Salam Aidilfitri... 1 Syawal 1429H
Buat pertama kalinya.. zam paparkan wajah2 keluarga tersayang... yg diambil khas sempena aidilfitri ini..Memang susah betul nak ambil foto datuk & nenek (abah & mak zam).. abah tuh nampak uzurnya, tak lama lg ulangtahun ke 71, mak zak pula ke 64. Ini adalah sebahagian cucu2nya.. ada 6 lagi yang tiada dlm foto kerana beraya di rumah sebelah sana pula.. (3 org anak arwah angah di Hulu Kelang & 3 org anak arwah adik yg berada di Puchong)
Ini lah keluarga kakak zam yg kami panggil along kerana anak sulong... Abg Raman asal dr Tg. Tokong, Penang. Pagi raya kedua dah balik penang.
Ni pula keluarga kak fitri, kakak ipar zam yang berasal dr Indo & tinggal bersama di rumah ini... tahun ni raya sini, tahun lepas dah beraya di Bukit Tinggi, Indonesia.
Ini lah zam, yang dipanggil Mamak (panggilan pakcik dalam Minang).. bersama anak2 sedara tersayang...
Oleh kerana mak zam adalah anak sulong, kebiasaannya sesudah solat aidilfitri & ziarah ke kuburan, pakcik makcik akan terus dtg ke rumah ini... biasanya raya pertama ni, zam akan stay di rumah aje utk membantu melayan tetamu..
No comments:
Post a Comment