Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Thursday, December 29, 2005

Hartanah Mega 2005: Yang Tertinggi, Terbesar, Termahal… Seantero Dunia

Rumah Paling Mahal Dibeli di Dunia – Kensington Palace Gardens, London
~ Kediaman termahal itu dimiliki jutawan besi keluli dari India, Lakshi Mittal yang membelinya dari tokoh Formula One, Bernie Ecclestone pada harga US$128 juta. Kediaman 12 bilik itu juga mempunyai garaj kereta yang boleh memuatkan 20 buah kereta, bilik mandian gaya Turki, dan kolam mandi berukiran kerawang indah. Jiran terdekat Mittal adalah keluarga diraja British dan Sultan Brunei.

Rumah Paling Lama Dibina: Hearst Castle, California
~ Rumah itu dimiliki oleh keluarga jutawan Amerika, Hearst yang mulanya dijadikan rumah percutian keluarga. Ia mula dibina pada 1922 untuk William Randolph Hearst dengan kos lebih dari US$30 juta dan siap sepenuhnya tiga dekad kemudian. Rumah agam itu terletak di kawasan seluas 40 ribu ekar yang dibeli oleh George Hearst pada 1865. Apabila Randolph mewarisi kekayaan keluarga Hearst itu, keluasan tanah bertambah kepada 250 ribu ekar. Rumah agam itu direka oleh arkitek ternama, Julia Morgan. Rumah itu memiliki 165 bilik dan taman bunga seluas 127 ekar, kolam mandi dan siar jalan kaki. Ia selayaknya menjadi sebuah istana kerana mempunyai rumah utama yang besar, selain tiga buah rumah tetamu, 41 pendiang, 61 bilik air, 19 bilik menunggu, dan 56 bilik tidur. Hearst Corp seterusnya telah mendermakan kediaman mereka kepada kerajaan negeri California dan menjadi warisan negeri itu.

Bangunan Pelbagai Guna Termahal - Time Warner Center, New York
~ Kompleks itu menelan belanja US$1.7 bilion yang dibina selepas tragedi 11 September. Fasa paling awal siap ialah menara pencakar langit dua menara setinggi 55 tingkat dengan ketinggian 229 meter dan berdiri dengan kedalaman asasnya 135 meter. Kompleks bangunan itu juga mengandungi antara lainnya, One Central Park, yakni 198 unit kondominium mewah. Empat unit penthouse dijual pada harga US$25 – US$35 juta . Unit kondominium termahal seluas 17 ribu kaki persegi dan setinggi dua tingkat berjaya dijual pada kadar US$64 juta!

Kawasan Sewaan Ruang Beli-Belah Termahal – 5th Avenue, New York
~ Kadar sewaan ruang beli belah di situ mencecah US$580 bagi setiap kaki persegi. Tempat kedua sewa termahal dunia ialah Causeway Bay, Hong Kong dan diikuti Avenue des Champs Elysees, Paris.

Suit Hotel Paling Mahal di Amerika – The Mansion MGM Grand Las Vegas
~ Ia direka mengikut model vila Florentine yang memuatkan 29 buah suit dengan perkhidmatan butler peribadi. Ia dilengkapi ruang makan malam, kolam persendirian, spa peribadi dan dua orang chef. Pada kadar US$5,000 anda hanya layak mendapat bilik tanpa almari! Vila paling besar seluas 9 ribu kaki persegi boleh disewa pada kadar US$15,000 semalam. Tetamu akan dijemput dengan kereta Rolls Royce terus dari lapangan terbang.

Sumber: The Edge (Business & Investment Weekly) , 26 Disember 2005 – 8 Januari 2006. TQ Asta
Bersambung....

Wednesday, December 28, 2005

Baik Punya Cilok...

