Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Monday, January 30, 2006

Salam Maal Hijrah 1427H

Jika HATI sejernih AIR,
JANGAN biarkan ia KERUH;
Jika HATI seputih AWAN,
JANGAN biarkan ia MENDUNG;

Jika HATI seindah BULAN,
Hiaskanlah ia dengan IMAN.

SALAM MAAL HIJRAH....

Ingatan tulus ikhlas buat semua rakan2 di blog ini...
Semoga tahun baru ini akan menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik.

Sunday, January 29, 2006

Gong Xi Fa Chai

Gong Xi Fa Chai Gong Xi Fa Chai.. specially for LB

Saturday, January 28, 2006

JAGA BAJU JAGA PENAMPILAN

  • Amalkan Teori Penggiliran

Seperti badan kita, baju juga perlu rehat. Pastikan anda menggilir-gilirkan pakaian dalam koleksi anda. Suit umpamanya, perlukan rehat sekurang-kurangnya sehari suntuk sebelum anda menggunakannya semula. Dalam sebulan, anda mempunyai lebih kurang 20 hari bekerja, jadi pastikan anda memiliki 20 pasang baju dan seluar (jika anda mampu). Baju yang anda pakai pada minggu pertama boleh diulang pakai pada minggu pertama bulan berikutnya. Seluar boleh dipakai untuk 2 hari dalam seminggu, terutamanya yang berwarna gelap kerana orang tidak mudah perasan berbanding baju.

  • Gantung Selepas Pakai Sebelum Dibasuh

Jangan jadi pemalas! Walau sibuk sekali pun, jangan sesekali mencampakkan pakaian anda di merata-rata tempat. Ia bukan setakat menyakitkan pandangan, tetapi akan merosakkan fabrik selain boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Dengan menggantung pakaian, ia boleh mengembalikan pakaian kepada bentuk asalnya dan memudahkan anda mencucinya.

  • Dedahkan Pakaian Kepada Udara

Sesekali buka almari pakaian anda bagi memudahkan pengaliran udara dan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

  • Bersihkannya

Habuk biasanya merosakkan fabrik. Untuk mengatasinya, bersihkan baju-baju anda dengan menyapu habuk-habuk halus yang melekat pada fabrik.

  • Cuci Baju/Seluar Anda

Sebaiknya basuh baju anda dengan tangan. Ini lebih baik kerana baju yang anda pakai (terutamanya di pejabat) tidak kotor dan tidak memerlukan basuhan berlebihan. Jika anda menggunakan mesin basuh, pastikan baju dan seluar itu diterbalikkan. Untuk cucian, gunakan bahan yang tidak terlalu kuat kandungan kimianya. Pisahkan baju berwarna cerah dan baju berwarna gelap. Basuh baju putih berasingan. Jika baju atau seluar anda berzip, pastikan kancing zip tersebut dahulu sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh. Cara ini boleh mengelakkan zip daripada rosak.

  • Menggosok

Cara yang paling baik dan selamat ialah menghantar baju atau seluar ke kedai cucian kering (dry cleaning). Namun, carilah kedai yang benar-benar anda tahu kualiti perkhidmatannya. Kebanyakan kedai biasanya menggunakan bahan kimia yang murah sebagai pencuci. Ia akan merosakkan fabrik dan melunturkan warna. Jika anda ingin menggosok sendiri, sila gunakan kain, sehelai brown paper atau tisu yang diletakkan di atas lapisan kain sebelum menggosok. Cara ini boleh mengekalkan warna asli baju atau seluar, selain mengelakkan ia rosak kerana kesilapan anda semasa menggosok. Sebelum menggosok, pastikan anda membaca tag yang terdapat pada baju dan seluar untuk melihat kesesuaian kepanasan yang diperlukan untuk menggosok.

  • Elakkan Menggunakan Pin

Sebaiknya elakkan penggunaan aksesori yang memerlukan anda melekatkan pin di baju terutamanya di bahagian poket atas sebelah kanan baju. Menggunakan pin yang besar boleh memberikan kesan berlubang yang kekal dan mencacatkan penampilan anda.

  • Membersihkan Kekotoran

Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar atau bacalah artikel tentang cara terbaik membuang kotoran pada fabrik. Pilih bahan penghapus kotoran yang sesuai dengan jenis fabrik kerana banyak di antaranya mempunyai kandungan bahan kimia yang berlebihan dan boleh merosakkan pakaian kesayangan anda.

