. walaup hujan turun dengan lebatnya di pertengahan majlis... semuanya diterima dengan rasa syukur.... Sememangnya setiap tahun, majlis ini akan dibuat.. selagi ada rezeki dan berkemampuan.. itu pun kalu mak zam masih terdaya untuk memasak... TQ mak... Zam lebih senang kalu majlis seperti ini dipanggil sebagai Jamuan Aidilfitri... sebab tu dalam jemputan emel & sms, zam sering guna istilah tersebut...
Inilah beberapa juadah yang dapat kami sediakan utk santapan para tetamu yang hadir.. tahun ni nasi pilihan adalah nasi tomato yang dihidangkan dengan lauk rasmi rendang daging + paru (paru ni sbb zam yg suka. hehe), ayam masak merah, jelatah... dan menu trade mark kami iaitu Gulai Bukek (hehe.. sory aa.. zam pun tatau mcm mana ejaan sebenar.. tp sebutannya mcm tu laa.. bu'kek..)
Gulai bukek ini mcm gulai biasa jer la.. tetapi kelainannya dimasukkan sedikit tepung supaya gulainya menjadi pekat.. daging yang digunakan biasanya adalah organ dalaman spt usus, perut dll... mmg sedap sgt.. huhu...
Ni lah rupanya gulai bukek tuh... difotokan khas atas permintaan SeMin... sorry laah masa snap ni, lauk dah nak habis.. hehee.. mmg idaman org kampung kalu ada jamuan or kenduri, menu ni pasti dihidangkan...
Disamping itu, dijuadahkan jua nasi impit, bihun, mee kuning yang dimakan bersama kuah soto... lengkap dengan pergedel, soo hon.. taugeh.. cili nya.. dll...

Tahun ni.. tetiba lak mak zam beriya nak berlemang.. masa 1 syawal tuh x sempat sbb kurang sihat dan x de buluh.. ni lah lemang pulut pisang... lemang pulut biasa pun ada gak.. cuma lemang tepung jer x de... hehe..
Puding roti ni pulak disediakan oleh kakak zam Hidayah, anak buah sulung zam (sorry, silap info) ... ramai yang memuji sedaps... mmg sedaps pun.. tp kali ni zam x sempat rasa.. dah biasa makan.. zam biarkan tetamu jer yg merasanya... hehe
Terima kasih pada para tetamu yang sudi & berkesempatan hadir ke majlis kami.. saudara mara, sahabat handai, rakan taulan... yang dah lama x dtg pun dtg jua... kawan sekampung yg dah lama x jumpa pun hadir bersama anak nya...
Officemate yang hadir.. antara yang terawal sampai... tq ucop, laili, khai.. jam 3 dah smpai.. yg lelain tuh, sorry laah x kesempatan nak snap dan post kat sini...
TQ to nas, ayie & LB.. rakan yang sering hadir dlm majlis anjuran kami... tq banget... harap berpuas hati dgn juadah kami.. walau dlm hujan lebat, hinggakan longkang yg dipasang di atas khemah hampir roboh dek air melimpah... huhuu.. kuyup gak laah dok betulkan longkang tuh.. LB jugak aa berseri2 muka hari ni.. tatau napa.. hikss... hehehee
TQ Bad... dtg jugak... lama x jumpa... moga berjaya aa dlm bisnes tuh yaa...
Zam amat berbesar hati dgn kehadiran kalian semua.. moga ukhwah kita akan berkekalan hendaknya... moga rezeki tahun depan akan melimpah, dan dpt lah kami adakan majlis ini setiap tahun.. tidak lain hanya untuk merapatkan ukhwah antara sesama kita... - wasallam -

Friday, October 17, 2008

Would you use it ?????

Here's a picture of a public toilet in Switzerland.

Now that you have seen the outside view of the Toilet, Just spend some more time scrolling down to see how it looks from inside ..!!

...

...

...

...

...

.....

That's made entirely out of one-way glass. No one can see you in there, but when you are inside, it looks like you're sitting in a clear glass box.