Hehehe... ptg td baru je lepas nonton filem ni..... memang lain dari filem melayu yg lain... idea afdlin mmg best... mmg best giler... pecah perut reramai kat dlm panggung tu.. ekekeke.. aku dah jd peminat filem2 arahan afdlin sejak filem Buli dia tu..... BPC mmg syok... paling aku suka watak awie (Bob KP)... very selamba aa diaorg neh... yg mana x tgk lagi tu, pi lah cuba2 jenguk tgk filem melayu ni... Link ke Blog Afdlin Shauki

Typoglycemia

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to rscheearch taem at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Such a cdonition is arppoiately cllaed Typoglycemia :-)

Amzanig huh? Yaeh and yuo awlyas thought slpeling was ipmorantt.

20 CEO TERBAIK MALAYSIA

  1. Datuk Azmi Khalili Khalid (MTD Capital)
  2. Chan Cheu Leong (Wah Seong Corp)
  3. Tan Sri William Cheng (Lion Group)
  4. Chia Song Kun (QL Resources)
  5. Datuk Tony Fernandes (Air Asia)
  6. Gan Boon Aun (Transmile)
  7. Datuk Jamaluddin Ibrahim (Maxis Communications)
  8. Datuk Kalimullah Hassan (The New Straits Times Press)
  9. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corp)
  10. Datuk Seri Liew Kee Sin (SP Setia)
  11. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting)
  12. Liu Wan Min (OYL Industries)
  13. Morten Lundal (Digi.Com)
  14. Ralph Marshall (Usaha Tegas)
  15. Datuk Nazir Razak (CIMB)
  16. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group)
  17. Peter Taing (WCT Engineering)
  18. Datuk Steven Tan (Star Publications)
  19. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank)
  20. Tan Sri Francis Yeoh (YTL Corp)

Sumber : The Edge (Business & Investment Weekly) , 26 Disember 2005 – 8 Januari 2006. TQ Asta

Tuesday, December 27, 2005

Zorro vs Robin Hood

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood.

Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.

Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal diatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit...

"I AM ZORRO....."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu.
Dengan eksyen nye jugak.... si Robin Hood kata....

"I AM ROBIN HOOD............"

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak.

ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata.......

......"I AM SORRY....!!"

Sunday, December 25, 2005

Friday, December 23, 2005

Pantun Jumaat

Hidup manusia dikandung budi,
Sehayat diri menjaga pertiwi,
Ibu bapa itu jurubina peribadi,
Anak soleh monumen syurgawi.


astana, laman Surau Muhammadi Komples RTM, KL. TQ

Indah sungguh Masjid Madinah,
Hati meronta hendak ke sana,
Bersama tingkatkan imanmu ummah,
Baitullah menjadi destinasi utama.


zam, SP. KL

Thursday, December 22, 2005

Hadek di Madinah

ya ya.. aku dah dpt pic2 hadek d madinah.. tapi mostly pic di Masjid Nabawi.. cantik sungguh masjid tu.. bersih jer... aku letakkan pic2 tu utk tatapan bersama.... TQ Hadek.