  • Tanamkan Sikap Berhati-hati & Cermat

Jika anda merokok, berhati-hatilah kerana serpihan api rokok mungkin akan melubangkan baju atau seluar anda, terutamanya yang diperbuat daripada fabrik yang sensitif.

Sumber: Disesuaikan dari “Jaga Baju Jaga Penampilan”, Umph, Januari 2006, hlm. 12-13. TQ Asta

Friday, January 27, 2006

METROSEKSUAL VS UBERSEKSUAL

Selamat tinggal kepada metroseksual! Kini giliran uberseksual pula ya!

Uber merupakan perkataan Jerman yang bermaksud “terhebat”. Terma ini dicipta oleh agensi periklanan Amerika, JWT, untuk buku The Future of Men, tulisan Marian Salzman bersama Ira Matathia dan Ann O’ Reilly. Salzman, seorang wanita, adalah Naib Presiden Eksekutif JWT yang mempunyai perspektif menarik tentang gaya lelaki masa kini. Dia percaya lelaki masakini mahukan sifat maskuliniti semula dan bosan untuk bersaing dengan teman wanita mereka.

“Uberseksual adalah golongan lelaki yang sangat menarik, bukan hanya pada fizikal, tetapi berfikiran dinamik, bergaya dan kelelakiannya meyakinkan. Mereka enggan berkompromi dalam soal kehidupan normal seorang lelaki. Mereka tidak perlu risau jika orang menyangka mereka gay, kerana mereka tidak,” tegas Salzman.

Walaupun terma ini masih baru, namun fenomenanya sudah lama berlaku. JWT adalah sebuah agensi periklanan antarabangsa yang mungkin mempunyai strategi tersendiri dalam mempopularkan terma dan gaya hidup berkenaan.

Mari kita lihat apa bezanya metroseksual dan uberseksual:-

>> Keghairahan

  • Uberseksual ghairah tentang bisnes, politik dan hal ehwal sedunia.
  • Metroseksual hanya obsess pada diri sendiri – apa yang mereka pakai, apa yang mereka mahu.

>> Sumber inspirasi

  • Uberseksual belajar dari pengalaman dan rasional akal.
  • Metroseksual belajar dari Carson Kressley, salah seorang hos Queer Eye for The Straight Guy!

>> Keutamaan

  • Uberseksual mengambil berat soal dunia dan isu yang berlaku di sekeliling mereka.
  • Metroseksual hanya risau soal kalori yang mereka ambil.

>> Tahap emosi

  • Uberseksual mempunyai naluri kelelakian yang kuat.
  • Metroseksual beremosi membabi buta

>> Wang

  • Uberseksual melaburkan wang dalam strategi perniagaan.
  • Metroseksual melaburkan wang untuk menjaga kulit muka.

>> Penampilan

  • Uberseksual bercukur setiap hari, jika diperlukan.
  • Metroseksual boleh beritahu anda pukul nberapa dia mesti bercukur.

Berikut adalah beberapa personaliti Barat yang dikatakan memenuhi ciri-ciri uberseksual:

  • P. Diddy
  • Brad Pitt
  • Jay-Z
  • Simon Cowell
  • Michael Jordan

Dipetik dan disesuaikan oleh Asta dari rencana “Apa? Uberseksual?” oleh Syazwan Zakariah dalam Kosmo, 23 Januari 2006, hlm 34-35.

Pantun Jumaat

Manis bersira aneka bubur,
Jadi rebutan masa kudapan,
Jangan terleka waktu berhibur,
Citra Islam tunjang kehidupan.


- Asta, anjung Masjid Kolej Islam Malaya, SS16, PJ. TQ

Wednesday, January 25, 2006

Renungan : Malaikatmu.......... Ibu mu

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa... Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
" Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar... sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
- fwd email by Asta. TQ

Sunday, January 22, 2006

Bintang di langit

Kawan ibarat bintang di langit...
Kadang-kadang kelihatan...
Kadang-kadang diliputi awan...
Namun tetap di hati...

- fwd sms by Asta. TQ

Saturday, January 21, 2006

Smiles...

