Pantun Jumaat
Jauh berlayar saudagar Goa,
Bawa dagangan penuh bahtera,
Salam beriring titipan doa,
Tahun nan baru bawa sejahtera.
Asta, laman Masjid Ar-Rahman Lembah Pantai, KL. TQ
Jauh berlayar saudagar Goa,
Bawa dagangan penuh bahtera,
Salam beriring titipan doa,
Tahun nan baru bawa sejahtera.
Asta, laman Masjid Ar-Rahman Lembah Pantai, KL. TQ
I Was a Cougar |
* a great leader who has dominance without ego. |
Sumber : The Edge (Business & Investment Weekly) , 26 Disember 2005 – 8 Januari 2006. TQ Asta
Hidup manusia dikandung budi,
Sehayat diri menjaga pertiwi,
Ibu bapa itu jurubina peribadi,
Anak soleh monumen syurgawi.
astana, laman Surau Muhammadi Komples RTM, KL. TQ
Indah sungguh Masjid Madinah,
Hati meronta hendak ke sana,
Bersama tingkatkan imanmu ummah,
Baitullah menjadi destinasi utama.
zam, SP. KL
Lindungi Diri Anda Semasa Perjalanan Di Luar Negara
Setiap perjalanan ke luar negara, sama ada untuk melancong atau kerana urusan pekerjaan dan perniagaan, selalunya diharapkan menjadi pengalaman yang menceriakan diri. Namun, malang tak berbau, adakalanya apa yang dirancang tidak menjadi; ceria yang diidam tetapi bencana yang menimpa. Lebih memburukkan keadaan jika ia berlaku di tempat asing yang mana bantuan yang dipinta tidak mudah dihulur. Untuk mengelakkan diri kita terperangkap dalam situasi sedemikian, mempunyai polisi insurans perjalanan adalah suatu langkah yang bijak.
Kenapa kita perlukan insurans perjalanan?
Ada dua sebab utama:
(1) Kos perubatan yang tinggi
Kos perubatan di negara asing selalunya lebih mahal, apatah lagi jika kita berkunjung ke negara yang mempunyai kadar tukaran mata wang yang lebih tinggi. Mengikut Channel4.com, kos rawatan sakit jantung di Sepanyol adalah pada sekitar £35,000 dan kos merawat tulang pinggul yang patah di Amerika Syarikat adalah £22,531. Kos akan lebih tinggi jika kita perlu mendapat rawatan susulan di negara kita nanti.
(2) Harga Polisi Insurans yang Berpatutan
Premium bagi polisi insurans perjalanan adalah berpatutan dengan perlindungan yang diberikan olehnya. Kadar premium yang minima untuk perjalanan di negara-negara Asia hanyalah RM30, RM50 bagi seluruh dunia dan hanya RM15 untuk perjalanan domestik.
Faedah-faedahnya
Perlindungan oleh insurans perjalanan biasanya mencakupi:
Faktor-faktor yang perlu difikirkan
Sebelum membeli sebarang insurans perjalanan, anda perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut:
Panduan membeli insurans perjalanan
Jauh berjalan, maka luaslah pandangan dan berbagai pengalaman akan dilalui dan dirasai. Namun, pengalaman pahit seperti kehilangan bagasi, kecederaan dan penerbangan yang terkandas merupakan perkara yang akan dielak oleh semua orang. Bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”, maka pembelian insurans perjalanan dapat menyediakan diri kita untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar dugaan.
* Diterjemah dan disesuaikan oleh Astana daripada sisipan “Personal Finance: Managing Money Responsibly Vol. II” oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan The Sunday Mail (11 Disember 2005).
Jumlah premium yang perlu anda bayar bergantung kepada jenis perlindungan dan jumlah yang diinsuranskan. Di Malaysia, ada dua syarikat yang menawarkan insurans sebegini iaitu Tahan Insurance dan ASIA Insurance.