Masjid Nabawi di malam hari

Masjid Nabawi di siang hari

Hadek (kanan) & kawan di hadapan Masjid Nabawi

Wednesday, December 21, 2005

Famili Day : 17 - 18 Dis 2005

Apa nak citer yaa? x de apa yg best sgt pun berlaku masa family day tu.. tapi memang meriah jugak laa... lebih kurang 45 org yg join termasuk family & kwn2 staf aku.. my boss pun ada sama.. harus aa dia kena join kan... hehehe. dia bw anak dia sorg jer.. yg family bw family nya semua.... yg bujang bw kwn or sesapa je laah.. mcm aku laa... hehe... aku ajak R join sama. bohsan oo kalu sesorg. kalu sorg kena shared bilik, leceh kan..
Oleh kerana resort yg kami lepak tu x de pantai, terpaksa aa berangkut semuanya ke Pantai Kundur (Pantai Puteri). Tapak gelanggang bola tampar tu kena sewa RM30 kat MBMB. Spt biasa laa.. kalu family day ni, acara sukaneka yg meriah nya... semua family yg dtg tu, kami pecahkan kpd 5 kumpulan.. family tak boleh ada dlm kumpulan yg sama.. konon2 nya utk saling kenal-mengenali dan mesra alam laa... kalu dia x menang, family lain lak menang kan.. hehe.. acara sukaneka adalah buat dlm 11 acara... mostly buat hari sabtu tu, started jam 10.30pg.. tp ramai gak yg dtg lambat coz ada yg tersesat smpai ke masjid tanah laaah.. 11 acara sukaneka tu, kami amik dr acara2 sesapa yg pernah main laa...
Pagi sabtu tu cuma smpat buat acara Boling Kelapa, Isi Air Dlm Botol dan Bawa Bola PingPong Dlm Sudu. Then sambung game pertama Bola Tampar Pantai. Then jam 12.20 terus balik semua ke resort utk lunch & check-in. jam 2.30 ptg sambung semula ke pantai utk game kedua Bola Tampar Pantai, Dadu Kereta Api, Belon Air, Cari Harta Karun (utk kanak2) & Istana Pasir.
Habis jam 6 ptg.. terus aa balik resort semula utk rehat2 dan diner BBQ. Mlm tu sambung utk Musical Chair & Karaoke. Meriah aa diaorg dok berkaraOK.. aku dok dgr je laah sampai lebih jam 12 tgh malam... Penat & lenguh2 tido mlm tu.. tgh malam tu pulak hujan lebat.. best nya tido, lena ngan sejuk hujan & aircon...
Pagi ahad lepas sarapan, patutnya ada 1 acara lagi iaitu Mummy... tp disebabkan masih hujan renyai.. semua ketua kumpulan setuju ngan acara baling dadu jer... hahaha.. semua dah excited tgk hadiah & hamper yg ada atas meja tu kot.. tu yg dah malas nak main lagi... baling dadu je lagi senang. hehehe.. Kumpulan aku dpt no 2 bagi johan keseluruhan dgn 3 johan bg acara Dadu Kereta Api, Istana Pasir & Belon Air. Kump boss yg menang sbb johan 4 acara tmsk baling dadu yg akhir tu. Tahniah buat R krn dpt no 3 acara karaoke. Hope tahun depan leh buat lagi dgn lebih meriah, lebih bajet & lebih sponsors...

Tuesday, December 20, 2005

Siri Mengurus Kewangan Peribadi - 2

Lindungi Diri Anda Semasa Perjalanan Di Luar Negara

Setiap perjalanan ke luar negara, sama ada untuk melancong atau kerana urusan pekerjaan dan perniagaan, selalunya diharapkan menjadi pengalaman yang menceriakan diri. Namun, malang tak berbau, adakalanya apa yang dirancang tidak menjadi; ceria yang diidam tetapi bencana yang menimpa. Lebih memburukkan keadaan jika ia berlaku di tempat asing yang mana bantuan yang dipinta tidak mudah dihulur. Untuk mengelakkan diri kita terperangkap dalam situasi sedemikian, mempunyai polisi insurans perjalanan adalah suatu langkah yang bijak.

Kenapa kita perlukan insurans perjalanan?

Ada dua sebab utama:
(1) Kos perubatan yang tinggi
Kos perubatan di negara asing selalunya lebih mahal, apatah lagi jika kita berkunjung ke negara yang mempunyai kadar tukaran mata wang yang lebih tinggi. Mengikut Channel4.com, kos rawatan sakit jantung di Sepanyol adalah pada sekitar £35,000 dan kos merawat tulang pinggul yang patah di Amerika Syarikat adalah £22,531. Kos akan lebih tinggi jika kita perlu mendapat rawatan susulan di negara kita nanti.

(2) Harga Polisi Insurans yang Berpatutan
Premium bagi polisi insurans perjalanan adalah berpatutan dengan perlindungan yang diberikan olehnya. Kadar premium yang minima untuk perjalanan di negara-negara Asia hanyalah RM30, RM50 bagi seluruh dunia dan hanya RM15 untuk perjalanan domestik.