Some joys are best...
... expressed in silence

As a smile holds...
... more meaning than laughter

I was asked if I enjoyed knowing you...

... I just smiled. :-)

- fwd sms by Asta. TQ

Tanyaku pada rembulan...

Tanyaku pada rembulan
Sudahkah kau sampaikan salam rinduku?

Jawab rembulan itu
Sudah tapi cahayaku tidak terjejak jiwanya itu

Tanyaku pada rembulan
Sudah kau katakan padanya aku merinduinya?

Jawab rembulan itu
Sudah tapi cahayaku tidak berjaya meresap dinding tebal itu

Tanyaku pada rembulan
Sudah kau pesan padanya aku menginginkan sentuhannya?

Jawab rembulan itu
Sudah tapi dia belum masih menghulurkan tangannya

Tanya ku pada rembulan
Sudah kau tunjukkan gelisah jiwaku menantinya?

Jawab rembulan itu
Sudah tapi katanya gelisah itu hanya menguatkan rinduku padanya dan pesannya bersabarlah untuk kesekian kalinya?

Rembulan bawa aku kepadanya...
Ingin ku pesan sendiri... Membisik hiba di telinganya... Mengulis lembut rambut kekasih hatiku.... biarku toreh derita rindu ini di dadanya.... Dan mengatakan,
"Aku sangat rindu padamu..."


oleh FB

Friday, January 20, 2006

Pantun Jumaat

Petani berkebun tanaman kontan,
Baik berbudi kepada tanah;
Haji mabrur bukti keberkatan,
Sempurna ibadah melengkapi sunnah.

- Asta. Anjung Masjid Kolej Islam Malaya, SS16, Petaling Jaya. Selangor. TQ


Gulai tunjang masakan ibu,
Secukup rempah enak terasa,
Syurga di bawah telapak ibu,
Doakan kerahmatannya sepanjang usia.

- Zam. Laman SP

Lelaki Rendah vs Lelaki Tinggi

Lelaki Rendah
  • Jangan pakai kasut yang mempunyai tapak terlalu tinggi atau kasut boot. Sebabnya ianya tidak akan membuat anda kelihatan tinggi
  • Jangan memakai seluar singkat atau melipat kaki seluar
  • Pakai kemeja berlengan yang dipadankan dengan seluar panjang tetapi pastikan pakaian tidak kelihatan gelebeh.
  • Pakai baju bercorak, misalnya kemeja berjalur menegak, seluar panjang berpotongan lurus dan tali leher yang tidak terlalu besar

Lelaki Tinggi

  • Elakkan daripada memakai jaket berpotongan lurus, baju berzip di dada dan memakai baju dan seluar yang sama warna
  • Jangan pakai baju dengan garisan jalur halus, jalur menegak, jaket ketat atau tali leher yang 'nipis'
  • Pakai jaket yang sedikit labuh, sut double breasted dan seluar panjang dengan potongan pinggang yang rendah
  • Cuba jeans berwarna gelap dengan potongan pinggang yang rendah, pastikan juga panjang baju dan jaket yang dipakai berbeza

- sumber KOSMO. 20 Jan 2006. m/s 29

Madah

"Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyyah Pencipta.
Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera.
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringkanlah lenaku dengan kalungan doa.
Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya."

- fwd sms by Asta. TQ

Thursday, January 19, 2006

PENCALONAN KEAJAIBAN DUNIA

New 7 Wonders Foundation kini melancarkan kempen global bagi memilih tujuh keajaiban dunia. Pertubuhan yang diasaskan oleh Bernard Weber, seorang lelaki Swiss pada 2001 itu telah memulakan pencarian lokasi keajaiban dunia sejak 2000 lagi. Weber telah menjelajah ke seluruh dunia, termasuk Malaysia untuk kempen globalnya. Binaan yang tersenarai memperlihatkan keunikan dan tarikan tersendiri. Sebahagian daripada monumen itu begitu hebat sehingga tidak mampu ditandingi buatannya oleh ketamadunan hari ini.

Berikut adalah 21 senarai pencalonan akhir yang dipilih daripada 77 pencalonan. Jawatankuasa pakar pemilihan diketuai bekas Ketua Pengarah UNESCO dari Sepanyol, Prof. Federico Mayor Zaragoza. Ia turut dianggotai arkitek Amerika Syarikat kelahiran Itali, Cesar Pelli; Harry Seidler dari Australia; Zaha Hadir (wanita pertama menerima anugerah arkitek Pritzker Architecture Prize) dari Britain; Tadao Ando dari Jepun (penerima Pritzker Architecture Prize 1995) dan Yung Ho Chang dari China.