Would you use it ?????

Thursday, October 16, 2008

Fauzi bersimen kaki...

Cian si fauzi.. 9 Okt lalu tuh .. kaki dia bengkak selepas kena rempuh masa main bola depan rumah ni... hingga kan tak boleh dijejak kaki ke lantai.. terjengket2 laah berjalan..
Pi lah ke PPUM, bila X-Ray rupanya ada yg retak & patah skit.. terus doktor bagi simen selama 2 minggu.. 21 hb depan baru bukak semula simen tuh... semoga cepat sembuh yaa..

Wednesday, October 15, 2008

Salam Ulangtahun Ayie : 15 Okt 2008

Hari ini, genap usia Ayie lagi....

Selamat Ulangtahun sahabat.... semoga panjang umur, murah rezeki (leh aa kita ronda2 pulak, hehehe) , bahagia bersama tersayang itew... dan diberkati Ilahi selamanya hendaknya... amiin...

Student tak bagi kek suh tiup lilin kaa? ahakss...

Friday, October 10, 2008

Jamuan Aidilfitri di Pejabat : 10 Okt

Staf yg beriya nak buat jamuan raya.. disekalikan dengan meraikan ulangtahun staf bg bulan Ogos, Sept & Okt pula. Masing2 diminta utk bawa makanan secara pot-luck. Zam diminta bawa kuah soto or lontong... soto dah buat masa raya.. so, zam minta mak zam masakkan lontong pula.. kuah jer sbb nasi impit ada yg bawa/masak.Ini lah keluarga kami yg menyambut ulang tahun tuh... Banana Cake gak jd pilihan diaorg... (Ucop tak de dlm pic sbb tgh mesyuarat)
Antara juadah yang di bawa... sesekala buat macam ni mmg best... Bahagian lain ada gak yg buat secara kecil2an dan bersendiri jer... kami pun jemput staf lain yang rapat2 jer... nak ajak semua x mampu sbb juadah x banyak. hehe
Cukuplah sekadar yang ada.. sekadar memeriahkan suasana... bermesra2 antara kita.. hehee