Satu lagi cara untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah dengan menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan. Syarikat-syarikat kad kredit biasanya menyediakan perlindungan insurans untuk perjalanan pelanggan mereka. Walau bagaimanapun, sila dapatkan penjelasan daripada mereka terlebih dahulu.
(3) Variasi Medium Kewangan
Duit merupakan komponen yang amat penting dalam merancang perjalanan anda. Apabila melancong, anda mempunyai beberapa pilihan, sama ada menggunakan wang tunai, kad ATM, kad kredit atau cek kembara. Setiap pilihan ini mempunyai kebaikan dan keburukannya.
Walau apa pun pilihan mod perbelanjaan anda nanti, pastikan semuanya disimpan dengan selamat. Pastikan anda mempunyai senarai nombor telefon pihak berkaitan untuk dihubungi jika anda kehilangan kad semasa di rantau. Jangan lupa untuk menulis nombor siri cek-cek kembara anda dan simpanlah di tempat yang selamat. Perancangan yang baik akan memastikan perjalanan yang selesa, selamat dan bermanfaat.
* Diterjemah dan disesuaikan oleh Astana daripada sisipan "Personal Finance: Managing Money Responsibly Vol. II" oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan The Sunday Mail (11 Disember 2005).
Luka jiwa mana berbebat,
Rusuh hati menanggung beban,
Umat berilmu mengangkat martabat,
Menjana kemajuan mengukuh peradaban.
- astana, Laman Surau Muhammadi, Kompleks RTM, KL. TQ
------------------------------------------------------------------------------
Menuju ke KL dari Melaka,
Musafir memandu terasa penat,
Hidup di dunia janganlah leka,
Imbangkan amalan dunia & akhirat.
- zam, PLUS km. 207.1
Everyday is a wondeful opportunity...
to Care...
to Love...
to Smile...
to Pray...
and to be Thankful...
Have a wonderful Monday...
Secebis KASIH membuatkan kita SAYANG...
Seucap JANJI membuatkan kita PERCAYA...
Sekecil LUKA membuatkan kita KECEWA...
tetapi...........
Sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA !
Doa dipohon kepada Allah,
Limpahi hidup penuh barakah,
Sahutlah teman panggilan Baitullah,
Melengkapi rukun menyuci fitrah.
by Asta, Surau Muhammadi Kompleks RTM, KL. TQ
"Tanya mak mana dia simpan charger h/phone abang? Letih carik tak jumpa plak... "
Fwd by LB. TQ.
p/s : LB.. ko nanti jgn lak sibuk tanya HP k0 ya.. hehehe
Perahu Sarat Muatan Gelama,
Tenang Juragan Mudik Ke Muara,
Perkahwinan Itu Melengkapi Agama,
Sahsiah Terjaga Umat Sejahtera.
Nukilan : Asta, Surau Muhammadi, Kompleks RTM, KL
Categories Supermini Small Car Family Car Premium Family Car Executive Car Premium Executive Car Limousine Performance Car Midi Multi Purpose Vehicle Multi Purpose Vehicle Sport Utility Vehicle Premium Sport Utility Vehicle Twincab Pick-up Truck | Winner |
Ikan kerapu ikan jenahak,
Berenang-renang di laut dalam;
Mana kutahu kasih semarak,
Terkenang-kenang siang malam.
Berenang-renang di laut dalam,
Lubuk biru banyaklah ikan;
Terkenang-kenang siang malam,
Hati rindu padamu tuan.
Lubuk biru banyaklah ikan,
Orang datang naik perahu,
Hati rindu padamu tuan,
Sungguh sayang tuan tak tahu.
Orang datang naik perahu
Menanti pula tepinya titi;
Sungguh sayang tuan tak tahu,
Bahasa saya bahasa hati.
Menanti pula tepinya titi,
Bawa udang jadikan umpan;
Bahasa saya bahasa hati,
Rasa sayang lama tersimpan.
Bawa udang jadikan umpan,
Hendak memancing si ikan kurau;
Rasa sayang lama tersimpan,
Sejak menjeling kita bergurau.