01 - Acropolis, Athens, Greece

02 - Alhambra, Granada, Spain

03 - Angkor, Cambodia

04 - Chichen Itza, Yucatan, Mexico

05 - Christ Redeemer, Rio de Janeiro, Brazil

06 - Colosseum, Rome, Italy

07- Easter Island Statues, Chile

08 - Eiffel Tower, Paris, France

09 - Great Wall, China

10 - Hagia Sophia, Istanbul, Turkey

11 - Kyomizu Temple, Kyoto, Japan

12 - Kremlin/St.Basil, Moscow, Russia

13 - Machu Picchu, Peru

14 - Neuschwanstein Castle, Germany

15 - Petra, Jordan

16 - Pyramids of Giza, Egypt

17 - Statue of Liberty, New York, USA

18 - Stonehenge, Amesbury, UK

19 - Sydney Opera House, Australia

20 - Taj Mahal, Agra, India

21 - Timbuktu, Mali


Pengundian memilih 7 keajaiban dunia kini sedang berjalan. Lebih 19 juta orang telah mengundi sehingga kini. Sila layari http://www.n7w.com/index.php?id=9
untuk melihat pic dan mengundi. - TQ Asta

Wednesday, January 18, 2006

Hepi Besday to Hadek - 18 Jan

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U,
Hepi Besday to Hadek,
Hepi Besday to U.....


Moga ketemu calon menantu ibu nya. hehe

Monday, January 16, 2006

Hati-hati Pilih Saksi Nikah

LAWAK BODO DI PAGI HARI....................

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii "
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap.... pitching berterabur ke laut.. jiwa awak kosong... takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan.. falseto lemah...

Saturday, January 14, 2006

Hepi Besday to Idham - 14 Jan

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U,
Hepi Besday to my beloved Idham,
Hepi Besday to U.....

Friday, January 13, 2006

Pantun Jumaat

Pancar seri gelang suasa,
Manakan sama pesona berahi,
Orang bertakwa bahagia sentiasa,
Petanda diri dirahmati Ilahi.

- Asta, laman Sri Kenari, Tualang Selatan, Alor Setar, Kedah. TQ

Berbaju Melayu pergi ke pejabat,
Segak bergaya bersolat Jumaat,
Tingkat pekerti amal ibadat,
Terpeliharalah selalu dirimu umat.

- Zam, laman SP

Thursday, January 12, 2006

10 MAKANAN PENCEGAH PENYAKIT

Bawang Putih

Bawang Putih
Ia adalah anti pencegah barah kerana mengandungi iodin, sejenis bahan kimia semula jadi yang bersifat anti bakteria serta meransang sistem kekebalan badan dengan mengeluarkan toksin dan menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Rumput Laut
Kandungan iodin dalamnya boleh mengubati penyakit beguk dan barah tiroid. Ia turut melambatkan proses penuaan, meransang pertumbuhan rambut, mengurangi sakit asma dan bronkitis.

LemonLemon
Kandungan antiseptik dalam lemon mampu mencegah jangkitan kuman pada kulit dan merawat beberapa masalah kulit. Lemon juga membantu mencegah asma, sakit kepala dan sakit berkaitan saraf.

Kacang
Pengambilan setengah cawan kekacang sehari mampu mengurangkan serangan kanser prostat dan mengurangkan 10% kolesterol dalam darah. Kacang juga menyeimbangkan kadar gula dalam darah dan membantu pengahadaman perut dan menghalang radang perut.

Salmon
Ikan Salmon
Kandungan omega 3 yang kaya dalam ikan salmon mampu mencegah sakit jantung. Pengambilan ikan salmon sekali dalam seminggu boleh menurunkan risiko serangan sakit jantung, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan penyakit atritis. Ia juga baik mengurangi risiko asma, kanser perut dan payu dara.

Lobak Merah
Beta karotin dalamnya adalah pencegah barah. Lobak merah membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan melindungi pembuluh darah. Pengambilan sebatang lobak merah dapat menurunkan risiko barah paru-paru dan mencegah penyakit katarak pada mata.

