Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Monday, January 09, 2006

CARA MENDAPATKAN TIDUR YANG BAIK

Ikut Jadual – Walaupun Bercuti
Cubalah tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, masuklah tidur awal. Bagi orang dewasa, tidur yang sempurna adalah 8 jam, antara 10 malam sehingga 6 pagi.

Lakukan Senaman – Elakkan Bersenam Waktu Hendak Tidur
Senaman dapat membantu anda tidur dengan lebih baik. Ketika anda tidur lena, tubuh akan membantu memperbaiki sel-sel badan dan menyegarkan sistem imunisasi tubuh.

Jangan Mengambil Minuman Berkafein
Elakkan minuman berkafein 6 jam sebelum tidur.

Jangan Merokok Dan Mengambil Minuman Beralkohol
Rokok mempunyai stimulasi yang kuat untuk membuatkan anda segar selama beberapa jam.

Makan Malam Awal
Sebaiknya makan malam pada jam 7 malam. Jangan sesekali tidur dalam keadaan lapar. Sebaliknya makan beberapa keping biskut yang mengandungi karbohidrat kerana ia mampu meningkatkan kimia serotonin dalam otak yang membantu mendapatkan tidur yang lena.

Tutup Lampu
Lampu boleh mengganggu tidur. Bagi yang tidak selesa dengan suasana gelap, gunakan penutup mata.

Pastikan Suasana Sunyi
Padamkan radio atau jauhkan bunyi-bunyian yang boleh mengganggu tidur anda.

Mandi Air Panas
Suhu badan akan bertambah apabila anda mandi air panas. Sebaiknya mandi 2 jam sebelum masuk tidur. Bila subu badan normal, ia akan membantu anda tidur lena.

Bilik Hanya Untuk Tidur
Jangan jadikan bilik tidur sebagai tempat menonton televisyen atau membaca. Masuk ke bilik tidur bila anda hanya benar-benar mengantuk.

Tenangkan Fikiran
Lapangkan dada dan fikiran sebelum ke ranjang. Ada banyak cara mendapatkan ketenangan seperti mendengar muzik yang lembut, wangian aroma terapi dan lain-lain.

Dipetik dan diubahsuai dari “Cara mendapatkan tidur yang baik”, Umph, Nov. 2005, hlm.96. TQ Asta

1 comment:

Anonymous said...

thanks abg zam kerna info nya...
hhehehehhehe...