Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Thursday, July 14, 2005

Lawak Kejap... Part 3

Buta Huruf
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
Klinik
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
Cucu
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Senyum
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Mr Muscle Classic 2005 - 26 Mei 2005, PWTC




Champion - Mr Azlisyam




Lawak Kejap... Part 2

Tok Batin
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawanya
merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin:????????

Posmen
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
Posmen : " Assalamualaikum "
Sameon : " Walaikumsalam "
Posmen : " Ni rumah Encik Sameon ye?
Sameon : " Ya saya"
Posmen : " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
Sameon : " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

Orang Asli Dan Polis
Orang asli: selamat pagi tuan
Polis: selamat pagi
Polis: apa hal
Orang asli: saya nak buat repot tuan
Polis: fasal apa tu
Orang asli: kawan saya di baham harimau
Polis: pukul berapa
Orang asli: dia tak pukul, terkam
Polis: habis?
Orang asli: tak habis, tinggal kepala

Mr South City Plaza - 24 April 2005

Beberapa gambar yang sempat diambil semasa kejohonan tersebut.







Lawak Kejap... Part 1

Lawak ni I dpt thru forward email. Utk dikongsi bersama. Enjoy...
Suami Isteri
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami :: Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Derma
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
Budak : derma ape bang?
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????
Putus Tunang
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
Naik Motor
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!
Eksiden
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on her way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Gergasi...


Keli


Sotong


Sotong

Ikan Naga

Dragon?

Wednesday, July 13, 2005

Alhamdullillah... selamat aku...

Malam tadi jam 9 lebih kot.. aku hantar kwn dari hotel ni ke KLCC sbb dia park kereta dia kat sana... Kononnya nak turunkan dia lah kat depan bus stop tuh... Ceh.. masuk2 jer ada polis trafik dok tahan... aku pun x tahu lah sebab apa.. selamba jer berhenti kat tepi.. rerupanya jalan tu x leh masuk laa... utk bas & teksi jer...
Abg polis tu pun mintak aa lesen & IC mcm biasak laa... dok borak2 laah.. sbb apa dia tahan kereta aku... aku dari mana, nak gi mana.. aku pun kata lah.. cuma nak turunkan kwn kat depan tu..sbb dia park kereta kat KLCC.. selamba jer abg polis tu kata... "hah.. kalu gituh, pergi lah amik kereta tuh".. so, aku suruh jer lah kwn tu gi amik kereta dia. sbb dia pun nak balik... antara dialog aku ngan abg polis...
Abg polis : Keje mana?
Aku : Kat ..... di Damansara.
Abg polis : Tinggal mana?
Aku : Kat ..... di Damansara jugak.
Abg polis : Dah kahwin ke?
Aku : Belum lagi. (dlm hati.. heran gak pesal abg polis ni tanya aku dah kawin ke belum.. hmmm)
Abg polis : "Nak tak saya saman kamu?"
Aku : "Kalu boleh, mana ada orang yang nak kena saman".
Abg polis : Dah buat salah, kena lah saman..
Aku : Alahai....
Abg polis : Kalu tak nak saman, nak buat apa..?
Aku : Kalu ada option lain.. mmg lah x nak kena saman
Abg polis : Nak option macam mana lak...
Aku : Ntah.... lepas kan saya ker??? (dgn senyum sengeh aku tuh)
Abg polis : Hmm.... OK lah.. saya lepaskan kamu hari ni.. kalu saya tahan kamu lagi.. saya saman. OK?
Aku : Oh.. OK. Terima kasih Encik... (dalam hati.. ameen. selamat aku.. dah lah saman hari tu tak gi bayar lagi... nasib baik lah x kena lagi yang ni pulak...)
Aku pun terus jer beredar dan drive balik... berhenti je kat trafic light, aku sms kat kwn tadi.. semua dah settle... alhamdulillah...

Tuesday, July 12, 2005

Bilik Sewa Baru... Jom Pindah...