Brokoli
Brokoli
Sajian brokoli secara sihat mampu mengurangkan masalah pada jantung dan memelihara aliran darah yang normal dan mengurangi gejala tekanan darah tinggi. Serat dalam brokoli boleh mengurangkan kolesterol dan kadar gula dalam darah. Brokoli berkhasiat dan berupaya mengurangkan risiko barah radang perut, paru-paru dan payu dara. Ia juga meningkatkan kadar hormon dalam badan.

Bawang
Khasiat bawang pada manusia ialah keupayaannya mengurangi serangan barah perut kerana kandungan anti oksidanya yang tinggi. Pengambilan setengah biji bawang dapat menurunkan kolesterol dalam pembuluh darah dan menurunkan gumpalan darah yang membeku.

Limau
Selain mencegah selesema dan sedu, limau menolong mengurangkan serangan barah paru-paru, perut dan pankreas, radang perut dan barah payu dara. Limau juga kaya dengan potassium dan vitamin B, selain vitamin C. Limau juga mampu menyuburkan lelaki. Epal

Epal
Epal membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko diserang barah. Kandungan vitamin A dan C yang tinggi dalam epal mampu menormalkan aliran darah.

Dipetik dan diubahsuai dari majalah Umph, Nov. 2005, hlm. 94. TQ Asta.

Joke of d day...

Malam Pengantin
Ada sepasang pengantin baru, mereka telah menjalani malam pertama. Dan pada malam ke-2, tiba-tiba isterinya sakit gigi di tengah malam, dan mengerang, "Saaaakiiit, sssssaakiit lagi.. "Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Yang, nanti mak ayah dengar." (kebetulan bilik mertua bersebelahan).

Malah isterinya tambah kuat mengerang, lantas suami menjawab, "Sudahlah Yang, tahan aje besok baru cabut." Dengan spontan bapak mertua bangun & menendang pintu kamar pengantin, dan dgn geram berteriak, "Anak saya boleh mati jika besok baru dicabut! CABUT SEKARANG JUGA!" ...........

Nelayan
Ada sorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk mengetahui rahsia dia tangkap ikan...
CrewTV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Pakcik : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan"
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Pakcik: "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu....."

Kemas Beg
Tiba-tiba seorang lelaki bergelar suami pulang kerumah dan memanggil isterinya.
Suami : "Sayang?.. cepat kemaskan beg awak!"
Isteri : "Kenapa?"
Suami : "Abang baru menang loteri 3 juta ringgit"
Isteri : "Wah bagusnya?.. abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti kemana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?"
Suami : "Suka hati awaklah. Saya tak peduli kemana awak hendak pergi?.. Yang penting?. Awak seorang yang keluar dari rumah ini !!!!!!!!!!!"

Dilarang Berenang
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang, saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!".
Si wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut.
"Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian" jawab pemilik dusun dengan selamba.

Tidak Suka Perang Kerana
Seorang guru sejarah pada suatu pagi bercadang mahu mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan. " Ada sesiapa diantara kamu yang boleh memberikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?"
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru tersebut memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.
"Saya bencikan perang, sebab peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah" jawab pelajar itu.

- TQ R

Wednesday, January 11, 2006

KENTUT SENYAP

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut."

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang, mari saya periksa telinga makcik."
- TQ LB

Tuesday, January 10, 2006

Monday, January 09, 2006

CARA MENDAPATKAN TIDUR YANG BAIK

Ikut Jadual – Walaupun Bercuti
Cubalah tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, masuklah tidur awal. Bagi orang dewasa, tidur yang sempurna adalah 8 jam, antara 10 malam sehingga 6 pagi.

Lakukan Senaman – Elakkan Bersenam Waktu Hendak Tidur
Senaman dapat membantu anda tidur dengan lebih baik. Ketika anda tidur lena, tubuh akan membantu memperbaiki sel-sel badan dan menyegarkan sistem imunisasi tubuh.

Jangan Mengambil Minuman Berkafein
Elakkan minuman berkafein 6 jam sebelum tidur.

Jangan Merokok Dan Mengambil Minuman Beralkohol
Rokok mempunyai stimulasi yang kuat untuk membuatkan anda segar selama beberapa jam.