Wednesday, October 08, 2008

Cuti2 Langkawi : 4 - 7 Oktober 2008

Setelah lama merancang, akhirnya tercapai jua. Percutian keluarga di Langkawi sempena cuti raya. Ramai yg pergi, famili zam, makcik2, sepupu2.. diaorg semua pergi dgn flight AirAsia.. zam bersama 2 anak sedara & kakak pembantu pergi dengan bas & feri jer.. kami terpaksa pergi lebih awal, Jumaat maal dah bertolak dgn Transnasional ke K.Perlis.. oleh kerana musim raya, tiket pun mahal skit dgn surcaj 30% tuh, RM42(Dewasa) & RM 21(Kanak2). Perjalanan dr Jln Duta ke K.Perlis tak disangka begitu pantas.. bertolak jam 11pm.. smpai di K.Perlis seawal jam 4.30am.. itu pun termasuk berhenti sebentar di Rehat Bkt Gantang selama 30min.Sesampai di stesen K.Perlis terpaksa aa tunggu siang.. kaunter tiket feri pun belum buka.. Feri seawal jam 6pg.. tapi zam amik yg jam 7pg, biar cerah dulu lautan tuh.. x lah serams sgt bergerak dlm gelap. hehe. Feri dr K.Perlis ke Kuah cuma 45min - 1 jam jer.. Tiket feri pun naik skit RM18 (Dewasa) & RM13 (Kanak2). Sesampai di Kuah, bertemu kenalan lama, MI yg kebetulan bercuti di sana menemani adiknya yg tak dpt pulang bercuti kerana tugas. Terus je uruskan kereta sewa utk keluarga berjalan di sekitar pulau, sampai kena amik 3 MPV sbb ramai. Dah dpt kereta, baru senang nak gerak.. destinasi pertama adalah kedai makan sbb perut dah lapar nak sarapan. hehehee. Then shopping skit sbb mak zam dah pesan suh beli periuk nasi, nak guna di apartment nanti.. lg pun periuk kat umah dah rosak & kecil... murah aa skit kat sini kalu banding dgn Tesco. Tghari tu baru lah pi airport utk jemput mereka semua... terus pi lunch & check in.
Penginapan ni diurus oleh makcik zam yg jd member Leisure Holidays, dpt 2 apartment free, sbb ramai kena tambah lg 1 dan dikongsi2 bayar laa.. RM200/mlm selama 3 malam.
Ni pun bukan kali pertama kami bercuti ke sini.. so, kali ni mmg tak byk tempat sgt yg pergi lawat mcm dulu... zam pun malas je nak ronda2 sbb tak ada destinasi baru.. Makcik & sepupu yang belum prnh pergi, diaorg urus sendiri utk Island Hoping.. RM300++ bg sebuah bot utk 12 org.Then kami cuma pi Kota Mahsuri dan Kereta Kabel.. zam tak naik sbb dah pernah naik 2 kali.. tiket pun dah mahal gak...
Ni lah dia makam mahsuri yang telah diubah suai beberapa kali.. dulu masa sampai awal2, berbentuk batu putih dengan nisan putih tinggi.. then berubah kepada bulatan & diletak 1 batu sungai sahaja... kali ini bulatan tersebut telah pun berpagar dan binaan kubur seperti di atas dibini semula... Perkarangan rumah pun telah diubah suai menjadi Kota Mahsuri...
Kandang rusa dan arnab yg terletak di pintu kereta kabel kini telah dibuka secara percuma kpd awam... rusa jinak yg sentiasa mengharapkan pemberian makanan pelet yg dijual RM1 bg setiap bungkusan kecil.. Rusa & arnab dilepaskan bebas dlm kawasan lapang berpagar...
Setiap kali bercuti, acara sampingan yang jarang dilepaskan pastinya acara menjaring.. Itu pun kalu sorg pakcik zam pergi.. sbb mmg hobi dia menjaring sejak dulu.. kalu ke sungai, kuala, pantai, jaring2 nya pasti akan di bawa... & jaring2 yg dipasang di pantai sering kali koyak & rosak akibat dilanggar oleh bot2 yang melintas di waktu malam...
Pemasangan jaring agak lewat dibuat kerana ketiadaan batang kayu pancang.. pada hari kedua baru dipasang.. ptg tu cuma dpt ketam sekor yg agak besar, ikan pari, kerapu & bbrp ikan kecil.. cukup sekadar merasa daging segar.. jaring dibiar semalaman.. awal pagi 7 Okt, zam dah terpaksa balik dgn feri jam 8.30pg krn bas ke KL bertolak jam 10.15pg.. Khabarnya, byk ikan yg sangkut semasa dikutip pada pagi tuh.. puas menggoreng sebagai menu sarapan...
Bas yg bergerak pd siang hari rasanya lambat kot... dengan berhenti sebanyak 3 kali, kami hanya sampai di Jln Duta pd jam 6ptg... & dijemput oleh pakcik ke rumah... seterusnya zam ke LCCT utk menjemput keluarga yg lain... nasib baik flight delay hampir 2 jam.. dan ada 1 flight jam 8.30pm dibatalkan dan digabung dengan jam 10.30pm.. itu pun tertunda lagi ke jam 11 lebih... huhuuu... sabar jer laa...

Friday, October 03, 2008

Selamat Berangkat Cik Min .....

Malam ni.. jam 11.40 mlm.. Cik Min akan berlepas ke London untuk menyambung pengajian di Durham University... Huhu.. x sempat nak jumpa ko sebelum ko pi... cik min, baju ko tuh betul ker nak wat wakaf kat aku? hehe.. jgn lupa kad2 member ko tuh ek.. hehee... Hilang aa teman melancong zam.. tapi x per.. cuti2 semester ko nanti, kita set cuti2 ronda asean lagi ek.. bila dah cukup bajet, aku pi sana, kita ronda2 sana pulak... doakan laah rezeki yg melimpah kat aku ni.. leh aa aku smpai juga di negara org kat sana.. huhu.. terpaksa aa mula menabung dlm tabung ayam neh...