Hendak memancing si ikan kurau,
Angin bertiup terangnya bulan;
Sejak menjeling kita bergurau,
Ingin hidup denganmu tuan.
Angin bertiup terangnya bulan,
Dapat sudah ikan gelama;
Ingin hidup denganmu tuan,
Senang susah kita bersama.
Nukilan tinta: Siti Zaleha M. Hashim (Dewan Sastera, Nov. 2005)
fwd by AP. TQ
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================================
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
===================================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
===================================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
===================================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api umah aku dah kena potong!
===================================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
===================================================
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
===================================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
p/s: fwd e-mail dr LB. TQ
A message from a friend : ....
A dentist's wife has a tumor in her uterus and need to remove it. Her doctor told them the possible cause of his wife's. Tumour is by some chemical which only affecting women. The chemical mainly find in plastic water bottle. It is not the water that affecting you but the chemical releasing from the bottle.
You must check on the bottom of the bottle there is a triangle sign (recycle) and there will be a number on it. Make sure the number is higher than or equal to 5. Then this bottle is safe to use. Whatever number under 5 will release the chemical. For most bottle water, the number is 1. Remember to check and stops reuse those bottles.
Well wisher.
KHAIRUR RIJAL JAMALUDIN
Lecturer of Fluid Dynamics and Fluid Power System
University Technology Malaysia City Campus
54100 Kuala Lumpur
Tel:- 03-26154519
p/s: this msg came from fwd e-mail.
Sapa yang tak tahu rupa satar tu, tgk lah pic di atas... yg kiri tu Otak-Otak namanya. Satar yg sebelah kanan. Isinya adalah adunan ikan & tepung.. dicampur rempah & cili padi.. dibalut dengan daun pisang, dibentuk mcm piramid.. disusun cucuk ke besi dan dibakar 10min jer. Sebatang ada 10 biji.. harga RM3 utk 10 biji. Sedap ooo...
Hepi besday to U
Hepi besday to U
Hepi besday to LB
Hepi besday to U....
TQ LB sebab sudi ajak kuar diner semalam and belanja.. hehe.. patutnya kami yg belanja ko kan... sorry aaa.. x sempat beli gift lagi laa.. nanti aaaa.. lepas exam aku, aku pi carik utk ko yaa.... lawa Seiko yg ko dapat tu... bertuah aa badan ko.... :-D
Trailer dari website Pontianak Harum Sundal Malam II . Klik Play |
Salon - cinta bukan sekadar kosmetik |
"Pernah dengar, ada sejenis ikan kat Amerika Selatan - kissing fish? Bila ikan ni berpasangan dan seekor mati, yang masih hidup takkan cari penggantinya hingga ke akhir hayat... " - Ezra |
Aku mmg hobi buat koleksi keratan-keratan tiket tempat yg aku pergi... simpan bebaik dalam album.. la ni dah ada 2 album tiket yg aku simpan sejak tahun 1996. Antara tiket yg aku simpan tiket wyg, boarding pass, konsert, teater, dll. Tiket terawal yg aku ada adalah tiket wyg Mission Impossible, 08.08.96 di TGV 1 Utama. Aku tak puas hati dgn tiket skrg ni coz dakwat ribon yg diorg guna x kekal... byk tiket2 wyg aku dah jd putih je coz dakwat nya dah 'menghilang'. Dah tak boleh baca cetakan tiket tuh. Bengang betul aku.... maybe aku patut tulis surat kat TGV & GSC kot... apa pandangan korg? Ok laah.. chow.
Sempena musim raya tahun ni, byk pulak show yg menarik perhatian aku di pawagam... sementara masih cuti raya yg panjang tu, aku pun book lah 2 show utk 1 hari .. pastinya aku pilih ari rabu lah coz murah skit.. RM6 je... dan pwgm yg aku pilih pastinya TGV 1 Utama.... aku prefer TGV dr GSC.. kekwn aku AP & LB pun kata gitu. hehe... |