Makan Malam Awal
Sebaiknya makan malam pada jam 7 malam. Jangan sesekali tidur dalam keadaan lapar. Sebaliknya makan beberapa keping biskut yang mengandungi karbohidrat kerana ia mampu meningkatkan kimia serotonin dalam otak yang membantu mendapatkan tidur yang lena.

Tutup Lampu
Lampu boleh mengganggu tidur. Bagi yang tidak selesa dengan suasana gelap, gunakan penutup mata.

Pastikan Suasana Sunyi
Padamkan radio atau jauhkan bunyi-bunyian yang boleh mengganggu tidur anda.

Mandi Air Panas
Suhu badan akan bertambah apabila anda mandi air panas. Sebaiknya mandi 2 jam sebelum masuk tidur. Bila subu badan normal, ia akan membantu anda tidur lena.

Bilik Hanya Untuk Tidur
Jangan jadikan bilik tidur sebagai tempat menonton televisyen atau membaca. Masuk ke bilik tidur bila anda hanya benar-benar mengantuk.

Tenangkan Fikiran
Lapangkan dada dan fikiran sebelum ke ranjang. Ada banyak cara mendapatkan ketenangan seperti mendengar muzik yang lembut, wangian aroma terapi dan lain-lain.

Dipetik dan diubahsuai dari “Cara mendapatkan tidur yang baik”, Umph, Nov. 2005, hlm.96. TQ Asta

Sunday, January 08, 2006

Kalendar Istana Budaya 2006

Istana Budaya telah melancarkan kalendar 2006 yang dimulakan dengan Puteri Gunung Ledang The Muzikal (PGLM). PGLM yang menjanjikan satu kelainan dan kepuasan. Pelakon utama : Tiara Jacquelina dan Stephen Rahman - Hughes. Jom pi tengok reramai...

Puteri Gunung Ledang The Muzikal *
'60
Dramatari Artistana
Lantai T Pinkie *
Irama Tanah Pusaka 2 *
French Arts Festival
Aku Penghibur
Bangsawan Lagenda Chini *
Melodi Emas 2 Ahmad Nawab
KL Music Fest
Konsert Klasik OSK *
Malaysian Night (Isme Conference)
P.Ramlee The Musical *
Konsert Nur
An Evening With NSO (FIGO Congress)
Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu *
Konsert Irama Melayu Asli *
Konsert Simfoni Rakyat *
Muzikal Kanak-Kanak Ali Baba

7 - 26 Feb
14 - 16 April
21 - 22 April
28 Apr - 7 Mei
13 - 14 Mei
19 Mei
26 - 28 Mei
7 - 11 Jun
16 - 18 Jun
1 - 5 Julai
10 - 11 Julai
18 Julai
28 Julai - 20 Ogos
16 - 17 Sept
6 Nov
12 - 20 Nov
25 - 26 Nov
8 - 10 Dis
16 - 24 Dis

* Yang teringin nak pi tonton. Ada sesapa nak join ?
- sumber iklan di Mingguan Malaysia, 8 Jan 06.

Saturday, January 07, 2006

7 SEBAB DIET GAGAL

Mengurangkan waktu makan
Para pengamal diet sering melangkaui waktu makan, seperti waktu sarapan atau makan malam. Padahal sarapan umpamanya sangat penting untuk memulakan hari dan menghindari penggunaan gula dan lemak dengan berlebihan pada waktu lapar. Makan secara teratur (3 kali sehari) akan meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu mengurangkan berat badan kerana proses pembakaran kalori menjadi lebih mudah. Sebaliknya, metabolisme akan turun secara semulajadi apabila lapar.

Hanya mengambil makanan tertentu
Diet yang menyarankan tidak makan karbohidrat atau lemak sama sekali, dan hanya mengambil buahan atau sayuran tidak baik kerana keperluan tubuh terhadap vitamin dan mineral tidak dapat ditampung. Pilih makanan rendah lemak daripada tidak makan lemak langsung.

Pengambilan kalori terlalu rendah
Perempuan memerlukan kira-kira 2,000 kalori sehari sedangkan lelaki memerlukan kira-kira 2,500 kalori. Pengambilan kalori yang dihadkan kepada 1,000 atau kurang akan menyebabkan metabolisme tubuh yang rendah dan terdedah kepada anemia.