Thursday, October 02, 2008

PGLM kembali lagi....

Jom pi ramai2? Yang pasti, zam akan pergi menonton kembali PGLM ini... para pelakon yang pasti kekal adalah Tiara & Stephen...Ada yan gnak join? bgtahu zam yaa... btw, tiket akan mula dijual Okt ini... jgn lambat2, kang tiket habis, nyesal. huhuu

Wednesday, October 01, 2008

Salam Aidilfitri... 1 Syawal 1429H

Buat pertama kalinya.. zam paparkan wajah2 keluarga tersayang... yg diambil khas sempena aidilfitri ini..Memang susah betul nak ambil foto datuk & nenek (abah & mak zam).. abah tuh nampak uzurnya, tak lama lg ulangtahun ke 71, mak zak pula ke 64. Ini adalah sebahagian cucu2nya.. ada 6 lagi yang tiada dlm foto kerana beraya di rumah sebelah sana pula.. (3 org anak arwah angah di Hulu Kelang & 3 org anak arwah adik yg berada di Puchong)
Ini lah keluarga kakak zam yg kami panggil along kerana anak sulong... Abg Raman asal dr Tg. Tokong, Penang. Pagi raya kedua dah balik penang.
Ni pula keluarga kak fitri, kakak ipar zam yang berasal dr Indo & tinggal bersama di rumah ini... tahun ni raya sini, tahun lepas dah beraya di Bukit Tinggi, Indonesia.
Ini lah zam, yang dipanggil Mamak (panggilan pakcik dalam Minang).. bersama anak2 sedara tersayang...
Oleh kerana mak zam adalah anak sulong, kebiasaannya sesudah solat aidilfitri & ziarah ke kuburan, pakcik makcik akan terus dtg ke rumah ini... biasanya raya pertama ni, zam akan stay di rumah aje utk membantu melayan tetamu..

Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa.
Maaf dipohon untuk segalanya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Mata kadangkala salah memandang,
Telinga kekadang tersalah mendengar,
Mulut kekadang tersalah ucap,
Hati kekadang salah menduga,
Kaki kekadang tersalah langkah,
Tangan kekadang tersalah cuit,
Minda kekadang tersalah mengandai.
Tangan dihulur di hari mulia,
Maafkan segala kesilapan yang ada.

Melati putih semerbak mewangi,
Teruntai indah di Aidilfitri,
Kad/SMS/Ucapan dihantar pengganti diri,
Memohon maaf tulus dari hati.

Walau langkah tak bertemu,
Tangan tidak berjabat,
Ucap tak terdengar,
Mata tak bertatap,

Namun hati ini mengucapkan "Minal Aidil Walfaizin"

Tak selamanya mata memandang dengan ramah,
Hati menilai dengan jernih,
Mulut mengucap dengan santun,
Sikap bertindak dengan sopan.

Dari hati yang Basirah,
Segala tingkah yang tersalah,
Kerna jahil membutakan Ma'rifah,
Hanya maaf pinta dilimpah.

Hening subuh hatiku terusik,
Bergema takbir raya menitis airmata,
Terbayang gurau senda kita,
Dari jauh kupohon maaf & halal segalanya.
Salam Aidilfitri kuhulurkan.

Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyalakan di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

Ramadan akan pergi bersama hidayang yang Allah beri,
Sayu dan pilu akan perpisahan ini,
Syawal menjelang membawa barakah bersamanya,
Maaf dipohon atas salah dan silap,
Doa semoga anda sekeluarga berada dalam peliharaan Allah sepanjang masa.

Ampun maaf ku pohon diberi,
Datang Syawal membersih diri,
Salam lebaran di Aidilfitri,
Moga bahagia diredhai Ilahi.

Kambing ranggi naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau SMS saja yang diberi,
Itu tanda ingatan tak hilang.