Faedah-faedahnya
Perlindungan oleh insurans perjalanan biasanya mencakupi:

  • Kelewatan Bagasi – Anda boleh menuntut pembayaran ganti (reimbursement) jika bagasi terlewat sampai. Tuntutan yang boleh dibuat meliputi belanja kecemasan anda membeli barang-barang perlu seperti pakaian dan barang-barang penjagaan diri.
  • Kehilangan Bagasi & Kerosakan – Liputan perlindungan akan mencakupi kos kehilangan bagasi dan kos membaiki bagasi yang rosak.
  • Pembatalan Trip – Pembayaran ganti akan diberi jika anda membatalkan perjalanan disebabkan kematian, sakit atau kecederaan yang berlaku kepada anda mahupun ahli keluarga terdekat.
  • Kelewatan Penerbangan – Anda akan dibayar jika terkandas di mana-mana lapangan terbang.
  • Kemalangan – Perlindungan meliputi kematian, dan kecacatan kekal yang menghalang anda untuk terus bekerja.
  • Belanja Perubatan – Perlindungan belanja perubatan akan membiayai rawatan anda jika jatuh sakit di luar negara. Sesetengah syarikat insurans menawarkan perlindungan tambahan meliputi:
  • Pemindahan dan Penghantaran Pulang Semasa Kecemasan - Perlindungan ditawarkan meliputi perbelanjaan memindahkan anda ke hospital yang mempunyai kemudahan perubatan yang sempurna. Insurans turut meliputi belanja menghantar anda pulang ke Malaysia untuk menjalani rawatan.
  • Perbelanjaan Pelawat – Insurans turut membiayai kos lawatan oleh seorang daripada ahli keluarga atau rakan.
  • Penghantaran Pulang Jenazah – Kos penghantaran jenazah ke tanah air akan diliputi oleh insurans ini jika melibatkan kematian peserta di luar negara.

Faktor-faktor yang perlu difikirkan
Sebelum membeli sebarang insurans perjalanan, anda perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

  • Keperluan terhadap polisi – Pada beberapa tahap, keperluan terhadap insurans bergantung kepada status kesihatan kita. Jika keadaan kesihatan kita memerlukan rawatan di hospital, maka adalah bijak untuk membeli polisi berkaitan.
  • Insurans sedia ada – Kita perlu melihat faedah pada insurans perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans dan membandingkannya dengan liputan pada insurans yang telah kita beli. Kalau kita sudah mempunyai polisi insurans kemalangan diri, kesihatan, dan liabiliti diri maka adalah lebih baik jika kita memilih polisi individu untuk mengelakkan pembelian insurans yang meliputi perkara yang telah dilindungi.
  • Kekerapan Perjalanan – Jika anda kerap ke luar negara, maka belilah polisi tahunan dan bukannya polisi berdasarkan trip. Polisi sedemikian mungkin tidaklah menjimatkan, tetapi memudahkan diri kerana anda tidak perlu membeli polisi setiap kali mahu berpergian.
  • Aktiviti Semasa Perjalanan – Jika anda melancong dan berhajat mencuba aktiviti baru seperti sukan musim sejuk, maka pastikan polisi insurans memberi perlindungan pada anda.

Panduan membeli insurans perjalanan

  • Pastikan anda mendapatkan insurans daripada syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam perkhidmatan dan menawarkan premium yang berpatutan.
  • Pastikan agen insurans adalah ahli berdaftar Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
  • Dapatkan seberapa banyak sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans sedia ada sebagai perbandingan sebelum membuat pembelian.
  • Baca dan fahami polisi insurans. Jika anda dapati polisi mengelirukan, sila hubungi syarikat insurans dengan segera.

Jauh berjalan, maka luaslah pandangan dan berbagai pengalaman akan dilalui dan dirasai. Namun, pengalaman pahit seperti kehilangan bagasi, kecederaan dan penerbangan yang terkandas merupakan perkara yang akan dielak oleh semua orang. Bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”, maka pembelian insurans perjalanan dapat menyediakan diri kita untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar dugaan.

* Diterjemah dan disesuaikan oleh Astana daripada sisipan “Personal Finance: Managing Money Responsibly Vol. II” oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan The Sunday Mail (11 Disember 2005).