Tidak Bersenam
Olahraga dapat meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, sekaligus berat badan akan turun lebih cepat. Diet tanpa senaman tidak memberi kesan yang diharapkan.

Pengambilan Salad Bersama Mayones
Pengambilan salad memang baik tetapi elakkan makan mayones bersama kerana ia mengandungi lemak yang tinggi.

Tidak Minum Susu
Diet yang mengabaikan pengambilan susu adalah tidak baik. Susu rendah lemak dan berkalsium tinggi penting untuk diet yang sihat. Ia akan menguatkan tulang dan melengkapi nutrisi tubuh.

Berat badan Turun Secara drastik
Sebaik-baiknya berat badan yang turun tidak lebih dari 1 sehingga 2 kilogram seminggu kerana berbahaya jika berat turun lebih banyak dalam tempoh itu. Ini kerana ia memberi komplikasi kesihatan, terhadap hati dan ginjal umpamanya, yang dipaksa bekerja lebih keras bagi menggantikan glukosa dalam darah.

Dipetik dan diubahsuai dari “Sebab diet gagal”, Kosmo, Khamis 5 Januari 2006. TQ Asta

Friday, January 06, 2006

Pantun Jumaat

Panggilan Baitullah meruntun hati,
Tunaikan haji biarpun sekali,
Ibadah korban didik pekerti,
Kasih Illahi tidak terbeli.

- Laman Surau Muhammadi, Kompleks RTM, KL. Asta

Indah Kiswah membalut baitullah,
Hajarul Aswad dibucu Kaabah,
Salam Eid Adha Labbaikallah,
Selami korban agar diri beribadah.

- Masjid Wangsamaju. Naza

Labbaikallah lambaian Kaabah,
Menunaikan rukun seruan Illahi,
Hindari maksiat tingkatkan ibadah,
Moga ibadah korban bersama dihayati.

- Laman SP. Zam

Hepi Besday Aqma...

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U,
Hepi Besday to my beloved Aqma,
Hepi Besday to U.....

Moga cemerlang dlm hidup & pembelajaran.

Thursday, January 05, 2006

TRIVIA DUNIA AUTOMOBIL

Yang Pertama

  • Karl Benz dari Jerman adalah pencipta kereta pertama yang sempurna dan menjadi asas kepada kereta masa kini. Kereta ciptaan beliau siap pada tahun 1886. Nama Benz diabadikan pada jenama kereta mewah tersohor, Mercedes-Benz.
  • Pada 1916, 55% daripada kereta yang terdapat di dunia ialah model T-Fords, satu rekod yang tidak pernah dipecahkan oleh mana-mana model kereta sehingga kini.
  • Kereta yang pertama tidak menggunakan stereng tetapi menggunakan penyungkit.
  • Kereta Ford yang pertama menggunakan enjin Dodge.

Tahukah Anda?

  • Produk automobil pertama yang dibangunkan oleh Motorola ialah pemain radio dalam kereta yang dikenali sebagai “Victrola” yang kemudiannya disebut Motorola dan terus diambil menjadi nama syarikat teknologi itu.
  • Kereta Camaro telah diperkenalkan pada 1964 sebagai menyahut cabaran pasaran kereta oleh kereta Mustang dari Ford. Camaro bermaksud kawan karib dalam bahasa Peranchis lama.
  • Di Amerika Syarikat, sebanyak 135 juta kereta berada di jalan raya setiap hari.
  • Bandar raya yang mempunyai kereta Rolls Royce paling banyak ialah Hong Kong.
  • Pada 2002, 30% daripada jualan kereta ialah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV). Ia merupakan kereta pacuan empat roda yang kebanyakannya dipandu di jalan raya biasa.
  • Kereta merupakan produk pengguna yang paling banyak dikitar semula di seluruh dunia masa kini.