Hmm... minggu ni busy ngan hal2 AP & roomate baru dia tuh... masih x leh nak berdamai diaorg tuh... AP pun dah bohsan dok kat situ... dah 2 tahun lebih dah... dia pun dah nekad & tekad nak carik bilik sewa baru dan pindah kat area Pantai Dalam...
Sabtu malam tu.. dia ngan LB gi lah ronda2 area situh carik bilik sewa... ada gak lah 2 - 3 bilik yg sesuai... Ahad petang tu lak AP gi sesorg carik lagi.. x sabar dia nak pindah... dlm bebyk tuh... dpt lah satu kat Blok 21 tuh... dia cerita lah... housemate yg lain tu nice2 jer. mmg leh ngam laah diaorg tuh... rumah tu 3 blik je.. AP sewa bilik besar, Rm350.. tmsk utk kongsi bayar Astro, api, air dll yg ada kat umah tu... H/mate baru dia nama Fariz & Shuk... dedua tu dah keja..
AP dah confirm ngan dia org yg Isnin dia akan pindah barang.. kami pun gi lah tolong ngemas dan angkat2 brg2 dia.. mak eh.. byk jugak brg dia ni... penuh 3 kereta... nampak je kecik bilik sewa asal tuh... tapi.. barang dia punya lah byk... start angkut jam 9 mlm... dah jam 1.30 pagi.. baru siap .. perh.. berpeluh2 gak lah kami 4 org.. aku, AP, LB dan kwn AP lagi sorg.. .si FZ.
Masa memindah tu pun dah jam 12 tgh mlm... kami cuma smpat jumpa si Fariz yg masih berjaga... Shukri dah lama berlayar tido dlm bilik dia... oleh kerana dah lewat, FZ terus jer balik ke umah dia di Semenyih tuh.. jauh gak dia dtg ...
Kami ni.. apa lagi.. gi lah minum2 dulu kat Restoren Syed laa (nak gi mana lagi kan? hehehe). Alamak.. dah jam 2 pg... Aku x lah lama laah.. nak gi amik kwn aku... kami nak kena check-in kat Hotel.. esok ada simposium.. awal2 pagi kena setup ICT kat sana... AP ngan LB bengang jer... hehe.. sorry laah. x leh nak chit-chat lama2 mlm tuh...
Aku lak x kemas2 baju aku lagi ... lepas hantar AP ke rumah baru dia.. aku pun kwn tuh... alamak, dia dah tido laah... dia pun x nak tido hotel mlm tuh... aku ni yg mmg jenis bangkit lambat... tpaksa lah tido hotel.. kang lambat, sure jammed jalan kat jln tun razak tuh... terus je gi umah kwn amik kunci bilik kat dia... then balik umah.. amik2 je baju & blazer yg ada tuh.... terus jer drive ke hotel...
jam 3.30 pg baru sampai bilik... perh penat nya.... terus tido..... zzzzzz

Sunday, July 10, 2005

Roomate Baru.. hmm....

Hmm... my fren si AP dapat room mate baru... tetiba jer dpt tahu dia nak masuk waktu AP tgh sesiap nak gi sembahyang Jumaat... aku yg on d way ke sana nak pi amik dia pun terkejut gak laa.. ntah apa lah jenis pengurusan bilik tu.. kalu ye pun, bgtahu lah awal2 skit.. ada gak aa masa nak kemas2... ni tak... tetiba je budak baru tu dah terpancul kat depan pintu... kelam kabut aaa si AP tu dok ngemas bilik tuh... dah lama dok sorg.. semua ruang aa dah terguna... la ni terpaksa lah buat border lak...
Sampai kat sana.. AP dok busy kemas2.. sempat gak lah selisih ngan budak tu.. tgh dok angkat brg dia.. mak ayah dia pun ada sama...
Kami biarkan mereka dah terus ke masjid... sebelum tu di makan lah kejap.. lapar aa... ada kedai sblh masjid tu.. waktu awal lagi.. belum masuk waktu pun.... AP pun bercerita lah..bengang sungguh dia ngan pihak pengurusan.. selalu jadi mcm tuh...
After smbhyang jumaat, aku pun hantar kembali AP ke bilik beliau... then terus ke ofis... sampai2 je kat ofis.. dpt sms dari AP... dia org dok perang mulut dah.. perang besar... gamat sekejap... budak baru tuh leh buat list.. Do's & Don'ts lak... hampeh jer budak tu.... antara yg dia tulis... Dia Tak Suka Tgk TV.. AP lak tak leh tgk TV... punya aa bengang je AP.. gaduh sakan laa... malam tu AP dok ngadu lagik... dia pun dah sms kat LB...
alamak.. sorry aaa AP, aku bz lak lah malam tu.. aku pun call aa LB utk temankan AP.. then aku dtg temankan dia kemudian tu.. AP nak tumpang tido umah aku.. x sanggup dia nak tido kat sana...
Seperti biasa, meeting point kami kat Restoren Syed Bangsar tu... aku sampai pun dah agak lewat.. dah jam 1 pagi kot... Ap pun berceritalah perihal roomate baru dia tuh.... perh.. punya lah alim.. asyik dok kat bilik jer... dok hafal Quran.. konon nak masuk pertandingan Hafaz Quran.. tu pun sbb AP ternampak borang penyertaan kat atas meja dia laa...
Malam tu AP pun tido umah aku.... tido lah AP.. aku x kisah pun... nx day nya.. AP pun lepak tido umah aku lagi.. sabtu tuh. .tgk konsert AF kat bilik aku jer...

