Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, October 19, 2008

Jamuan Aidilfitri : 19 Oktober

Syukur alhamdulillah.... jamuan yang dirancang berjalan seperti biasa.. walaup hujan turun dengan lebatnya di pertengahan majlis... semuanya diterima dengan rasa syukur.... Sememangnya setiap tahun, majlis ini akan dibuat.. selagi ada rezeki dan berkemampuan.. itu pun kalu mak zam masih terdaya untuk memasak... TQ mak... Zam lebih senang kalu majlis seperti ini dipanggil sebagai Jamuan Aidilfitri... sebab tu dalam jemputan emel & sms, zam sering guna istilah tersebut...
Inilah beberapa juadah yang dapat kami sediakan utk santapan para tetamu yang hadir.. tahun ni nasi pilihan adalah nasi tomato yang dihidangkan dengan lauk rasmi rendang daging + paru (paru ni sbb zam yg suka. hehe), ayam masak merah, jelatah... dan menu trade mark kami iaitu Gulai Bukek (hehe.. sory aa.. zam pun tatau mcm mana ejaan sebenar.. tp sebutannya mcm tu laa.. bu'kek..)
Gulai bukek ini mcm gulai biasa jer la.. tetapi kelainannya dimasukkan sedikit tepung supaya gulainya menjadi pekat.. daging yang digunakan biasanya adalah organ dalaman spt usus, perut dll... mmg sedap sgt.. huhu...
Ni lah rupanya gulai bukek tuh... difotokan khas atas permintaan SeMin... sorry laah masa snap ni, lauk dah nak habis.. hehee.. mmg idaman org kampung kalu ada jamuan or kenduri, menu ni pasti dihidangkan...
Disamping itu, dijuadahkan jua nasi impit, bihun, mee kuning yang dimakan bersama kuah soto... lengkap dengan pergedel, soo hon.. taugeh.. cili nya.. dll...

Tahun ni.. tetiba lak mak zam beriya nak berlemang.. masa 1 syawal tuh x sempat sbb kurang sihat dan x de buluh.. ni lah lemang pulut pisang... lemang pulut biasa pun ada gak.. cuma lemang tepung jer x de... hehe..
Puding roti ni pulak disediakan oleh kakak zam Hidayah, anak buah sulung zam (sorry, silap info) ... ramai yang memuji sedaps... mmg sedaps pun.. tp kali ni zam x sempat rasa.. dah biasa makan.. zam biarkan tetamu jer yg merasanya... hehe
Terima kasih pada para tetamu yang sudi & berkesempatan hadir ke majlis kami.. saudara mara, sahabat handai, rakan taulan... yang dah lama x dtg pun dtg jua... kawan sekampung yg dah lama x jumpa pun hadir bersama anak nya...
Officemate yang hadir.. antara yang terawal sampai... tq ucop, laili, khai.. jam 3 dah smpai.. yg lelain tuh, sorry laah x kesempatan nak snap dan post kat sini...
TQ to nas, ayie & LB.. rakan yang sering hadir dlm majlis anjuran kami... tq banget... harap berpuas hati dgn juadah kami.. walau dlm hujan lebat, hinggakan longkang yg dipasang di atas khemah hampir roboh dek air melimpah... huhuu.. kuyup gak laah dok betulkan longkang tuh.. LB jugak aa berseri2 muka hari ni.. tatau napa.. hikss... hehehee
TQ Bad... dtg jugak... lama x jumpa... moga berjaya aa dlm bisnes tuh yaa...
Zam amat berbesar hati dgn kehadiran kalian semua.. moga ukhwah kita akan berkekalan hendaknya... moga rezeki tahun depan akan melimpah, dan dpt lah kami adakan majlis ini setiap tahun.. tidak lain hanya untuk merapatkan ukhwah antara sesama kita... - wasallam -

3 comments:

SeMiN said...

Sedappppp Nyerrrrrrr!

rambomadonna said...

Min, kalau sekali pandang suasana kat dalam gambar especially gambar terakhir tuh mcm kenduri kawin la plak...

SeMiN said...

Rambomadonna: hmmm ko bukan tak tahu... open hse umah tik wan.. setiap th grand giler... dah lebih dr kenduri kawennnn!