Kereta Dan Kelajuan

  • Andy Green dari Britain mencatat rekod memandu kenderaan di darat paling laju dengan kelajuan 1,227.98 km/j melalui kereta supersonik Thrust pada 15 Oktober 1997.
  • Anggota Jabatan Polis Bandar Raya New York menggunakan basikal bagi mengejar kenderaan yang dipandu laju pada 1898. Saman memandu laju yang pertama dikeluarkan pada 1902.
  • Trek perlumbaan pertama yang dibina di Amerika Syarikat ialah Indianapolis Motor Speedway yang dibina menggunakan tiga juta batu bundar (cobble stones).
  • Orang pertama yang memenangi perlumbaan Indianapolis 500 pada kelajuan melebihi 160.93 km/j ialah Billy Arnold yang memenangi pertandingan pada 1930 dengan kelajuan purata 161.65 km/j.

Sumber: Estidotmy, (Sisipan Sains, Teknologi Dan Inovasi), Utusan Malaysia, 28 Disember 2005. TQ Asta.

Wednesday, January 04, 2006

Kain Pelikat la la la

Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya, "Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".
Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar: " Ok esok abang beli kain untuk buat seluar panjang." Sesudah membeli kain, pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan seluarnya. Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil seluar yang sudah siap. Kata tukang jahit; "encik..., seluarnya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bolehlah bawak balik"
Pemuda itu seronok, jadi juga seluarnya, fikirnya. Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan seluar barunya. Dia memakai seluar itu. Tapi kerana kebiasaan, dia tetap juga memakai kain sarungnya. Maknanya seluar di dalam dan di luar ialan kain pelikat. Ditengah perjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan,akhirnya dia ke tandas awam. Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain pelikatnya , dan lupa memakai seluar panjang barunya.
Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa masih pakai kain pelikat, kata nak pakai seluar panjang....tapi masih pakai kain jugak" Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata; "Nih.. tengoklaaa, kan abang pakai seluar baru abang".
Seketika itu si gadis menjerit ; "Ihhhhhhhhh...bangg, panjang nyerrr..."
Dengan tersenyum bangga si pemuda menjawab; "Memanglah ...panjang. Dirumah masih ada 1/2 meter lagi"...

Tuesday, January 03, 2006

10 FILEM MALAYSIA PALING LARIS 2005

  1. Gangster (RM2.9 juta)
  2. Pontianak Harum Sundal Malam 2 (RM2.6 juta)
  3. KL Menjerit 1 (RM2.5 juta)
  4. Senario XX (RM2.3 juta)
  5. Anak Mami Kembali (RM2 juta)
  6. Lady Boss (RM1.8 juta)
  7. Gerak Khas The Movie 3 (RM1.4 juta)
  8. Sembilu 2005 (RM1.4 juta)
  9. Pontianak Menjerit (RM1.2 juta)
  10. Gila-gila Pengantin Popular (RM1.2 juta)

Sumber: A.Wahab Hamzah, “Filem Malaysia 2005 masih penuh dengan kelemahan”, Utusan Malaysia, 3 Januari 2005. TQ Asta

10 FILEM HOLLYWOOD TERBAIK 2005

  1. Brokeback Mountain (arahan Ang Lee)
  2. The Squid & The Whale (arahan Noah Baumbach)
  3. Murderball
  4. Pride & Prejudice (arahan Joe Wright)
  5. Layer Cake (arahan Matthew Vaughn)
  6. Nine Lives
  7. The New World
  8. 2046 (arahan Wong Kar-Wai)
  9. Police Beat
  10. Good Night & Good Luck (arahan George Clooney)

Sumber: Kosmo, 2 Januari 2005. TQ Asta

10 FILEM HOLLYWOOD TERBURUK 2005

  • In The Mix
  • Elektra
  • Undiscovered (arahan Meiert Avis)
  • Waiting
  • Stealth
  • Crash (arahan Paul Haggis)
  • The Man
  • The Honeymooners
  • The Bridge of San Luis Rey
  • Herbie: Fully Loaded

Sumber: Kosmo, 2 Januari 2005. TQ Asta

Sunday, January 01, 2006

Patut Tahu ?

5HB OKTOBER MERUPAKAN TARIKH LAHIR PALING POPULAR DI AMERIKA SYARIKAT
- sumber Maskulin. Jan'06. hehehe :-D

Salam Tahun Baru 2006

hepi new year 2006The loveliest day comes when u wake up each day and find out that love still colours your world thru people who care and never fail to remember. Have a GREAT year 2006. - asta

As we say good bye to 2005 and usher in 2006, we look fondly to the wonderful memories of 2005. May 2006 bring us health happiness & wealth. 'HAPPY NEW YEAR". - lan