Wednesday, July 06, 2005

Jom gi Cameron...


Pokok Epal di CH


Cuti2 di CH
Sedara2 Medan ni... ada yg dah selalu dtg KL.. ada gak yg 1st time buat pasport... dia org nak sgt gi Cameron Highlands.. so, terpaksa lah aku dok bodek boss baru tuh supaya approve cuti 2 hari Selasa & rabu ni... pada hal Rabu tu ada meeting penting ngan big boss pasal persediaan ICT utk simposium minggu depan..
Nasib baik lah boss baik hati.. dia yg pegi sendiri meeting tu nanti.. hehe
selasa pagi tu semua dah sesiap pack brg & beg nak bw ke sana.. lagi pun stay 1 malam je.. nak lelama pun kat atas tu bukan ada apa sgt... nasib baik lah ada sepupu keje kat sana.. dia yg dok tolong survey apartment .. dpt apartment 3 bilik kat area Brinchang.. tak lah mahal sgt.. OK gak laa...
Kakak dan abg ipar pun x pernah sampai lagi ke CH. Padahal anak2 dia dah sampai semuanya... hehe... Semua dah setuju pegi Cameron ikut jalan Simpang Pulai then balik nanti ikut jalan lama di Tapah. Dlm jam 3 ptg dah smpai kat atas tu.. terus je check-in.. siap leh pilih apartment.. yer laa... week days.. kosong jer.. x ramai org..
Alahai.. spt biasa dan selalu nya.. gi CH tu nak tgk apa sgt?? Cactus valley, Strawberry Park.. beli sayur.. beli2 lah apa2 yg patut kat atas tu... Kat Cactus valley tu lah yg best skit.. ada memacam, bukan sekadar cactus je.. (teringat lak kat Cactus Shai.. hehehe) 1st time tgk pokok epal.. tu yg letak pic tu. Pics yg lain2 tuh, ada diletak kat sebelah kanan...
Hmm.. penatnya drive sesorg.... tp x per... best gak jejalan ngan diaorg neh..

Monday, July 04, 2005

Sedara Jauh Datang...

Hmm.... hari ni (4 July) sedara jauh dtg... mai dari Medan... ada lah 8 org semua... dia org fly dari medan ke penang.. then naik bas ke KL. turun Hentian Duta... oleh kerana Jln Duta tu x lah jauh sgt dari umah.. aku tunggu jer lah dia org call.. baru gi amik.. malas aa nak tunggu lama kat situ.. sbb x sure jam brp sampai...

Oh yer.. pada yg x tahu tu... datuk & nenek aku asal org Padang, Sumatera... aku budak Minang. hehe. but my parents dedua dah lahir kat KL ni... so.. jgn ada molots celupar nak kata aku ni PATI.. :p
masih punya sedara di Padang dan Medan.... tapi aku cuma prnh lawat ke Medan je.. sempat gak lah ke Brastagi dan Danau Toba. Teringin nak gi Padang.. mereka kata lawa.. ntah laa...

Sunday, July 03, 2005

GSC 1 Utama....

Hmm... ptg smlm berpeluang tgk wayang kat GSC 1 Utama yg baru bukak tu... itu pun sebab x dpt tempah tiket kat TGV 1 Utama.. 1st time nak gi tgk kat sana.. btw, 1 utama tu dekat je ngan rumah. tapi jalan kat situ punya lah sesak kalu sabtu dan ahad. I gi ngan my fren, a fren from zaman U dulu... dia stay Kajang & dtg sbb nak jumpa ngan I. Dah lama gak x jumpa dia..
Dah agak sbb susah nak carik parking.. I kuar dulu kat tepi jalan sementara dia pergi carik parking. I pun berjalan ngan agak laju sbb takut booking ticket tu terlepas. Pernah kena kat TGV hari tu.. my frens punya lah bengang. hmm.. sorry ye LB & AP. Sorry bebanyak...
GSC tu sebelahan ngan U-Bowl.. wah, nice gak bowling alley ni.. 1 day I mesti datang main kat sini... bila sampai ke kaunter GSC.. alamak.. x lawa aaa decoration dia.. biasa je... bohsan jer.. kaunter lak guna sistem Q, 1 kaunter, 1 barisan. hmm.... sepatutnya guna lah sistem yg lebih baik iaitu 1 barisan, byk kaunter (eh.. betul ke istilah aku ni.. hehe)
I sampai kat depan kaunter tepat jam 4pm, sedangkan show 4,30pm. ngam2 je I sampai my booking number dah set 2 seats tapi ntah mcm mana mamat kaunter tu silap tekan lak.. then bila enter my booking number semula, dah x valid.. sebab sistem dah release semua booking. Nasib baik lah ada seat kosong lain... Dapat lah pilih seat yg agak jauh dari screen, B13 & B14. GSC ada promotion... ada lah some game kat luar tuh... Beli set pop corn tu, dpt lah cuba that game.. I pun cuba2 laa... sementara tunggu my fren yg x sampai lagi.. haha.. nampak je simple game tu.. tapi punya aa susah nak contral that remote car buat pusingan 8. Nasib baik leh slow2.. hehe. lepas gak.. hadiah dia, free 1 ticket.. valid until 31 July jeer...
Bila masuk ke dalam.. wah best aa seat dia.. so nice.. still ada 'bau kedai' hehe.. yer laa.. GSC tu baru je bukak 1 week. Tapi.. lantai seats agak landai jer.. x curam mcm TGV.. tapi x kisah lah.. sbb kepala org depan mmg x melindung skrin. After the show... lagi satu yg x best GSC ni ialah... laluan keluar dia terus ke ruang hadapan... bertembung dgn crowds yg ada kat depan tu... sesak jugak laa... hmm...
Ok laa.. nak kuar gi antar my mom ke Tesco kejap. chow.

Friday, July 01, 2005

Boss baru ....

Hmm... heran pulak pagi ni... awal pulak laa sampai ke ofis.. pada hal waktu kerja baru dah mula iaitu start jam 8.30pg.. ntah mengapa tadi jam 8.05pg dah punch card, selalu nya.. asyik dok merah jer kad tuh.. hehehe.

Tengah dok lepak2 depan PC.. baru je nak login ke YM.. kedengaran keriuhan kat ruang pejabat tu... rerupanya staf dok sibuk kemas2 bilik boss.. yer laa... boss baru nak masuk.. kena laah kemas2 kan sikit bilik tu... semuanya dengan rela hati sama2 mengemas... suka nya.. seronok nya pada wajah semua...

Mana tak nya... boss lama tu dah kena tukar... happy semacam jer semua... aku pun, happy sesgt laa.... hahahahaha... baru lah rasa aman dan nikmat sekejap.. hehe. Alamak... tetiba kuar lak pop-up kat skrin.. oh ye. aku ada meeting lah jam 9pg neh... alamak.. tie x pakai lagi.. kabut kejap... Fuh... lamanya meeting.. jam 12pm baru habis... jenuh aaaa...

Naik semula ke ofis.. terus terpandang boss baru tuh.. dok melepak borak2 ngan staf lain.. waah.. smart jer boss baru ni.. hehe.. ada tokoh laah jd boss.. dok borak2 kejap ngan dia.. perkenalkan diri... terus je duduk depan PC nak buat laporan meeting td.. nak bagi kat dia jugak sudahnya... Tgh dok taip2 tu.. dia dtg lah pulak.. dok depan meja, borak2 lagi... alamak, dia nih x pernah jd boss gak la.. baru je naik pangkat.. baru lepas habis buat Master... hmm.. tapi x per laa... pelan2.. hope semuanya OK nanti...

Ok laa... ada keje nak buat... chow.